Iklan Nuffnang

Menang Hadiah Lagi..-Penginapan Percuma 2H1M di Ritz Garden Hotel

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai friends, Salam sejahtera,

….Syukur Alhamdulillah…Saya memenangi hadiah lagi !!

Sebenarnya bukan saya yang memenanginya, tetapi wife saya yang berjaya memenangi hadiah tersebut.

Kali ini kami memenangi Voucher Penginapan 2 Hari 1 Malam di Ritz Garden Hotel, Ipoh Perak.





Terima kasih juga didedikasikan kepada Penganjur Peraduan ini iaitu Majalah LIBUR yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd yang telah memilih wife saya menjadi salah seorang pemenang.Tidak lupa juga terima kasih kepada Penaja Hadiah Penginapan ini, sudah tentulah pihak Ritz Garden Hotel, Ipoh Perak.





Hadiah voucher penginapan percuma ini diberikan tarikh luput sehingga 31 Julai 2013.Jadi, dalam tempoh masa ini bolehlah saya dan keluarga memilih tarikh yang sesuai bilakah kami mahu bermalam dan bercuti di sana.

Saya pun tidaklah begitu arif dan tahu sangat selok belok kawasan Bandaraya Ipoh.Jadinya, saya sedang mendapatkan maklumat di manakah lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi bagi ‘first timer’ ke Ipoh seperti saya bersama keluarga ini.Walaupun saya pernah ke Perak, tetapi bukanlah berkunjung atau ‘makan angin’ di Bandaraya Ipoh.

Bagi anda yang ingin dan berhasrat untuk memenangi apa-apa hadiah, cubalah berusaha menyertai apa-apa jenis peraduan.Manalah tahu nak jadi tuah anda dan keluarga anda dapat memenangi hadiah-hadiah yang hebat, kan ?

Konsep menyertai peraduan ini adalah ‘kebarangkalian’.Lagi kerap anda sertai peraduan, lagi tinggi kebarangkalian anda untuk memenanginya.Ilmu matematik juga menerangkan mengenai perkara ini.Elakkan menyertai peraduan yang memerlukan anda membeli produk yang mahal-mahal.Jika anda mampu, tidak mengapa.

Di luar sana, memang banyak syarikat-syarikat yang menganjurkan peraduan dan menawarkan hadiah-hadiah yang hebat-hebat.Mereka memang sudah memperuntukkan belanja Pemasaran dan Promosi mereka bagi tujuan meningkatkan Jualan Produk mereka.Jika kita pandai memanafaatkan peluang ini, tidak mustahil kita akan berjaya memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan dengan menyertai peraduan yang diadakan.

Bak kata pepatah ‘ Untung sabut timbul di air, Rugi batu tenggelam di air’.

atau ;

‘Tuah ayam nampak di kaki, Tuah orang/manusia, siapa yang tahu’.

Jadi, jangan berputus asa, jika anda masih belum memenangi apa-apa hadiah sedangkan anda sudah menyertai bermacam-macam jenis Peraduan.

Never give up.Ok.




Tiada ulasan: