alriana5604@gmail.com - AL The One
Assalamualaikum & salam online daripada saya;
Rakan2 Blogger & Pengunjung blog saya yang dihargai sekalian…
Anda suka makan coklat?
Anda suka coklat perisa apa?
Anda suka coklat jenama apa?
………Kalau anda ada jawapan sendiri mengenainya, bermakna anda perlulah berkunjung ke Muzium Coklat di Kota Damansara.
Mengapa ke sana ?
Sebab bagi mereka yang berada dan tinggal di sekitar Lembah Klang, elok benarlah kiranya berkunjung ke Muzium Coklat ini.Selain dari mendapatkan ilmu berkenaan asal-usul coklat dan juga cerita mengenainya, anda juga boleh membeli belah produk-produk coklat pelbagai jenis, pelbagai perisa dan pelbagai jenama dengan harga yang berpatutan.
Iya lah kan, takkanlah nak ke Langkawi atau pun ke mana-mana Zon Bebas Cukai semata-mata nak membeli coklat pada harga yang murah, kan?
Di antara jenama coklat yang terdapat di sini ialah seperti Farrel’s, M&M’s, Fidani, Pepero,Hersyey’s,Toblerone,Danson,Mars, Ferero Rocher,Cadbury, KitKat, Daim,Millton,Kinder Bueno dan lain-lain lagi.Banyak pilihannya.
Nak kata harga coklat yang sangat murah dijual di Muzium Coklat ini saya tak mahu lah.Mungkin bagi berlainan orang tentulah berlainan pula takrifan harga murah bagi mereka, kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan