Iklan Nuffnang

Khamis, 21 Disember 2017

Seronoknya Zarif Dapat Memelihara Burung Budgie - Blue & Lois

alriana5604@gmail.com - AL The One

Rakan2 & pengunjung2 blog saya yang sporting & awesome,

Assalam & Salam sejahtera,

Saya suka mengongsikan cerita di blog saya ini, yang baru2 ini, pada 10 Disember 2017,Hari Ahad, saya membelikan anak saya Zarif, sepasang pet (haiwan peliharaan) iaitu sepasang burung ‘baji’ (budgiar birds).Ia kami namakan sebagai Blue (yang jantan) dan Lois (yang betina).


Keterangan gambar : Sepasang burung baji peliharaan Zarif yang seperti ini kami namakan Lois & Blue

Untuk mengetahui asal usul burung budgie/baji ,sila klik info dari Wikipedia ini : Badgerigar Birds

Gembira betul Zarif dapat memelihara burung2 ini.Sentiasa dia menjenguk dan menegur burung2 tersebut di sangkarnya dengan memanggil, Blue,Blue, Lois, Lois,hello, hello,how are you?...Hahahaha…

Ok, sebenarnya Zarif sudah pun tamat pra sekolah dan dia kelihatan sunyi, maklumlah anak tunggal.Dia minta saya membelikan ‘pet’ berupa arnab, tapi saya katakan kepadanya, arnab agak susah dijaga lebih2 lagi kami tinggal di apartment.Selain itu bau najis arnab, penjagaan kesihatan fizikal tubuh arnab dan juga ruang yang agak terhad menyebabkan saya menolak untuk membelikannya arnab sebagai haiwan peliharaan.

Lalu saya mencadangkannya untuk membeli sepasang burung baji (budgie).Dia pun setuju dan suka untuk memeliharanya.Sebenarnya, burung baji boleh dikatakan senang dijaga dan kos memeliharanya tidaklah tinggi.Beli saja satu sangkar yang sederhana besar,masukkan sepasang burung baji ke dalamnya dan sediakan sahaja makanan dan minumannya.Bau juga sangat berkurang kerana najisnya tidaklah besar dan banyak sepertimana jika memelihara arnab, kucing,’sugar glider’,hamster dan lain2 haiwan peliharaan yang saiznya lebih besar dan mengeluarkan bau najis yang sangat busuk.


Keterangan gambar : Contoh sangkar yang saiznya sederhana besar untuk burung baji

Satu perkara lagi,burung baji boleh ditinggalkan lama contohnya jika kita pulang ke kampung 1-2 minggu bercuti hari raya atau pun keluar ‘outstation’.Kita cuma perlu sediakan sahaja makanan dan minumannya dalam kuantiti yang cukup dan agak banyak sesuai dengan tempoh kita mahu meninggalkannya.Jadinya, kita sudah dapat berjimat, tidak perlu ditinggalkan di hotel haiwan/tempat penjagaan haiwan berbayar,atau pun terpaksa bersusah payah membawa balik bersama haiwan peliharaan ke kampung halaman atau ke tempat kita berpergian dalam tempoh yang agak lama.

Sejujurnya, dahulu sebelum Zarif ada, saya dan isteri sudah pernah memelihara burung baji.Ianya amat menyeronokkan dan menghilangkan stress di waktu balik kerja dan juga boleh menceriakan suasana kerana bunyi kicauannya yang nyaring dan merdu.Namun, saya melepaskannya dari sangkar kerana saya berniat untuk tidak mengurungnya sampai bila2.


Begitu juga kali ini, saya membelikan sepasang haiwan peliharaan burung baji ini untuk Zarif, saya juga berniat, pada suatu hari nanti, setelah Zarif semakin dewasa, sesuai dengan peredaran zaman, dia sudah mempunyai rakan2 yang ramai di sekolah, hidupnya sudah ada aktiviti yang membuatkannya tidak berasa kesunyian lagi, maka saya akan melepaskan burung baji ini ke alam semulajadi, Inshaa Allah.

Bagi yang ingin mencuba memelihara burung baji,silakanlah, tapi pastikan memberikannya ruang sangkar yang agak besar, dan ia boleh juga terbang sedikit menggunakan sayapnya sesekali.Jika sampai tahap ia sudah menjadi jinak, biasakan untuk keluarkan ia dari sangkarnya dan ikat kakinya dengan ‘cincin’ (ring) khas boleh dibuat/dibeli, dan bolehlah dibelai dan dilepaskan dalam rumah.


Keterangan gambar : Contoh sarang/kotak sarang burung baji

Burung baji ini ia adalah spesis burung ‘parakeet’ atau pun burung berparuh bengkok seperti burung kakaktua (parrot) dan ia adalah spesis mini/kecil bagi seekor burung kakaktua.Jika kita sering mengajarnya satu2 perkataan yang mudah seperti HELLO, HAI atau pun Good Morning, lama kelamaan ia boleh mengucapkannya.


Makanannya juga sangat jimat, RM3.50-RM5.00 sebungkus ‘sekoi’ (nama bijirin ulasnya halus) yang menjadi makanan burung baji ini boleh bertahan 1-2 bulan.Burung baji ini juga kerana paruhnya seperti burung kakaktua, ia juga memakan biji sekoi ini dengan cara mengupasnya sebelum menelannya, bagi mengeluarkan isi dalam biji sekoi yang halus tersebut.Jadi, perlulah dibersihkan sisa2 kulit sekoi yang halus bersepahan/bertaburan kerana ia memakan isinya sahaja dan meninggalkan kulit2 sekoi terebut.


Keterangan gambar : Ini adalah rupa bijirin sekoi

Seronok kan dapat memelihara binatang peliharaan?

Tidak menjadi kesalahan kita memelihara binatang peliharaan selama mana kita tidak menyiksanya, menganiayainya dan tidak membiarkannya kelaparan dan mati.


Keterangan gambar : Buku yang boleh dijadikan panduan untuk memelihara burung baji

Cuba lah memelihara burung baji ini, anda pasti seronok, melihatnya sahaja tidak menjemukan kerana ia spesis burung yang kemas/pandai mengemas diri (self-grooming), nampak comel (cute), lincah,cantik bulunya dan warnanya dan yang penting sekali ia merupakan haiwan peliharaan paling menjimatkan kos berbanding haiwan lain.

Ok, enjoy yourself with your lovely pet !

Sekian.

Tiada ulasan: