alriana5604@gmail.com - AL The One
Selamat bertemu kembali.
Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pengunjung blog saya.
Kali ini saya ingin bercerita mengenai segelintir daripada kita yang tidak suka kepada politik.Maksud tidak suka di sini ialah, mereka tidak mengambil peduli, tidak mahu bercakap mengenainya, ada sesetengahnya yang membenci politik bahkan ada yang bersikap tidak mahu menunjukkan pendirian menyebelahi mana-mana pihak di dalam medan politik semasa.
Mengapa mereka bersikap begitu?
Hasil tinjauan secara rawak yang saya lakukan, kebanyakan mereka yang langsung tidak mahu membicarakan mengenai hal politik semasa ini terdiri daripada golongan wanita.Mungkin statistik saya ini tidak tepat, jadi kaum wanita di luar sana jangan marah, ok !
Rata-rata yang saya cuba ‘cucuk jarum’ (ini istilah cuba memujuk untuk bercerita mengenai sesuatu), apabila saya bercerita mengenai hal politik semasa, mereka terus tidak berminat, mendiamkan diri, tidak segera bertindakbalas, berwajah serius dan seperti buat tidak tahu sahaja.
Jika dikatakan mereka tidak menyetujui apa yang saya katakan, tidak pula mereka menyuarakannya.Sekalipun mereka menentang pendapat saya, tidak kisahlah.Asalkan ada ‘response’ dan menunjukkan mereka peka kepada keadaan politik semasa pun sudah mencukupi.
Tetapi, sikap mereka tidak begitu.
Bahkan ada yang terang-terang menyatakan begini ;
….’’saya malas lah nak bercerita mengenai politik ni, tak habis kalau nak bercerita’’….’’ Saya tak minat lah nak ambil tahu hal politik ni’’…..’’saya sibuk bekerja lah, malas nak layan dan peduli pasal politik’’….. – semua ini alasan ‘lapuk’ dan ‘common’ yang saya sering dengar.
Wahai anda semua, apa yang anda takutkan sangat mengenai bercerita hal politik?
Tahukah anda, anda mungkin tiada di tempat kerja anda sekarang jika keadaan politik tanahair kita tidak stabil dan kucar-kacir?
Apa yang anda risau sangat sesekali bercerita mengenai politik?
Kita ada hak masing-masing di negara yang demokrasi.Apa yang anda benci dan tidak suka sangat memperkatakan mengenai hal politik?Kita cuma ambil tahu,berbincang, menyatakan pendirian, bukannya kita mahu menjadi pemimpin pun.
Tahukah anda? Jika tiada politik, ekonomi dan sosial takkan berkembang,anda sedar kah ?
Politik sebenarnya mengajar kita menjadi seorang yang berpendirian, sama ada di pihak yang benar atau pun tidak.
’’You must have your own stand,ok?’’
Setakat hanya bercerita dan mengeluarkan pendapat anda mengenai perihalan politik semasa, anda tidak akan diapa-apakan jika anda tahu bagaimana untuk berkata-kata dan bukannya hanya semata-mata tahu mengata !
Jadi saranan saya, kepada mereka yang tergolong dalam spesies tidak mahu hiraukan dan bercerita mengenai politik ini ialah;
Ambil tahu sekadarnya, sensitif (sedar akan perubahan),berfikiran terbuka dan berfikiran positif,terima kenyataan,jangan bersikap terlalu menentang pendapat orang lain,’cool’ dan bersikap membina jati diri.
Ketahuilah, jika bukan rakyat kebanyakan yang sensitif kepada hal politik tanahairnya sendiri,nescaya suatu hari nanti kuasa politik dan pemerintahan akan dipegang oleh pemimpin-pemimpin yang zalim, korup, menindas rakyat dan mementingkan diri sendiri !.... – Rasa-rasanya kita sudah sampai atau belum ke era pemerintah atau pemegang kuasa politik sebegini? Anda fikir-fikir kan lah sendiri…
Bersama ke arah pembaharuan.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan