alriana5604@gmail.com - AL The One
Salam sejahtera,
Apa yang menariknya di Kuala Selangor ini ?
Ada apa sebenarnya di sana, ada tempat-tempat nak jalan-jalan, tak ? soal beberapa kenalan kepada saya.Saya pun terdiam, hendak menjawab pun sebab saya tidak pernah pergi ke sana lagi.
Lalu, beberapa minggu lepas, seusai saya dan keluarga bercuti di Pantai Redang dan Perkampungan Nelayan, Sekinchan, saya pun berkunjunglah sebentar ke Bukit Malawati dan Taman Alam Kuala Selangor.Lagipun memang jalan untuk pulang ke rumah pun dari Sekinchan melalui Kuala Selangor.
Bukit Malawati sebenarnya sinonim dengan sejarah negeri Selangor.
Bukit Malawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad pindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.
Untuk lebih terperinci, boleh rujuk link ini : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Melawati
Oleh itu barangsiapa yang jemu dan bosan dengan sejarah, jangan berkunjung ke sini !!! Hahahaha…..
Ok lah, serius ok.
Bukit Malawati juga ada tarikan sendiri yang terkenal iaitu di antaranya :
Di atas Bukit Malawati terdapat :
• Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
• Rumah api
• Kubu pertahanan
• Beberapa buah meriam lama
• Menara tinjau
• Kereta api penumpang/pelancong mengelilingi Bukit Melawati
• Makam Sultan dan kerabat diraja
• Batu pancung
• Perigi beracun
• Puluhan ekor lotong
Di bahagian bawah pula terdapatnya :
• Masjid Kuala Selangor
• Taman Alam Kuala Selangor
• Bandar Kuala Selangor
• Pangkalan nelayan Permatang
• Jeti istirahat Kuala Selangor
Jadi, menarik jugalah jika bawa anak-anak dan keluarga untuk berehat-rehat dan bersantai di sini.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka bermain-main dan memberikan makanan kepada monyet spesis lotong.
Namun, saya masih keliru (confuse) sampailah sekarang ejaan sebenar Melawati kah atau Malawati ? ‘Mela’ atau ‘Mala’ ? Saya suka ejaan Malawati.
Seperkara lagi Malawati juga ada dikekalkan untuk satu nama stadium di Shah Alam iaitu Stadium Malawati dan juga satu lokasi/tempat iaitu Taman Malawati berhampiran Ukay Perdana dan Ampang, Selangor.
Tapi jika rujuk di peta yang terdapat di Bukit Malawati, ejaan di peta ialah Malawati.
Ahh, tak kisahlah Malawati ke, Melawati ke, kan ?
Yang jadi pokok persoalan utamanya, anda sudah pernah pergi kah atau pun belum ke sana ?
Kalau belum pernah, pergilah, ambil-ambil angin petang dan bersiar-siar, seronok jugalah melepaskan kepenatan bekerja.
Selain itu, saya juga pergi berkunjung ke Taman Alam, Kuala Selangor.
Apa ada di situ ?
Ianya lebih kepada hutan tanah lembap dan dijaga serta dipulihara.Di sini juga ada diternak dan dipamerkan di dalam akuarium spesis-spesis ikan air tawar yang terdapat di Malaysia.Selain itu, hutan paya bakau di bahagian belakangnya dijadikan penampan kepada hakisan taman alam ini.
Pendek kata, Taman Alam Kuala Selangor ini sesuai bagi pencinta alam, jurufoto dan juga mereka yang sukakan ketenangan.
Jangan risau, jika anda berkunjung ke Bukit Malawati, anda akan dapat pakej lawatan sekali dengan mengunjungi Taman Alam Kuala Selangor ini.Tiketnya hanya RM10.00 bagi seorang dewasa untuk mengunjungi kedua-dua lokasi ini.
Bagi lokasi lain seperti tarikan Kelip-Kelip (fireflies) Kampung Kuantan dan Pantai Remis di Kuala Selangor saya tidak sempat untuk mengunjunginya memandangkan masa yang telah suntuk untuk saya pulang ke rumah ketika itu.
Jadi, apa tunggu lagi ? Cuti sekolah hampir tinggal sisa.Tahun baru 2013 bakal menjelang dan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.
Pergilah bersantai bersama keluarga !
Jangan jadikan alasan kewangan untuk melancong dan bersantai.
Santai kita, cara kita.
2 ulasan:
salam bro.. saya tak pernah sampai lagi.. boleh bagi pandu arah daripada bangsar nak ke sini? tq
Kalau dari Bangsar, cari headed ke Kuala Selangor, rasanya boleh masuk Federal Highway menuju ke (Klang)atau Kapar, Klang.Tiba di Kapar, headed pula ke Kuala Selangor.Inshaa Allah sampai ke Bukit Malawati dan Taman Alam Kuala Selangor nanti.
Catat Ulasan