Iklan Nuffnang

Penyanyi Bersuara 'Emas'

alriana5604@gmail.com - AL The One

Mungkin kerana era zaman kanak-kanak saya, hinggalah membesar sebagai remaja dan menjadi dewasa, lantaran itu dulu-dulunya saya kerapkali mendengar lagu-lagu dari penyanyi bersuara ‘emas’,membuatkan saya menyukai penampilan, gaya dan juga suara mereka.

Berikut antara lagu-lagu yang saya minati kategori artis Melayu,Indonesia dan Inggeris yang saya anggap suaranya benar-benar ‘bersuara emas’.Malah mereka ini masih ‘evergreen’, bak kata pepatah, ‘’ tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan’’.

Jika difikirkan, bakat dan suara mereka memang sukar dicari ganti pada masa kini.

Marilah sama-sama kita layan lagu-lagu dari penyanyi tersebut.

















Ini lah antara lagu-lagu yang menjadi kegemaran saya.Bila mendengarnya disiarkan di Radio Sinar FM, memang rasa tak puas dan tak jemu.Amat menusuk kalbu bait-bait liriknya dimantapkan pula oleh suara vokal penyanyinya yang bersuara 'emas'.

Syabas kepada penyanyi-penyanyi 'Evergreen' begini yang membuatkan lagu-lagu nyanyian mereka sentiasa segar dan tidak jemu didengar hingga kini.

Tiada ulasan: