alriana5604@gmail.com - AL The One
…..Salam sejahtera kepada pengunjung blog saya yang budiman sekalian;
Adakah anda dan kita semua sedar, suatu ketika dulu dalam tahun 80-90-an kegiatan pergi keluar menonton wayang masih dipandang negatif, diumpamakan seperti salah satu cabang gejala sosial dan juga tabiat yang tidak begitu baik untuk diamalkan?
Mungkin agaknya ketika itu, panggung wayang adalah tempat strategik untuk remaja berfoya-foya dan melakukan maksiat kot…
Namun kini, segalanya banyak berubah dan masih lagi ke arah perubahan.Contohnya, wujud panggung wayang (pawagam) yang mengasingkan ruang/dewan menonton mengikut jantina.Jika pembeli gagal menunjukkan pertalian keluarga (seperti membawa anak, isteri, suami, ayah,ibu dan saudara mara),umpamanya golongan ‘couple’ akan terpaksa diasingkan.Kita tahu kan? Sekelip mata pun kita tahu yang mana ada pertalian sah dan tidak sah.
Antara gaya pasangan bercinta dan sudah berkeluarga, mesti berbeza,kan?
Lalu ramailah yang tidak puashati, termasuklah golongan Bukan Muslim.Mereka risau jika peraturan ini terpakai untuk mereka juga.Namun atas dasar mencegah perkara-perkara negatif (bad deeds), walaupun mereka Bukan Muslim, mereka bijak dan memahaminya serta menerima pakai peraturan tersebut.Lagipun ramai golongan Bukan Muslim tidak menjadikan pawagam sebagai tempat untuk ber’dating’ atau bertemujanji.
Sebaliknya, anda faham-fahamlah sendiri, ? siapa yang menjadikan pawagam tempat potensi untuk buat maksiat,kan?
Jadi, jangan jadikan suasana dalam dewan menonton di pawagam sebagai tempat buat maksiat dan ‘ringan-ringan’ ok?
Berkait dengan tajuk posting saya ini, baru-baru ini saya pergi menghabiskan cuti hujung minggu dengan menonton wayang bersama keluarga di pawagam GSC StarMall, Mentakab Pahang.
Filem yang saya tontoni sudah tentulah filem terbaru Jackie Chan iaitu pelakon dan hero kesukaan saya.Filemnya CZ12 (Chinese Zodiac 2012).
Lihat notis kuning di gambar, tayangan setiap hari Jumaat bermula hanya pada jam 2.00 petang mengikut arahan kerajaan negeri Pahang.Bukan kah bagus dan ada peningkatan kepada perubahan yang lebih baik? Tidaklah berlaku suasana ketika Muslim bersolat Jumaat dari jam 12.00 – 2.00 petang, pawagam dipenuhi orang.Sekurang-kurangnya ada ‘intention’ untuk menghormati Muslim yang sedang bersolat/beribadah ketika waktu tersebut.
Filem CZ12 ini mengisahkan tentang misi sebuah kumpulan yang ditugaskan untuk menghantar semula kepala patung 12 haiwan zodiak Cina yang telah diambil dari Old Summer Palace di Beijing, China oleh tentera Perancis dan British semasa Perang Candu yang berlangsung dari 1856 hingga 1860.
Dalam misi berkenaan terdapat pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi oleh Jackie menerusi watak sebagai JC dengan bantuan beberapa orang rakannya.
Selain Jackie, turut membintangi filem tersebut, antaranya Yao Xing Tong, Liao Fan, Zhang Lan Xin, Steve Yoo Seung Jun, Laura Weissbecker dan Kwone Sang Woo.
Menjalani penggambaran selama 50 hari di beberapa buah negara seperti Hong Kong, Taiwan, China, Perancis dan Latvia, CZ12 sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia semenjak 20 Disember 2012.
Filemnya menarik dan hebat sekali.Siapa tidak kenal Superstar Jackie Chan ini, kan?
Filem lakonannya memang penuh dengan aksi dan lagak ngeri (stunts) yang beliau sendiri melakukannya.Itu yang saya minat tu ! Filem aksinya dan disulami gaya lawak lelucon bersahaja oleh Jackie Chan memang menarik untuk ditonton.Tambahan pula, jika seseorang itu memang benar-benar peminat Jackie Chan mereka akan tahu filem lakonan/arahan Jackie Chan tiada aksi ranjang/seks ataupun aksi panas di atas katil ! Tidak seperti hampir semua filem Hollywood, jika dibuat filem aksi akan disulami dengan adegan seks, itu yang kita rasa serba salah dan malu untuk menonton bersama keluarga.
Selain dari itu, saya masih ingat detik-detik Jackie Chan datang membuat penggambaran tidak jauh dari kampung saya dalam satu babak untuk filemnya suatu masa dulu iaitu filem Who Am I, beliau dan krunya datang ke Mentakab dan ke Kampung Mempateh, Lanchang Pahang, untuk melakukan aksi memanjat pokok kelapa.Kemudian menggunakan air kelapa untuk memberikan sumber air gantian kepada rakannya yang sakit dalam filem tersebut.
Namun, CZ12 adalah merupakan filem aksi terakhir lakonan Jackie Chan.Inilah pengakuan beliau sendiri.Selepas ini tiada lagi lakonan filem aksi oleh Jackie Chan.Mungkin beliau tidak mahu merisikokan dirinya untuk melakukan aksi lasak dalam usia beliau yang sudah agak senior/veteran.Apa boleh buat, itu pilihan beliau,kan?
Namun saya tetap peminat Jackie Chan dan suka menonton filemnya walaupun beliau sudah tidak lagi melakonkan aksi lasak.
Do the best thing for yourself, Jackie Chan ! Good luck !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan