alriana5604@gmail.com - AL The One
Assalam semua teman2 & rakan2 online,pembaca2 blog saya yang budiman,Selamat Datang semula ke blog saya dan terima kasih kerana sudi membaca titipan mengenai kisah keluarga kecil saya ini.
Setelah agak lama Zarif tidak menyertai mana2 event Taekwondo (kali terakhir menyertai event pertandingan Taekwondo di USM Kubang Kerian pada awal tahun 2019),Zarif kini kembali melibatkan diri di majlis peringkat negeri Kelantan pula.
Zarif sendiri secara sukarela ingin menyertai sesi pertunjukan Seni Bela Diri Taekwondo bersempena dengan Bulan Sukan Negara peringkat negeri Kelantan 2019 bertempat di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad ke-5,Kota Bharu pada 16 November 2019 bersamaan hari Sabtu.
Zarif sebenarnya seorang yang aktif,bersemangat dan juga peramah.Cuma kadangkala jika dia belum mengenali atau rapat dengan sesiapa dia banyak berdiam diri (serupa dengan saya lah ni).Tapi jika dapat rakan/kawan yang ‘ngam’ dengan dia,Zarif akan betul2 berkawan baik dan juga suka berbual2.
Saya tidak memaksanya untuk aktif atau mencadangkan apa2 yang dia mungkin tidak suka,tetapi saya selalu berkomunikasi dua hala dengannya.Saya mendengar apa2 permintaannya,kecenderungannya dan juga apa2 rungutannya.
Pendek kata,pendekatan saya gunakan kepada Zarif ialah dengan cara terbuka dan bukannya mengongkong sangat.
Saya percaya,dengan pendekatan sebegini dalam mendidik anak ia akan membuatkan anak berasa diberi kepercayaan untuk berdikari dan berusaha.
Berbalik kepada kisah sambutan Bulan Sukan Negara 2019 ini,majlisnya sangat meriah.Pelbagai aktiviti diadakan.Jabatan Belia dan Sukan Kelantan (JBSK) mengundang pasukan Seni Bela Diri di Kelantan termasuk lah Taekwondo dan Silat bagi membuat pertunjukan memeriahkan lagi majlis ini.
Zarif diberikan keizinan oleh Master Sukree,guru taekwondo nya mewakili Kelab Glorious Warrior Taekwondo,Kota Bharu bersama pasukannya untuk membuat pertunjukan.
Majlis ini dirasmikan oleh Exco Sukan Negeri Kelantan bagi mewakili Menteri Besar Kelantan.
Saya merasa teruja juga kerana Zarif mampu dan pandai mengikut rentak pertunjukan dan pasukannya mendapat pujian.
Saya berterusan menyokong dan mendorong Zarif ke arah mencapai kejayaan dan juga cuba menyertai majlis2 lain sama ada di peringkat sekolah,kelab,universiti,negeri atau pun kebangsaan.
Setakat ini, Zarif sudah banyak menyertai aktiviti Pertandingan Taekwondo di peringkat anjuran oleh Kelab,Univeristi dan Negeri dalam kategori kanak-kanak (Kid Taekwondo Fighters).
Di antaranya, Zarif pernah menyertai pertandingan2 Taekwondo di Kuala Lumpur,Melaka,Shah Alam,Sara Club di Pantai Cahaya Bulan,USM Kubang Kerian dan terkini menyertai pertunjukan di Stadium Kota Bharu.
Ada lah juga hasil kejayaan yang diperolehi oleh Zarif,bermula dari hanya sekadar menyertai (tidak berjaya mendapat pingat),kemudian maju setapak demi setapak dengan berjaya mendapat pingat Saguhati penyertaan,kemudian berjaya pula memperolehi pingat Gangsa,Perak dan Emas.
Alhamdulillah.Pencapaian Zarif meningkat sedikit demi sedikit.
Tidak lupa juga saya menyeimbangkan pembelajarannya dengan mendorongnya/menghantarnya mempelajari ilmu2 asas agama Islam seperti mengaji Iqra’,membaca jawi,membaca surah2 lazim (Muqaddam) dan juga belajar matapelajaran akademi yang lain.Kini saya menggalakannya menghafal sifir 1 sehingga sifir 12.
Zarif juga sekarang ini tiba2 sahaja berminat pula kepada sukan bolasepak dan meminati pasukan Juventus dan pemainnya Ronaldo.Saya katakan kepadanya, pada usia baru 8 tahun,banyak lagi perkara asas bermain bolasepak yang perlu dia pelajari dan mempraktikkannya.Bermain bolasepak seumpama memandu kereta.Pertama kali memandu langsung tidak cekap.Begitulah lumrahnya,jika sudah biasa praktik dan kerap bermain bolasepak,nanti Inshaa Allah Zarif akan boleh menjadi mahir.Kini dia sudah pandai minta belikan jersey Ronaldo dan kasut bola tu !
Saya tidak melarangnya, jika pada tahun hadapan di Tahun 3,saya memang berhasrat untuk memberikan keizinan kepadanya untuk terlibat aktif dengan sukan bolasepak,biar dia mempelajari dari ‘Zero to Hero’.
Jadi,ini sajalah kisahnya mengenai Zarif yang sempat saya nukilkan di sini.
Sungguh,saya tidak berhasrat Zarif menjadi sempurna kerana semua kita adalah hamba yang tidak pun pernah sempurna,namun saya cuba mencorakkan Zarif agar suatu hari nanti menjadi anak yang baik,bijak,aktif dan mempunyai kepandaian dalam pelbagai bidang,Inshaa Allah.
Dalam fikiran saya adalah ‘Versatile’ iaitu seorang yang mempunyai kebolehan serba-serbi.Andainya tidak 100% pun,saya doakan Zarif menjadi anak yang baik dalam menyeimbangkan tuntutan/keperluan dunia dan akhirat.
Abah sayang kamu,wahai Zarif.Teruslah membesar dan berusaha,Abah sentiasa mendorongmu menjadi anak yang versatile.
Sekian.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan