AL The One - Blog yang mengandungi pelbagai perkara dan cerita. Cetusan idea dan seloka, wisata dan kerja menjadi rencah hidup semasa.
Iklan Nuffnang
Enaknya Cendol Durian Borhan...
Salam sejahtera,
Pernah kah anda menikmati cendol durian ? Lazat dan enak sungguh dapat menikmatinya, bukan ?Lebih-lebih lagi yang kali pertama menikmatinya.
Tapi, pernahkah anda menjamah dan merasai keenakan cendol durian dicampur dengan jagung atau labu ?
Kalau teringin menikmatinya kunjungi lah Gerai Cendol Borhan di Batu 2, Pasir Penambang,Kuala Selangor.
Saya berkesempatan singgah di salah satu gerainya untuk menikmati kelazatan cendol durian jagung dan laksanya.Fuuhhh.... memang best.
Kisah Encik Borhan ini mendapat liputan akhbar dan dia yang dulunya salah seorang penerima zakat dari Lembaga Zakat Selangor telah berjaya keluar dari kesempitan hidupnya dan membuka gerai cendol durian nya.Dia juga dianugerahkan Usahawan Cemerlang oleh Lembaga Zakat Selangor.
Apa-apa pun saya kagum dengan idea dia mencipta resepi dan ramuan cendolnya yang tersendiri semenjak tahun 1997 lagi dan lahirlah 'trademark' Cendol Durian Borhan dengan 'tagline' nya ' keenakan yang terigau-igau'.
Jika ingin menikmati keunikan dan keenakan cendol durian Borhan, datanglah ke sana.Mudah saja, dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Selangor ia terletak di sebelah kanan.Jika dari Kuala Selangor, gerainya terletak sebelah kiri dan ada satu papan tanda tertera 'Cendol Durian Borhan'.
Saya rasa Encik Borhan ini sudah ada 4 gerai cendol duriannya, kot?
Sebabnya yang saya singgah ini gerainya yang ditandakan nombor 4 di papan tandanya.
Apa yang saya tahu, ada 2 gerainya di Kuala Selangor dan 2 lagi saya tidak begitu pasti di mana lokasinya.
Cubalah nikmati cendol durian dicampur jagung atau pun cendol durian dicampur labu, pastinya sedap !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan