Iklan Nuffnang

Cerita Kegemaran Zaman Kanak-Kanak Tahun 1980 -1990 an

alriana5604@gmail.com - AL The One

Mari kita mengimbas kembali zaman kanak-kanak kita.Iaitu zaman serba seronok dan zaman yang tidak mungkin kita dapat ulangi semula.Terasa begitu indahnya bila kita di zaman itu, bukan?

Sinonim dengan kanak-kanak, tentulah kita suka menonton TV dan filem-filem atau animasi-animasi, juga cerita bersiri yang kita amat gemar menontonnya dan sentiasa tertunggu-tunggu untuk menontonnya.

Masihkah anda ingat cerita bersiri The Incredible Hulk? Si David Banner yang terkena pancaran sinaran gamma berlebihan menyebabkan dia boleh bertukar menjadi gergasi manusia hijau (Hulk), apabila dia tertekan, ketika marah dan disakiti?

Bagaimana pula dengan The A Team ? Satu pasukan penumpas jenayah yang watak tersohornya ialah Mr T iaitu Lelaki berkulit hitam berambut Trojan/Mohawk dan berbadan sasa?
Masih lagi anda ingat cerita bersiri Ultraman? Hayata sebagai manusia diberi kuasa bertukar menjadi Ultraman menyelamatkan bumi Jepun dari amukan/serangan raksasa?

Cerita Polis Angkasa Gaban pula anda masih ingat ? Polis robot angkasa ala-ala Robocop yang menentang penjahat dan makhluk asing.

Kesatria Baja Hitam atau dikenali sebagai Semut Merah atau Semut Hitam juga terkenal di zaman itu.Bahkan hingga kini masih ada cerita tersebut yang dijudulkan sebagai Masked Rider Black.

Cerita bersiri BJ and Mckay juga menarik hati untuk ditonton ketika zaman kanak-kanak kita.Mengisahkan pemandu lori/treler bersama monyet/cimpanzi peliharaannya dibawa bersama dalam perjalanannya memandu lori/treler.Cimpanzi tersebut amat bijak dan sentiasa beraksi lucu dan kelakar.
Begitu juga kecekapan 2 orang polis lalulintas dalam Chips juga tidak kurang hebatnya.Bahkan lagu temanya seperti sinonim didengari ketika itu.
Satu lagi yang amat terkenal dan diminati juga tidak lain tidak bukan ialah McGyver.Kecekapan pemikirannya dan daya inisiatifnya untuk mencari idea-idea bagi mengatasi masalah ketika ditahan penjahat amat dikagumi.Bahkan mungkin inilah satu-satunya cerita bersiri yang paling digemari ramai dan paling tersohor sekali ketika itu.
Tidak kurang terkenalnya ialah Knightrider, iaitu kisah kereta bijak, canggih dan berkomputer yang boleh digunakan untuk menentang penjenayah.Heronya kita masih ingat, kan? David Hasselholf ketika muda, iaitu dia juga berlakon dalam cerita Baywatch sebagai penyelamat pantai.
Memang indah bukan ? Seronok sekali menjadi kanak-kanak ketika zaman tersebut.Walaupun dibebani kerja sekolah, berulang-alik ke sekolah, dimarahi guru, dimarahi ibubapa, asyik suka bermain dan nakal, namun hati kanak-kanak kita menjadi gembira sekali apabila dapat menonton cerita-cerita TV kegemaran kita ketika itu.
Sanggup menonton di rumah jiran jika di rumah kita belum mempunyai TV, berjalan kaki pun kita sanggup.

Ketika itu, hidup tidaklah begitu mencabar seperti hari ini.Walaupun mungkin hidup kita sebagai kanak-kanak dibesarkan dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja dan mungkin juga agak susah tapi kita dapat juga mengharunginya dengan tabah.

Hingga kini bila kita sudah dewasa, sudah mempunyai pekerjaan sendiri, rumah sendiri dan keluarga sendiri kita selalu dibebani tanggungjawab dan masalah.Kita tidak lagi hidup seperti zaman kanak-kanak kita.Inilah realiti hidup dan kita haruslah menerimanya.

Zaman kanak-kanak di masa ini amat jauh berbeza.Mereka dimomokkan dengan permainan video game canggih seperti PlayStation, bermain sukan lasak seperti skateboard dan roller blade.Sekecil usia 7 tahun hinggalah menjangkau usia 12 tahun, ibubapa sudah membiasakan mereka bermain dengan komputer dan permainan moden.Cerita bersiri juga hanya segelintir kanak-kanak sahaja yang minat menontonnya.

Selebihnya, kanak-kanak di zaman ini lebih suka menonton siri realiti TV seperti Bintang Kecil, Akademi Fantasia, Mentor, Malaysia Idol dan Raja Lawak.

Kalau lah kita masih boleh hidup seperti zaman kanak-kanak yang tujuan utamanya hanyalah untuk berseronok, bersukaria dan menonton cerita-cerita yang kita gemari, alangkah indahnya.

Entah kenapa, tiba-tiba terasa ingin pulak hati ini mencari semula cerita-cerita kegemaran zaman kanak-kanak dahulu….

Agak-agak masih wujud lagi tak di pasaran cerita-cerita tersebut ?

Zaman kanak-kanak=Zaman keseronokan
Zaman remaja=Zaman perubahan
Zaman dewasa=Zaman kebertanggungjawaban
Zaman muda=Zaman keberhasilan & pekerjaan
Zaman tua=Zaman kerehatan

4 ulasan:

SUDIN berkata...

yA.....kita selalu mengingati kanak2 tetapi kita juga harus berpijak di bumi yang nyata sebab sesaat yang kita tinggal tak kan dapat kita ulangi.....apapun semoga berjaya mengahrungi kehidupan yang serba mencabar ini.

amatjoe787 berkata...

paling seronok ngan cerita b.j mckay.. syok tengok cipanzi dia..best ooooo

alriana5604 berkata...

Ya, benar Sudin....kita hanya boleh ke depan,masa tak mungkin boleh berundur....

alriana5604 berkata...

Memang pun....:)