Iklan Nuffnang

Temerloh : Bandar Ikan Patin ?


Pengunjung blog saya yang budiman sekalian,

Saya sudah lama ingin mempromosikan sebuah bandar daerah kelahiran saya iaitu Bandar Temerloh.

Apa istimewanya Temerloh ini ?

Errmmm... Ia agak istimewa lah juga.
Kalau carian di Google pun ia amat terkenal dengan masakan ikan patin nya.
Bagi penggemar masakan ikan patin gulai tempoyak hanya 2 destinasi sahajalah yang benar-benar terkenal dan boleh menikmatinya.

Iaitu di mana ?

Pertama di Bandar Temerloh.
Keduanya di beberapa kawasan di negeri Perak.

Tapi, tarikan masakan gulai ikan patin tempoyak lebih terkenal dan lebih di dominasi oleh Bandar Temerloh.

Selain dari 2 lokasi yang saya nyatakan tersebut, wujud lah juga masakan berasaskan ikan patin di lokasi lain, tetapi tidak lah se gah dan dikenali ramai.

Temerloh juga ialah laluan persinggahan dan juga 'transit' untuk pelancong yang ingin ke Taman Negara Ulu Tembeling.

Seiring dengan pembangunan semasa, Temerloh juga kini sudah ada tarikan tepian sungainya yang tersendiri.Apa orang istilah kan ? Esplanade ?
Ya, Temerloh Esplanade.Pemandangan tepian Sungai Pahang yang begitu tenteram dan indah.
Selain itu, menjadikannya lebih unik, Temerloh juga merupakan lokasi Titik Tengah Di Semenanjung Malaysia

Rujuk di sini : istilah Esplanade yang ditakrifkan oleh Wikipedia.


Setelah lama tidak bersiar-siar di tepian Sungai Pahang di Bandar Temerloh, baru-baru ini saya menikmati masakan gulai ikan patin tempoyak di Gerai Kak Mek berhadapan/bertentangan dengan Sungai Pahang di Temerloh.Fuhh...memang enak sungguh, bahkan saya menikmati 'ikan patin buah' yang diketahui memang enak dan lebih mahal berbanding ikan patin biasa yang diternak dalam sangkar di sungai.Walaupun perlu membayar mahal, seketul bahagian badan gulai ikan patin buah dalam lebih kurang RM25, tapi memang puashati.Kelazatannya begitu dirasai.

Bagi penggemar ikan sungai ianya memang lazat untuk dirasai, dinikmati dan dijadikan menu utama bila dimakan bersama nasi.Gulai ikan patin tempoyak yang saya nikmati itu tidak berbau hanyir sepertimana gulai ikan sungai yang lain.Manakala bagi yang kurang gemar ataupun langsung tidak gemar menikmati masakan ikan patin dan ikan sungai, cubalah dulu merasainya.

Percayalah ! Persepsi anda akan berubah dan anda akan mulai sukakan masakan gulai ikan patin tempoyak di Temerloh.

Selain dari Gerai Kak Mek, Gerai Pak Usop juga terkenal menyajikan masakan gulai ikan patin tempoyak di Temerloh.Gerai Pak Usop ini pernah mendapat liputan berita Majalah 3, TV3.

Selain itu, terdapat juga jambatan gantung yang dibina berdekatan Esplanade Temerloh ini.Namanya Jambatan Gantung Kuala Semantan.Masa saya bersiar-siar di sini bersama keluarga, ada beberapa pasangan Raja Sehari yang mengabadikan saat-saat indah mereka sebagai pengantin di atas titian/jambatan gantung tersebut berlatarbelakang kan suasana indah pemandangan sekitar Sungai Pahang.

Ternyata tidak sia-sia Bandar Temerloh diberi jolokan Bandar Ikan Patin lantaran kini ia menjadi sangat tersohor di seluruh Malaysia bahkan mungkin di dunia.

Syabas lah kepada Ahli Parlimen Temerloh (member of parliament) kerana memajukan Temerloh yang dulunya merupakan bandar yang kurang menarik dan agak menjemukan jika datang ke situ.

Kini, Temerloh berubah wajah, pesat membangun dan juga tersohor dengan jolokan Bandar Ikan Patin.

Jadi kepada anda semua yang belum pernah ke sana, apa tunggu lagi ?

Datanglah berkunjung ke Temerloh !











Tiada ulasan: