Iklan Nuffnang

Zon Bebas Cukai

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Bros & Sis;

Saya pernah sekali mengunjungi Pusat/Zon Bebas Cukai di Pulau Langkawi, Kedah.

Manakala Pusat/Zon Bebas Cukai di Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan pula saya pernah mengunjunginya 3 kali.

Selain itu, Pusat/Zon Bebas Cukai di Rantau Panjang, juga di Kelantan saya pernah 2 kali berkunjung ke situ.





Apa anda faham dengan maksud ‘Pusat/Zon Bebas Cukai?

Jika anda ingin tahu takrifan/maksud Pusat/Zon Bebas Cukai dalam istilah Undang-Undang Kastam, sila lah ke web ini :

Klik di sini : Zon Bebas Cukai Takrifan Kastam Malaysia

Jangan nak memandai beritahu semua orang, barangan dijual di situ bebas cukai, ok?


Sebenarnya, maksud ‘Pusat Bebas Cukai’ atau pun dalam Bahasa Inggerisnya ‘Free Trade Zone’ hanyalah memberikan kelonggaran cukai /ada juga sesetengah barangan memang 0% cukainya.

Jika kita melihat Zon Bebas Cukai di Pulau Langkawi umpamanya, barangan tertentu khususnya Minuman Keras (arak) atau Liquor, Rokok dan segala jenis Coklat memang tidak dikenakan cukai.Manakala pinggan mangkuk pula dijual pada harga yang berpatutan dan lebih murah di negeri lain yang tidak mendapat status Zon Bebas Cukai.


Jadi, apa relevan nya menamakan Zon Bebas Cukai?

Ia bertujuan menggalakkan sektor pelancongan sahaja.Selain itu ia juga menggalakkan peningkatan aktiviti jual beli dalam kuantiti yang banyak, maklumlah bila harga sedikit rendah dan ada yang tidak dikenakan cukai, kebarangkalian untuk pelanggan membeli barangan dalam jumlah yang banyak adalah tinggi.

Cuba kita lihat dan perhatikan.

Sesiapa yang berkunjung ke Zon Bebas Cukai selalunya mesti banyak kuantiti barangan yang dibeli oleh mereka.Namun ada juga yang membeli 1-2 jenis barangan sahaja.Hakikatnya, memang Zon Bebas Cukai bertujuan untuk tarikan pelancongan dan juga membeli belah barangan pada kuantiti yang banyak.


Sebut saja apa barangannya ?

1.Toto (ini ialah sejenis ‘comforter mattress’)
2.Pinggan Mangkuk/Periuk Belanga
3.Coklat dan Makanan Ringan/Keropok/Kerepek/Kuih Muih dalam Bungkusan
4. Barangan Permainan (Toys)
5.Pakaian, Seluar, Baju, Jersey, Jeans dan lain-lain.
6. Jam/Jam Tangan/Jam Dinding
7. Barangan Plastik
8. Barangan Hiasan
9. Barangan Hantaran Perkahwinan
10.Barangan Kosmetik


10 kategori barangan ini cuma sebahagian sahaja yang dapat saya nyatakan.Kalau kita menelusuri dari kedai ke kedai, dari lorong ke lorong di kawasan Zon Bebas Cukai memang macam-macam lagi kita boleh lihat jenis barangan/produk lain yang dijual di sini.

Saya pernah membeli mainan Remote Control Car (RC), Toto, Pakaian, Coklat, Makanan Ringan dan Kuih Muih di Zon Bebas Cukai dan ianya memang murah dari harga dijual di luar kawasan Zon Bebas Cukai.

Jadi, bagi anda yang belum pernah pergi ke sana,

Jom lah membeli belah di Zon Bebas Cukai !

Tiada ulasan: