Iklan Nuffnang

Pelancongan & Cenderamata HRC

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya,
Selamat bertemu kembali.

Berapa ramai di antara anda semua yang pergi melancong ke luar negara baru-baru ini?Mesti seronok, kan?Jika anda ‘kaki pengumpul cenderamata’, anda tentunya kenal dan tahu benar mengenai Hard Rock Café (HRC), bukan?

Ramai di antara rakan-rakan saya yang suka melancong ke luar negara, mereka seolah-olah menjadikan lokasi Hard Rock Café ini sebagai lokasi yang mesti dikunjungi untuk membeli cenderamata sebagai kenangan.Saya akui, sedikit sebanyak kerana terpengaruh dengan mereka dan sememangnya minat saya mengumpul cenderamata menyebabkan saya kini juga bersikap sama seperti mereka.


Apabila berpeluang saja melancong ke luar negara, saya seboleh-bolehnya akan mencari lokasi di manakah terletaknya Hard Rock Café bagi negara tersebut.

Apa istimewanya Hard Rock Café ini kepada pelancong?
Jangan tanya saya,ok.:)

Saya cuma membeli cenderamata dan tidak berminat untuk menyertai aktiviti ‘clubbing’, ‘dancing’ atau ‘fiesta’ mereka.

Saya perhatikan Hard Rock Café ini ianya semacam satu ‘imej sempoi’ atau ‘cool’ kerana selain dari pembuatan cenderamatanya yang berkualiti, ianya juga merupakan kategori barangan yang eksklusif.Tentu ianya ‘cool’ jika anda membelikan dan menghadiahkan sehelai jaket atau T Shirt Hard Rock Café kepada pasangan anda atau rakan anda, bukan?maksud saya, barangan Hard Rock Café yang tulin lah.Bukannya yang ciplak dan tiruan.


Berdasarkan kunjungan saya sebelum ini ke Hard Rock Café, barangan yang boleh dibeli di Hard Rock Café Souvenirs Shop di antaranya ialah seperti berikut :

1.T Shirt, topi, jaket dan beberapa jenis pakaian lain.
2.Lanyard,pin ekskusif,buttons.
3.Gelas,pen dan rantai kunci.
4.Beberapa cenderamata kecil yang lain.

Saya berfikir, jika di negara kita boleh mencipta satu ‘brand’ atau ‘trademark’ begini, bukan kah ianya bagus sekali? Setiap kali pelancong berkunjung ke negara kita, mesti mereka membeli cenderamata beridentitikan imej dan negara kita, dan ianya boleh diperolehi di seluruh negara di dunia.Contohnya, kini imej kartun Upin dan Ipin begitu terkenal sekali di serata dunia.

Tapi persoalannya, ramai kah pelancong luar negara datang melancong ke Malaysia, mereka membeli cenderamata Ipin dan Upin ? Kita sendiri tahu jawapan nya…

Tiada ulasan: