Iklan Nuffnang

Pilihanraya Negeri Sarawak : 1Malaysia + Negara Berkebajikan ?

alriana5604@gmail.com - AL The One


Pengalaman mengundi ketika Pilihanraya Umum negara kita merupakan satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan.Seingat saya, saya agak lambat mendaftar sebagai pemilih dan setelah beberapa tahun saya bekerja barulah saya mendaftar untuk mengundi.Kini saya tahu dan sedar bahawa mengundi itu adalah tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia, yang mengamalkan konsep negara Demokrasi Berparlimen.


Bercerita pasal mengundi ini, semua orang yang mengikuti perkembangan politik tanahair kita, semestinya tahu yang satu Pilihanraya Negeri Sarawak bakal diadakan pada hari esok, Sabtu bersamaan 16 April 2011.Beberapa minggu kebelakangan ini, sudah heboh dan kecoh berita-berita dari pelbagai saluran media menyiarkan pelbagai laporan dan kejadian di negeri Sarawak bersempena dengan pilihanraya yang akan diadakan itu.

Sesiapa yang boleh dan layak mengundi di Sarawak, tentulah menganggap undi itu rahsia, kan? Saya tidak berminat untuk mengetahui parti mana yang anda mahu undi atau bakal anda pilih.Saya cuma ingin menerangkan (menurut fahaman saya lah) akan 2 konsep utama dan dikira menjadi persoalan pokok kepada parti kerajaan memerintah sekarang dan juga parti pembangkang.

Begini;

1.Parti yang membawa konsep 1Malaysia.
Ini adalah konsep yang bagus.Ianya berperanan untuk menyatukan semua ras/bangsa menjadi kuat dan teguh dalam negara kita Malaysia ini.Maksudnya, ia bermatlamat kepada perpaduan antara kaum iaitu bangsa Melayu,Cina, India dan Bangsa-Bangsa Lain harus bersatu, bercampur, bersosial, bermasyarakat dan saling tolong menolong antara satu sama lain.Harap-harapnya ia memang boleh direalisasikan dan bukanlah hanya satu bentuk ‘retorik’ dan cuma menjadi satu ‘agenda kosong’ pemimpin dan pemerintah saja.Juga bagi saya konsep 1Malaysia ini seperti agak berselisih/bertentangan dengan golongan yang memperjuangkan konsep ‘Ketuanan Melayu’.

2.Parti yang membawa konsep Kebajikan Untuk Rakyat.
Ini pula, bunyinya memanglah sedap didengar, perkataan ‘kebajikan’ selalunya kita akan berfikiran yang sesuatu perkara/benda/barangan/khidmat akan diberi percuma.Kalau tidak pun akan diberikan ‘hampir percuma’… Ha ha ha… :)


Tetapi, tahukah anda bahawa negara kita sebenarnya tidak boleh menjadi negara yang terlalu berkebajikan untuk rakyat ?Nanti rakyat akan ‘naik lemak’, malas berusaha, kurang produktif dan hanya bersikap ‘spoon feed’ sahaja.Sikit-sikit nak kerajaan tolong, sikit-sikit nak khidmat kerajaan dengan harga murah atau percuma.Tak elok juga bukan?

Konsep yang disebut sebagai Ketuanan Rakyat juga tidak begitu elok diamalkan.Ianya hampir-hampir kepada fahaman sosialis seperti di negara China.Namun, jika konsep Ketuanan Rakyat ini di ‘manuver’ sedikit dan diberikan nilai tambahbaiknya, saya mungkin bersetuju.Dan rakyat lain juga mungkin bersetuju.

Oleh itu, kedua-dua parti bertanding di Pilihanraya Negeri Sarawak nanti, perlulah menerangkan motif, objektif dan draf kasar tujuan mereka bagi menarik pengundi untuk memilih mereka.

Siapa yang kalah atau menang bukanlah menjadi persoalan yang besar, sebaliknya sejauhmana wakil rakyat dari parti yang menang boleh menggabungkan kedua-dua konsep yang disebutkan tadi bagi membantu rakyat di kawasannya.

Agak-agak anda lah, parti yang mana membawa konsep dan bertujuan untuk menyatupadukan rakyat sebagaimana Konsep 1Malasyia dan juga dalam masa yang sama juga menjaga Kebajikan Rakyat ?

Kalau ada parti yang begini, saya awal-awal lagi mengaku saya akan menyokongnya.

Anda, bagaimana pula ?

Tiada ulasan: