alriana5604@gmail.com - AL The One
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada semua umat Islam.
Ok, guys…
Welcome to my blog again.
Teruja dan padat dengan aksi !!!
Aksi yang lama dan panjang !!!
Inilah penilaian pertama saya apabila telah menonton filem Transformers : Age of Extinction baru-baru ini, pada hari sabtu, 28 Jun 2014 di TGV Cinema.
Bukanlah saya mahu ‘review’ panjang lebar sangat mengenai filem ini kerana anda semua boleh ‘google’ sahaja untuk mengetahui bagaimana jalan ceritanya.
Apa yang penting untuk saya nyatakan di sini ialah filem ini memang mengasyikkan, padat dengan aksi, tidak jemu/tidak ‘boring’ untuk ditonton, penuh dramatik dan juga sentiasa ‘vibrant’ (bergegar/berdentum-dentam) - tidak membuatkan penonton mengantuk.
Bermula dengan agak ‘go with the flow’ (mengikut arus filem saja), permulaannya agak ‘biasa-biasa’ saja.Mengisahkan penemuan ‘bangkai’ robot dinosaur T-Rex oleh kumpulan Pengkaji Sejarah tajaan kerajaan USA di kawasan bersalji.Kemudian wujud lah plot-plot berkaitan dengannya.
Setelah itu, dipaparkan kehidupan seorang bapa tunggal, Cade Yeager (lakonan/Hero : Mark Wahlberg) dan anaknya Tessa (lakonan aktres remaja, Nicola Peltz).Mereka tinggal di sebuah rumah yang jauh dari kejiranan seolah-olah kawasannya seperti kawasan kampung (country area) di USA sahaja.
Cade Yeager bekerja sebagai Mekanik dan Pencipta (innovator) yang hebat.Beliau mampu merekacipta robot-robot, mencipta peranti (devices) dan juga alatan elektronik dan robotik.Beliau selalu membeli logam/barangan terbuang/lusuh dan membaikinya di bengkel berdekatan rumahnya, bagi tujuan merekacipta sesuatu barangan dan kemudiannya dijual untuk mendapatkan wang perbelanjaan dia dan anaknya.
……………..Sehinggalah dia ‘terbeli’ dengan sebuah kedai barangan lusuh sebuah trak lama yang akhirnya diketahui sebagai Transformers Optimus Prime yang telah tercedera akibat pertarungan sebelum ini.Dia membantu dan berusaha menyelamatkan Optimus Prime untuk mencari semula rakan-rakan Autobots yang lain.
Di sudut lain pula, Kerajaan sebenarnya sudah mengambil teladan dan juga tidak mahu lagi Autobots dan juga Ketuanya Optimus Prime menghuni/tinggal di Bumi.Kerajaan menerusi KSI (nama syarikat) telah mengevolusikan dan mencipta sendiri ‘robot Transformer’ mereka, melalui ‘benih’ Transformers Megatron yang mereka berjaya tangkap dan hancurkan/leburkan.
Mula dari sini lah, selepas kerajaan mengetahui kedudukan/rumah Cade Yeager, mereka mengepung dan cuba membunuh Optimus Prime.Peranan Cade Yeager dan anaknya bersama teman lelaki anaknya, Shane ( lakonan Jack Reynor) ditonjolkan bergandingan bersama Optimus Prime untuk menentang permuafakatan KSI dan juga ‘Creator’ Optimus Prime.’Creator’ Optimus Prime ini dijuzukkan sebagai Robot yang kejam dan hebat berwarna hitam.
……………Sehingga lah ke penghujung filem ini, asyik pertempuran, pertarungan, pergaduhan di antara Robot-Robot dan manusia.Juga di antara ‘Creator’ Optimus Prime yang mahukan semua Autobots kembali ke tempat asal/planet mereka.
Bayangkanlah, anak lelaki saya, Zarif berumur 3 tahun, biasanya jika dibawa menonton filem-filem lain di dalam panggung wayang, dia akan tertidur selepas 30 minit-1 jam filem berlangsung.
Tapi, kali ini, kerana filem Transformers : Age of Extinction ini begitu mengujakan dan padat dengan aksi yang panjang, dia celik dan cerah saja matanya dan tidak pun tertidur seperti biasa !
Begitu juga isteri saya, dia pun kata amat ‘ghalit’ (leka/minat) dengan filem ini sepanjang tayangannya berlangsung.
Memang best dan menarik filem ini bagi penggemar filem aksi seperti saya.
Jadi, apa tunggu lagi, pergilah menonton filem ini, ya !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan