Iklan Nuffnang

Isnin, 19 Februari 2018

Koleksi Hotwheels Diecast Car - Satu Hobi Menyeronokkan

alriana5604@gmail.com - AL The One


Rakan-rakan blog dan pengunjung yang budiman sekalian,

Salam online kepada semua,

Adakah anda setuju toys (permainan) tidaklah semestinya hanya boleh dimainkan oleh kanak2,betul tak?

Bahkan di zaman moden dan alaf baru ini banyak permainan tidak hanya khusus dimainkan oleh kanak2 sahaja.Sama ada ianya permainan berbentuk games online di tablet,komputer atau pun telefon pintar, kini masyarakat dan orangramai tidak memandang sinis lagi akan kecenderungan orang dewasa pula suka bermain games dan juga ‘mainan kanak2’ (toys).


Keterangan gambar di atas : Salah satu jenis online games yang diminati oleh orang dewasa.

Contoh beberapa permainan kanak2 yang kini sudah dijadikan hobi dan kesukaan orang dewasa ialah bermain ‘skuter lancar’ (yang beroda dan ada pemegang/ditolak dengan kaki).Selain itu permainan kereta kecil (diecast) seperti Hotwheels,Majorette,Tomica dan lain2.Begitu juga permainan ‘slot car’ juga ramai orang dewasa yang sukakan hobi ini.Banyak lagi jika mahu dimaklumkan di sini sebenarnya,permainan Remote Control (RC) kenderaan mainan,bot RC,kapalterbang RC,helikopter RC,drone RC dan macam2 lagi permainan yang dikategorikan sesuai dan boleh saja dimainkan oleh kanak2 dan juga orang dewasa.




Keterangan gambar di atas : Di antara permainan (toys) di zaman modern dan alaf baru ini, yang dipelopori dan juga amat disukai oleh orang dewasa.

Ini bukanlah disebabkan oleh faktor orang dewasa mahu mengambil tempat kanak2 bermain, tetapi lebih kepada perasaan ingin membentuk hobi dan kesukaan yang baru yang lebih menyeronokkan.Manusia kategori dewasa kini sudah menjadi semakin kompleks dan unik, mereka mencari2 cara membentuk hobi dan mencari ruang untuk berseronok dan bersantai bagi menikmati hidup yang berkualiti dan penuh kegembiraan.

Begitu jugalah dengan diri saya.Mulanya sekadar berkongsi minat dan kecenderungan anak saya Zarif yang sukakan haiwan peliharaan,lalu saya membelikannya sepasang burung budgie yang comel.Kemudian Zarif mula menyukai permainan Hotwheels ‘diecast car’ pula.Hotwheels ini saya akui, harganya memang agak mahal sekiranya membeli dengan ‘track race’ nya.Bahkan boleh mencecah hingga ratusan malah ribuan RM.Namun saya tidaklah membelikannya sekaligus,saya membeli sedikit demi sedikit dan kerapkali menambah bilangan ‘diecast car’ Hotwheels yang disukai.

Seringkali Zarif mahu bermain Hotwheels car dengan saya dan saya melayaninya juga sekali sekala.Lama kelamaan timbul minat pula kepada diri saya apabila melayaninya.Saya mula meneliti dan melihat2 model2 diecast car yang dibeli dan mula berhasrat untuk membuat koleksi diecast car secara lebih serius.


Keterangan gambar di atas : Ini adalah salah satu model Hotwheels track yang boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan,'two launcher track'.

Hidup manusia perlu ada hobi dan kesukaan masing2, barulah tidak jemu dan kita juga boleh memupuk kasih sayang di antara ahli keluarga sendiri.Namun cubalah jangan membazir dan menjadikan hobi yang boleh merugikan diri sendiri.Biar kita melayani hobi mengikut kadar kemampuan kewangan kita sahaja.







Keterangan gambar2 di atas : Ini adalah di antara koleksi2 terbaik pilihan saya yang telah saya beli dan miliki.Saya lebih cenderung untuk memiliki koleksi model2 kereta yang nyata(real) ada/wujud diciptakan.Manakala model fantasy car dan model2 pelik yang tidak wujud di dunia sebenar saya kurang berminat untuk mengumpulnya.

Anda bagaimana?

Jika anda seperti saya dan Zarif meminati diecast car Hotwheels,saya cadangkan anda menonton Youtube ‘Peak Time Racing’ untuk lebih mengenali dan juga ‘update information’ mengenai jenis2 diecast car Hotwheels.’Owner’ Peak Time Racing ini,Phil namanya, beliau sangat bagus dan menarik cara beliau mengendalikan channel nya.


Keterangan gambar di atas : Ini adalah Phil bersama iklan/promosi channel Peak Time Racing nya yang sungguh menarik dan menyeronokkan.

Hakikatnya,kini, mainan bukan lagi sekadar untuk kanak2 dan jika kita meminati kereta mainan bukanlah bermakna kita kebudak-budakan.Bahkan kita adalah individu yang unik kerana dapat menikmati kegembiraan dengan cara kita sendiri

Sekian.

Tiada ulasan: