alriana5604@gmail.com - AL The One
Hai rakan-rakan & pengunjung blog saya,
SME Congress datang lagi ! Ya, SME Congress 2013 yang saya hadiri dan sertai baru-baru ini pada 17-19hb Januari 2013.
Untuk makluman, SME Congress ini ialah ‘yearly event’ yang diadakan khusus untuk Unit TM SME (unit saya bekerja) di seluruh negara.
Majlis ini bertujuan menghimpunkan semua warga TM SME di seluruh negara dengan tujuan menetapkan matlamat, target semasa, mengeratkan silaturrahim dan juga penyampaian anugerah bagi ‘achievers’ tahun sebelumnya kepada anggota yang cemerlang di bidang jualan peringkat nasional.
Kali ini kami semua berkampung 3 hari 2 malam di A Famosa Resort,Melaka.
Biasalah, seperti yang saya ceritakan di entry blog sebelum ini, trip atau pun ‘jalan-jalan’ atas tujuan bekerja dan diarahkan majikan ini ada pro dan kontranya.Namun dalam kepadatan agenda/program di majlis tersebut, tetap ada juga keseronokannya.
Saya suka menceritakan betapa ‘happening’nya ketika malam ‘dinner’ di majlis tersebut.Diserikan pula oleh pertunjukan dan nyanyian oleh artis-artis seperti Atilia dan juga Aris Ariwatan.Nyanyian oleh Aris Ariwatan memang mantap, masih ‘maintain’ suaranya seperti asal.Paling terhibur sekali ialah dendangan lagu ‘Soldier of fortune’ dan ‘Smoke on the water’ oleh Aris Ariwatan.
Berkenaan ‘dress code’ pula sungguh bervariasi.Hampir semua memberikan komitmen dengan berpakaian bertemakan ‘Cowboy/Cowgirl & Red Indian’.Maklumlah majlis makan malam diadakan di lokasi ‘Cowboy Town’ maka bertepatanlah dengan kod/etika berpakaian pada malam tersebut.
Saya memilih untuk berpakaian ala cowboy yang biasa sahaja.Hanya dengan mengenakan sehelai kemeja bercorak petak-petak, memakai sebuah topi cowboy beserta dengan bandana di ikatkan di leher.Manakala rakan-rakan lain ada juga berpakaian ala Red Indian, berpakaian ala cowboy Sheriff dan juga cowboy ‘bandits’ (penyamun).
Seronok-seronok juga, tetapi pengisian program tetap diwujudkan.Pakar motivasi terkenal negara, Profesor Datuk Dr. Haji Mohamad Fadzillah Kamsah telah pun memberikan tips-tipsnya yang amat berguna sebelum malam dinner tersebut.Ini bagi memastikan semua anggota TM SME tetap teguh kepada prinsip dan pegangan agama, menuruti amalan-amalan murni syarikat dan juga menetapkan matlamat dan halatuju bagi meningkatkan jualan Unit SME pada tahun 2013 ini.Secara ringkasnya, Unit SME telah berjaya mencecah target yang ditetapkan tahun lepas (2012), iaitu pada kadar 104% atau dalam jumlah pendapatannya ialah RM 1.964 billion.
Saya menumpang rasa bangga kerana turut menyumbang keringat dan usaha ke arah itu !
Syabas dan Tahniah kepada Unit Pengurusan Tertinggi TM SME dan juga kepada seluruh anggota SME!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan