Iklan Nuffnang

Air Terjun Hutan Lipur Lentang

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

1st of all, Selamat Tahun Baru Cina kepada pengunjung blog saya yang merayakannya.Kepada yang tidak merayakannya, selamat bercuti dan menikmati waktu rehat dan senggang bersama keluarga.

Bagi yang ada masa untuk bersantai bersama keluarga, mengunjungi lokasi air terjun memang menyeronokkan.Jika anda memandu melalui lebuhraya Kuala Lumpur menuju Karak/Bentong ,lokasi Air Terjun Hutan Lipur Lentang memang tidak asing lagi.
Baru-baru ini sambil pulang ke kampung halaman saya di Pahang, saya sempat singgah di air terjun tersebut.Suasananya begitu tenang dan mendamaikan.Di bahagian yang bawah sekali, ianya landai dan airnya tidak deras.Jadi sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda dan juga untuk keluarga berkelah di tepian tebing sungai tersebut.



Disediakan juga kawasan khusus untuk berkhemah dan juga terdapat kemudahan tandas dan bilik air/bilik mandi.Selain itu, kawasan untuk melakukan aktiviti berkumpulan juga diwujudkan di sini iaitu tempat berhimpun dan melakukan aktiviti sukaneka.
Manakala di bahagian atas sedikit, boleh dilalui kereta dan ada jalan tar, terdapat air terjun yang agak deras dan agak tinggi.Di sini sesuai untuk pengunjung dewasa dan pandai berenang.Untuk merasai kesejukan air terjun dan melawan arus yang deras, di sinilah tempatnya.


Bagi yang mahukan lokasi air terjun yang mudah diakses (mudah sampai), inilah tempatnya.Kebanyakan air terjun memang agak tersorok dan sulit lokasinya.Air terjun Hutan Lipur Lentang tidak begitu.Ia sememangnya mudah dicari dan juga tak perlu menyusuri denai hutan atau pun memanjat bukit yang tinggi.


Tidak seperti di beberapa lokasi air terjun yang pernah saya kunjungi sebelum ini iaitu air terjun Lata Kinjang, Tapah, Perak,air terjun Telaga Tujuh, Langkawi,Kedah, air terjun Hutan Lipur Sungai Tua,Selangor dan juga air terjun Bukit Rengit,Pahang, merupakan lokasi yang agak terpencil, agak ke dalam hutan rimba dan juga jauh mendaki dan menyusuri denai barulah sampai ke lokasinya.

Percaya atau tidak, dari sudut psikologinya, menikmati keindahan air terjun yang deras jatuh (terjun) dari bukit yang tinggi disertai panorama indah bunyian unggas di rimba merupakan terapi untuk otak dan minda kita yang serabut dan bersarang dengan pelbagai masalah.

Kalau tak percaya, cuba lah menikmati keindahan di air terjun !

Tiada ulasan: