Salam kepada semua pengunjung blog saya,
Hai guys, lama kita tak bersua di arena maya ini.
Saya sebenarnya sudah lama tidak mengarang dan menulis
(menaip sebenarnya).
Bukan sebab malas,bukan sebab sibuk sangat,bukan juga sebab sudah
lupakan blog ini dan bukannya sebab sudah hilang minat menulis.Minat menulis tu
masih ada lagi.
Tapi,entah lah saya dilanda perasaan bercampur baur semenjak
beberapa bulan kebelakangan ini.
Lantaran kesedihan ini lah yang mengheret saya hingga saya
tiada ‘mood’ untuk menulis lagi bagi beberapa bulan kebelakangan ini.
Tapi sekarang,saya sudah mulai gagahkan diri dan kuatkan
semangat.Sesungguhnya Ibu saya lebih memahami saya berbanding orang
lain.Lantaran kehilangannya benar2 menyebabkan saya tiada tempat untuk
berkomunikasi dan sudah tiada insan mulia yang selalu menjadi ‘good listener’
saya.Walaupun Ibu bukanlah boleh menyelesaikan semua masalah saya,tapi dia
mendengar sahaja pun sudah melegakan hati saya.
………………………………………………………………………………………..
Ok,habis di situ hal keadaannya berkenaan kenapa saya sudah
lama tidak menulis dan membuat posting terbaru di blog atau Diari Peribadi saya
ini.
Cerita yang saya nak ketengahkan kali ini ialah berkenaan
KUCING.Bukannya nama tempat Kuching di Sarawak atau Jalan Kuching.
Saya terlebih dulu,mohon maaf kepada
pencinta,pembela,pemelihara dan penyanjung atau pengkagum kucing, ya.
Tapi saya juga bukannya pembenci,penganiaya,pembunuh atau
pemukul yang mencederakan kucing atau haiwan2 lain juga.
Ok,habis tu saya apa?
Saya ialah individu TIDAK SUKA KUCING.Lain kan bunyinya?
Tidak Suka Kucing ini banyak sebab guys…bukannya apa, saya
highlight kan issue ini,sebab ramai sangat di kejiranan kita dan semua orang
yang khususnya sayangkan kucing dan memelihara kucing tidak tahu menjaga haiwan
peliharaan mereka dan juga membiarkan kucing2 mereka lepas bebas berkeliaran
merata2,membuang najis merata2,masuk ke dalam halaman ‘car porch’ orang dan
kencing di merata2 sebagai ‘menanda kawasan’ di dominasi oleh kucing2 mereka.
Anda rasa macam mana?Mesti anda akan berhujjah
begini,khususnya bagi pencinta kucing dan suka membiarkan dan mudah sangat
melepas bebaskan kucing2 mereka.
Di antara hujjah2 itu saya senaraikan di bawah ini :
1.Kucing ialah binatang kesayangan Rasulullah dan Sahabat
Baginda,Abu Hurairah,kenapa kau tak suka apa yang Rasulullah suka? – Ini ‘killer
question’ yang sesiapa pun tak berani nafi tau..
2.Kucing ialah haiwan yang bukan untuk dipelihara secara
dikurung dalam kurungan/kandang,tapi dengan biarkan kucing2 lepas bebas, akan
menjadikan kucing aktif,riang dan gembira.- Ini punchline yang tak adil,guys…sebab
kalau pemilik kucing hanya biar lepas bebas tanpa hirau keselesaan rumah dan
kehidupan orang lain,membuang najis dan kencing di merata2 dan meluruhkan bulu2
di sekitar rumah/dalam rumah orang,hukumnya sudah berdosa guys..Kena
ingat,tidak semua orang yang menyukai kucing,contohnya macam saya.Tapi dalam
masa yang sama saya tidaklah anti kucing atau bila nampak kucing nak bunuh atau
pukul guys,paling kuat pun jerkah dan halau saja.
3.Kalau lepas bebas pun kucing,kepada jiran/orang yang
terkena gangguan ketidakselesaan contohnya kucing mereka buang najis,kencing di
laman rumah/car porch jiran,beritahu saja lah.-Ini pun ‘indah khabar dari rupa’
guys.Cakap memang senang tapi tuan punya kucing monitor atau tidak?Takkan tak ada
kerja lain asyik nak diberitahu dan diminta suruh cuci najis dan kencing
kucing,silap2pemilik kucing tak puashati dan bergaduh besar jadinya.
5.Kucing saya baka baik,Parsi lah,FlatFace lah,Bengal lah,Siam
lah,memang mahal saya beli,kucing peliharaan saya tak keluar rumah pun.- OK
guys,ini memang ada lah sedikit logiknya,sebab harga mahal,kan?Ini saya boleh
terima.Mana tak nya guys,kalau seekor kucing nilainya ribuan ringgit,
RM10K,20K,memang lah tak dibiarkan lepas bebas keluar rumah,nanti
dicuri/diculik orang bawak lari.Jadi ada munasabahnya yang kucing2 mahal begini
jarang2 sangatlah pemilik membiarkan ia tidur merata2,berkeliaran di kejiranan,membiarkan
membuang najis dan kencing merata2.Ini dapat pujian dari saya,anda selayaknya
ialah penjaga dan pemilik kucing yang betul2 pandai dan tahu sensitiviti masyarakat
dan kejiranan terdekat seperti saya !
La…tak faham lagi ke?
Begini,point2 saya atau hujjah2 sebanyak 5 hujjah
disenaraikan di atas tadi,ialah kebiasaan sangat saya dengar dan sudah hadam
dengan alasan2 pemilik2 kucing.Mereka berasa mereka di pihak yang benar
kononnya mereka ‘Animal/Cat Lover’,lantaran mereka anggap orang tidak suka
kucing ialah bermasalah,tidak tahu menyayangi haiwan dan sangat cerewet kepada
kucing.Bahkan ada yang menganggap perkara ini remeh temeh dan bukanlah masalah
mereka sebagai pemilik kucing.
Saya cuma nak bahas Hujjah pertama sebab belum dibahaskan
lagi.
‘’Kucing ialah binatang kesayangan Rasulullah dan Sahabat
Baginda,Abu Hurairah,kenapa kau tak suka apa yang Rasulullah suka?’’ – Ini killer
question yang sesiapa pun tak berani nafi tau..
Anda tahu tak Rasulullah sangat sayangkan haiwan termasuk
kucing.Saidina Abu Hurairah pula suka bermain dan menyorokkan anak kucing di
lengan jubahnya.Itu pun tiada melibatkan apa2 gangguan kepada orang lain atau
kejiranan lain.Maksudnya, kasih sayang Baginda dan Sahabat kepada kucing tidak
menyebabkan orang lain tidak selesa,seperti membiarkan kucing berkeliaran merata2,tidak
menjaga kebersihan,membuang najis,muntah dan kencing merata2.
Agak2 anda pemilik2 kucing sekarang ada kah yang berakhlak
memelihara dan menyantuni/menyayangi kucing seperti Baginda Rasulullah dan
Sahabat?
Ok,habis tu bagaimana kami ini,sebagai pemelihara/pemilik
kucing untuk membetulkan semula cara kami menjaga kucing?
Caranya,tidak dapat tidak,pemilik2 kucing kena kurung kucing
mereka….??? What the hell? NO!
….Nanti dulu, maksud saya bukannya kurungan ‘pet cage’ yang
kecil itu.
Anda yang berhati mulia2 ini yang suka pelihara kucing2 ini,anda perlu sediakan kurungan yang besar.
Sebesar mana?Ya,sebesar rumah anda sendiri,ikutlah,terpulanglah bagaimana besarnya saiz rumah anda.Biar si kucing2 yang comel2 itu semua dibesarkan dan dilepaskan hanya di dalam rumah2 anda sahaja dan seboleh2nya ketika anda atau keluarga anda berada dalam rumah sahaja.
Tujuannya ialah dapat memantau dan menjaga si bulus dengan baik dan
sepenuh perhatian.Tanpa membenarkan si bulus keluar rumah anda,ia dapat
menyelamatkan anda dari berbuat dosa kerana kemungkinan untuk mengotorkan
kejiranan berdekatan,adalah tiada, dan anda juga boleh menyelamatkan si bulus anda,mungkin
dikhuatiri ada yang memukul si bulus anda.
Jika anda pernah lihat dan terbaca di akhbar2,memang ada wujudnya
“Cat Shelter’ khas yang mana penjaganya membuat satu kawasan kurungan yang
besar dan memelihara kucing2 yang banyak di dalamnya.Ini juga salah satu kaedah
yang sangat bagus.Justeru itu,jika anda ada tanah yang luas di kawasan kediaman
anda, contohilah cara menjaga dan memelihara kucing seperti ini.Buatkan satu ‘cage’
yang luas,dipenuhi kayu kayan untuk melatih kucing melompat dan adanya
penjagaan kebersihan yang betul dan sentiasa dijaga.
Namun jika anda ialah seorang yang sibuk,saya menyeru supaya
janganlah nak buat kawan dengan kucing dan memeliharanya lalu melepas
bebaskannya keluar merata2,ini cara yang salah.
Akhir sekali,saya sekali lagi memohon maaf kepada pemelihara
kucing,OK.Bukannya saya benci kucing dan benci kepada pemelihara kucing,tapi
kebanyakannya memang bersikap tidak cakna dan membiarkan kucing2 mereka lepas
bebas dan mengganggu keselesaan kejiranan berdekatan dan mengotorkan rumah2
orang lain.Kepada pemilik kucing yang bagus tu,Alhamdulillah,anda saya ‘salute’
sebab pandai menjaga kucing dan anda tidak mewujudkan konfrontasi dengan
kejiranan berdekatan anda.
For sure,saya pernah terfikir jika saya jumpa kucing2 yang
tidak dijaga dengan betul begini,saya diam2 kan saja dan bawa kucing2 tersebut
ke Pasar Basah berdekatan.Lagi kucing tu suka,makanan pun mewah,hari2 dapat
makan kepala ikan,kepala ayam,sisa2 buangan ayam dan ikan yang boleh
menggemukkan lagi kucing itu bila berada di kawasan Pasar Basah.
Selain itu,saya juga membeli satu balang khas dan mengisinya dengan sekampit makanan kucing dan diletakkan dalam kereta saya.Ini bertujuan untuk saya curahkan sedikit ketika saya jumpa mana2 kucing terbiar yang kelaparan dan saya membuktikan bahawa saya bukanlah ANTI KUCING tapi saya sekadar TIDAK SUKA KUCING tapi enggan menyakiti atau memukul haiwan kesayangan Rasulullah dan Sahabat tersebut.
So,bagaimana? Anda pemilik kucing,pencinta kucing,pembenci
kucing atau sekadar TIDAK SUKA KUCING seperti saya?
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan