Iklan Nuffnang

Bagaimana Kisahnya Filem Batman v Superman ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Guys & Girls,

Assalam & Salam Sejahtera,

Kali ini saya paparkan entri blog saya untuk buat komen/ulasan (review) untuk filem Superhero kegemaran saya, Batman V Superman.

Ini boleh lah dikatakan penceritaan semula, review nya last sekali komen2 dari saya.


Ok, pertama sekali saya memberi komen ini dari perspektif pandangan saya bukannya sebagai komen orang professional dalam bidang perfileman.Tetapi hanya komen sebagai peminat filem2 Superhero (Adiwira) yang agak setia.Jika anda semua lihat di blog saya, sebelum ini saya ada menceritakan yang saya ini adalah peminat/penonton setia filem2 Adiwira baik ianya filem dalam negara atau pun luar negara.

Saya menonton filem ini pada 25 Mac 2016 baru2 ini di TGV Cinema.Siap ambil tiket pukul 9.15 malam lagi, dek kerana siang masih bekerja, terpaksa ambil tiket tayangan waktu malam lah.


Ok, kisahnya lebih kurang begini...

Ia berkisar berkenaan dengan kesinambungan sedikit sebanyak (dikaitkan supaya menjadi jalan ceritanya), ia kesinambungan dari filem terdahulu iaitu filem Man Of Steel.Namun di filem Batman V Superman ini digambarkan bahawa Superman/Man of Steel (Clark Kent) ini, dia berada dalam dilemma kerana dikaitkan dengan subahat pembunuhan yang besar (mass murder) di suatu kawasan (kalau tak salah di Afghanistan atau Pakistan), ketika ingin menyelamatkan kekasihnya Lois Lane yang diculik bersama rakan wartawannya.Penculik itu adalah satu kumpulan Pengganas (terrorist) yang digambarkan cuba mahu mengugut atau membunuh Lois Lane.


Setelah itu, macam biasa lah, Superman mesti dapat jumpa dan segera terbang menyelamatkan Lois Lane dan dengan mudah sahaja dapat mencari tempat persembunyian kumpulan pengganas tersebut.

Di sini lah berlaku komplot mengenakan/menuduh Superman subahat dalam kes pembunuhan yang besar (mass murder).Di mana seorang Orang Kanan kepada Kepala Pengganas tersebut membunuh rakan2 nya sendiri dengan sengaja.Manakala Ketua Pengganas yang sedang mengugut/memeluk (grab) Lois Lane, cuba mengugut untuk membunuh Lois Lane dengan pistol diacukan ke kepalanya, berdepan dengan Superman.Namun, akhirnya Superman dengan mudah dapat menewaskan dan membunuh Ketua Pengganas tersebut dengan gerakan ‘super-pantas’nya.

Walaupun Lois Lane dapat diselamatkan, namun semua ahli2 kumpulan pengganas terbunuh dan Superman tidak berjaya membawa balik seorang pun secara hidup2 penjahat2/pengganas2 itu.

Kemudian, bla..bla..bla...plot2 sampingan, menunjukkan rakyat/orangramai buat protes tak puashati menuduh Superman yang kini bukan lagi Penyelamat orangramai sebaliknya pembunuh yang kejam.Lalu digambarkan adanya persidangan/conference bersama Presiden US dan juga Senator wanita terkenal pada masa itu.Mereka membincangkan tentang apakah harus dipanggil Superman untuk perbicaraan di mahkamah demokrasi dan dihukum mengikut undang2 demokrasi negara itu.


Kemudian plot sampingan lagi.Bla..bla..bla.. (ini macam ikut ucapan si Lex Luthor dalam filem ini lah, hahaha, asyik bla,bla,bla jer).

Ditunjukkan Superman/Clark Kent mendapat motivasi daripada Ibunya, Martha Kent supaya bersabar menghadapi saat2 sukar tersebut di mana orangramai menganggap Superman Pembunuh Kejam.

Juga ditonjolkan watak Lex Luthor yang ketika ini masih berambut (belum botak lagi) dan digambarkan Lex Luthor ini sangat bijak.Dia juga sangat berinformasi dan mengetahui ilmu2 sains yang ‘advanced’.Dia licik, kaya dan juga suka berhelah dan sangat bijak menipu daya musuh2nya.Kalau tak licik dan bijak bukanlah musuh Superman namanya, betul tak?


Lagi, bla...bla..bla...plot2 boring, gambaran Clark Kent di Daily Planet tempat dia bekerja dimarahi oleh Bosnya.Namun masih ada connected plot2nya.Clark Kent telah melihat berita2 mengenai Batman yang dikenali sebagai ‘Bat of Gotham’ secara tak sengaja di TV ketika berita2 jenayah disiarkan melalui TV.Ketika itu di Gotham, orangramai dan Pihak Polis/Penguasa Gotham menganggap Batman adalah penjenayah dan suka melakukan onar dengan mengambil tindakan sendiri memusnahkan kumpulan2 penjenayah di sana.Dia termanggu dan mula berfikir ingin mencari Batman dan menulis berita mengenainya di Daily Planet.


Ingat ya, Clark Kent/Superman pekerjaannya adalah sebagai wartawan di Daily Planet.Tapi hasrat Clark untuk membuat liputan mengenai Batman disindir dan dimarahi oleh Bosnya dengan mengatakan banyak lagi kes penting yang lain mengapa hal Batman di Gotham itu yang menjadi pilihan Clark Kent untuk dijadikan bahan berita.

Move to the next plot,bla..bla..bla...

Disambung semula mengenai kesalahan Superman.Dia akhirnya setuju dan dengan relahati pergi menghadiri perbicaraan di mahkamah atas tuduhan membunuh.Ditunjukkan juga Si Licik Lex Luthor yang amat ‘advanced’ tipudayanya,berjaya menipu Senator Wanita yang bakal memberikan keterangan kes kenapa Superman perlu dipanggil ke Mahkamah dan diadili.Saya percaya watak senator wanita ini adalah Senator yang ada kaitan dengan Undang2 Negara, jadi digambarkan dia berkuasa mengumumkan sidang perbicaraan dan kemudian diserahkan kepada Hakim untuk membuat pendakwaan.


Sebelum itu,ada tragedy.

Tragedy di mana ketika Superman bertarung dengan General Zod dan serangan kapal2 angkasanya dari Planet Krypton yang telah pun hancur.Cuba anda imbas kembali Filem Man Of Steel terdahulu.

Digambarkan kononnya berdasarkan plot dalam filem ini, ketika pertarungan itu (Superman bertarung dengan General Zod), Bruce Wayne/Batman ada di Gotham dan keadaan amat huru-hara, runtuhan bangunan di sana-sini, seumpama hari kiamat atau gempa bumi yang besar.Maklumlah, makhluk asing yang hebat dari Planet Krypton bertarung sesama sendiri iaitu di antara Superman/Clark Kent dan General Zod.


Akhirnya beribu2 kematian manusia kerana pertarungan itu dan Bruce Wayne atau Batman berasa amat sedih juga marah dan mula berasa dendam terhadap Superman.

Kebetulan ada seorang ‘Gothamese’ (orang Gotham) digambarkan cedera dan kakinya dipotong kerana dihempap runtuhan bangunan.Bruce Wayne menariknya keluar dan diselamatkan.

Di sinilah mulanya kaitan helah licik oleh Lex Luthor yang mana dia memberikan kerusi roda canggih kepada orang ini, kononnya untuk menolong dan mengasihani orang ini agar mampu bergerak cergas seperti biasa.

Kemudian diplotkan sebab musabab hingga gugurnya seketul Kryptonite (Batu meteor dari Planet Krypton) hasil sisa2 pertarungan Superman vs General Zod yang gugur ke Bumi, telah ditemui dalam laut di wilayah negara di India.


Kemudian adanya usaha2 si genius,billionaire dan si penipu Lex Luthor yang licik mencari usaha mendapatkan Batu Kryptonite yang berwarna hijau seperti batu permata Zamrud yang bercahaya itu dengan harapan dia dapat membunuh/melemahkan Superman nanti.

Namun usaha mendapatkan Kryptonite ini, dapat dipintas oleh Bruce Wayne/Batman dan akhirnya Bruce berhasil mendapatkan Kryptonite lalu membuat sebilah lembing/tombak bermatakan batu Kryptonite bagi tujuan bertarung dengan Superman.

Sambung semula babak perbicaraan Superman di Mahkamah.

Bla..bla...bla...

Tiba2, belum lagi Senator habis berbicara dan menerangkan kepada khalayak mengapa Superman harus dipanggil ke mahkamah, satu letupan yang maha kuat, membunuh semua orang di mahkamah kecuali Superman.

Superman, kan?

Mestilah tak lut dan tak terjejas dengan letupan bom/senjata, jadi dia selamat lah.

Melihatkan hal itu, orangramai mula curiga dan menuduh bahawa Superman tidak berguna lagi.Sementelah pula Bruce Wayne dapat mengetahui berita itu dan meluap2 perasaannya ingin bertarung dan ‘mengajar’ Superman.

Pada hal sebenarnya ialah perangkap yang di set kan oleh Lex Luthor yang meletakkan bom peledak/bom kawalan di kerusi roda canggih yang digunakan oleh ‘Gothamese’ kaki kudung yang dibantunya sebelum ini.Si kudung itu juga hadir di hari perbicaraan Superman di mahkamah dan menggunakan kerusi roda canggih tersebut, tanpa disedarinya Lex Luthor telah meletakkan bom di situ semenjak awal2 lagi ketika menyerahkan kerusi roda tersebut kepadanya mula2 dahulu.Superman pula memberi alasan kepada Lois Lane bahawa dia tidak sedar dan dia tidak mencari di mana bom tersebut kerana fokus kepada sesi perbicaraannya.Jadinya, dia tidak menggunakan ‘eye vision’ nya untuk melihat bom yang tersembunyi.

Diringkaskan sedikit,.....gedebak gedebuk, gedebak gedebuk (ini bukan aksi bertumbuk Batman vs Superman), ini cara saya pendekkan penceritaan.

Hahaha...

Maka dengan pengaruh dan kelicikan si Lex Luthor mengambil kesempatan menghasut dan mengapi-apikan antara kedua2 Adiwira sejagat ini, ‘cucuk sana-cucuk sini’, helah sana helah sini, dipujuknya Batman agar mencabar Superman dan diugutnya Superman dengan menculik Ibu Superman iaitu Martha Kent.

Dipaksanya Superman membunuh Batman dan membuat pertarungan akhir dengannya.

Akhirnya Batman dan Superman bertarung.


Batman kini tidak lagi hanya berpakaian mantel yang biasa.Tetapi dengan suit metal (Iron Bat Metal Suit) khas untuk pertarungannya dengan Superman.Ditonjolkan adegan dia melawan dan berhelah kepada Superman dengan Bom Asap (canister) canggihnya yang dicampurkan dengan serbuk Kryptonite dan mampu melemahkan Superman.Selain itu ada juga peluru anak panah yang dijadikan campuran bom asap dengan Kryptonite dijadikan senjata oleh Batman untuk menembak kepada Superman.Superman amat lemah dan semakin lemah apabila terkena Kryptonite dan diambil peluang oleh Batman untuk membelasah Superman dengan secukupnya.


Hebat, saling serang menyerang,saling tumbuk menumbuk, hentam menghentam,nampak sangat akan lembik dan lemahnya Batman diperlakukan Superman.Hanya sekali tolakan tangan ke dada Batman sudah terdorong jatuh jauh ke belakang.



Tapi selepas itu,Batman masih mampu bangkit dan melawan Superman.Ia menggunakan canister campuran Kryptonite dan ketika Superman lemah,Batman menghenyak, menumbuk dan menghempas Superman hingga ke ruang bawah tanah.Memang hebat tumbukan dan serangan2 Batman sambil kata2nya yang sungguh bermakna pada ketika itu, ‘’We are human not afraid’’.....


Sayang dia tak gunakan dialog yang sama dalam komik atau siri animasinya Batman vs Superman (versi animation/cartoon) iaitu ‘’I want you to remember Clark, in all years to come.In all your private moments, my hand at your throat.I want you to remember the one man who beat you’’.

Namun Batman tak jadi meneruskan untuk merejam tombak bermatakan Kryptonite ke dada Superman bagi membunuhnya.Apabila Superman menyebut2 nama ibunya Martha,Martha, Martha.

Lalu segera Batman terkenangkan Ibunya juga yang bernama Martha dan telah mati ditembak perompak ketika usia Bruce masih kecil.

Dalam kesempatan itu, menjelma Lois Lane entah dari mana (mungkin mengikuti Superman sebelumnya), lalu memberitahu Martha ialah Ibu Superman yang menjaganya semenjak ia kecil sewaktu terbuang ke Bumi dari Planet Krypton.Iaitu Martha Kent.

Superman memberitahu Ibunya diculik oleh orang2 Lex Luthor dan memaksa agar dia membunuh Batman/Bruce Wayne.

Bla...bla..bla...lagi dan lagi, dah nak habis ni.

Akhir sekali (berapa banyak akhir, tadi dah akhir dah),aduhai...

Batman pergi menyelamatkan Ibu Superman dan berjaya menewaskan konco2 ‘haprak’ Si Lex Luthor dengan menggunakan Bat Mobile nya dan kekuatannya.

Satu lagi masalah baru, ingatkan dah habis tadi.

Si licik Lex Luthor dapat akses ke ruangan kapal/bangkai kapal angkasa General Zod dan cuba menghidupkan semula General Zod.Melalui arahan2 yang masih tersimpan dikapal angkasa canggih itu, Lex Luthor berjaya menghidupkan semula General Zod dalam bentuk lain iaitu menjadi Raksasa yang sukar ditewaskan kerana ia mengandungi ‘baka’ makhluk dari Planet Kryptonite.


Bla, bla,bla lagi...

Sehinggalah munculnya watak sampingan, Wonder Woman yang membantu Batman dan Superman bersama2 cuba untuk menghapuskan Raksasa ganas tersebut.
Setelah mencuba dengan pelbagai cara,ditembak dengan senjata canggih Bat Mobile, dijerut dengan tali api (fire rope) oleh Wonder Woman dan ditembak laser api dari mata Superman juga tidak mengapa2kan Raksasa yang ‘bagak’ (besar) tersebut.


Kemudian Superman membuat pengorbanan berani dengan mengambil tombak bermata Kryptonite untuk menenewaskan Raksasa tersebut.Akhirnya kedua2nya iaitu Raksasa dan Superman pun mati lah kesudahannya.

Tambahan sedikit,keluarnya watak Wonder Woman dan watak Aqua Man sekejap sahaja, apabila Bruce Wayne membuat carian dan menjumpai fail sulit ketika berkomunikasi emel dengan Diana Prince iaitu wanita yang berumur panjang ratusan tahun,yang menjelma sebagai Wonder Woman.Manakala watak Aqua Man diperlihatkan melalui adanya projek carian di dasar laut dalam mengenai unsur2 pelik/ghaib/paranormal yang mana rakaman video menemui seorang manusia berambut panjang yang berotot kekar (sasa) sedang membaling tombak ke arah kamera.Dia tinggal jauh di dalam gua di lautan dalam.


................................................................................................................................................

Ok, ini betul2 LAST.

Last part - untuk review/my personal comments.

1.Bagi saya Filem Batman v Superman ini (memang ia bertajuk begini, tanpa VS, hanya ‘V” sahaja diletakkan),ceritanya hebat dan menarik untuk ditonton.Boleh lah dalam indicator 10, saya beri 8/10 lah.

2.Plot cerita Ok lah, senang difahami, tidak berbelit2.

3.Lakonan/Pelakon dan watak2 juga menarik.Watak antagonis Lex Luthor diberikan gaya jahat yang baru.Lebih berhelah, bijak, banyak cakap tetapi kaya dan genius yang hebat menipu daya orang/musuh2nya.Kalau filem2 biasa/siri2 Superman sebelum ini, biasanya Lex Luthor digambarkan hanya bijak dan kaya, tapi kurang licik dari segi menipudaya musuh2nya.

4.Ada sedikit kaitan watak yang tidak jelas atau masih bingung memikirkannya.Mungkin untuk tujuan publisiti dan juga untuk filem khusus mengenainya akan datang.Seperti contohnya watak Diana Prince (Wonder Woman) dan juga Aqua Man.Tidak diceritakan agak jelas siapa mereka sebenarnya, apa asal usulnya dan bagaimana ada kaitan untuk Batman dan Superman.Mungkin nanti, ada filem yang menggabungkan semua watak ini, dikatakan judulnya kalau tak silap, Justice League.

5.Penamat cerita (ending), berubah jika berbanding dengan siri animasi Batman vs Superman.Pengarah menjadikan watak Superman mati.Tetapi dalam siri animasinya, yang mati adalah Batman dalam pertarungan di antara mereka berdua.Namun Batman bukan benar2 mati dibunuh/ditewaskan oleh kekuatan Superman.Diceritakan di babak akhir siri animasi/versi kartunnya, Batman masih hidup menyembunyikan diri dan mengumpulkan pengikut2nya di kawasan bawah tanah dan mengajar mereka cara2 membina kehidupan dan semangat juang yang dimiliki oleh Batman.

Habis lah sudah...

Saya berpuashati dengan filem yang saya minati ini.

Saya adalah peminat filem Superhero/Adiwira.Jika berkesempatan saya akan menonton pula filem Captain America – The Civil War, yang mengisahkan pertarungan di antara Captain America dan Iron Man pula akan datang, mungkin bulan Jun 2016 akan muncul di pawagam.

Sehingga itu, selamat bertemu kembali dan terima kasih kerana membaca kandungan/entri2 di blog saya.

Ingat ini ;

‘’Kita semua ini sebenarnya adalah Superhero dalam kisah kehidupan kita sendiri’’.

Betul tak?


Jika kita seorang Bapa, maka kita lah Superhero kepada anak2 kita, meredah onak dan duri, bersusah payah untuk rumahtangga dan anak2, menentang kejahatan/dugaan yang mendatang, mengharungi pahit getir kehidupan.Maka kita adalah Superhero dalam konteks kehidupan kita sendiri.

Wallahualam.

Wassalam.

Tiada ulasan: