Iklan Nuffnang

Isnin, 30 November 2015

3 Hari 2 Malam di Pulau Pinang : Memenuhi Hasrat Ayah

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam Online;

Rakan2 Bloggers & Pengunjung2 blog saya yang dihargai,

OK, untuk ke sekian kalinya selepas ENTRY/ POSTING saya yang lepas berkenaan Kunjungan ke KT, saya gunakan format catatan/nukilan yang sama lagi dari segi gaya penceritaan di blog saya ini.

Ini memudahkan kita membaca dan memahami kisah travelog saya.

Untuk Kisah Travelog di KT sila klik di link ini :

3 Hari 2 Malam di Kuala Terengganu : Mencari Kelainan Tarikan di KT

.........................................................................................................................................................

Kali ini saya kongsikan pula berkenaan kisah saya bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Pinang atau pun nama jolokannya Pulau Mutiara.

Saya berkunjung ke Pulau Pinang dari tarikh 26 -28 November 2015.

Saya pergi dengan memandu kenderaan sendiri bersama keluarga kecil saya dan juga Ibubapa saya.Iaitu seramai 5 orang.


Jom ikuti kisahnya.

......................................................................................................................................................

Sebenarnya saya suka mencoretkan kenangan di blog peribadi saya ini.

Ia untuk kenang-kenangan jika umur diizinkan oleh Allah hingga ke usia tua.
Bolehlah dilihat kembali, dikenang kembali dan ditunjukkan kepada anak-anak dan cucu-cucu, sekadar sebagai cerita-ceriti di hari tua atau setelah bersara.

Selain itu, segala isi kandungan yang berfaedah dari blog saya ini juga saya izinkan dibaca, digunakan dan dijadikan panduan oleh anda semua.

MULA CERITA

Ini cerita travelog saya.

Baru-baru ini saya telah pergi bercuti di Pulau Pinang selama 3 Hari 2 Malam.

Semestinya lah bagi semua orang yang sudah sedia maklum mengenai Pulau Pinang, akan terlintas 2 perkara ini saja mengenai keadaan/masyarakat di sana, iaitu :

1.Di Pulau Pinang ramai penduduk terdiri dari kaum Cina dan negeri ini merupakan negeri yang maju di Semenanjung Malaysia.

2.Di Pulau Pinang ramai peranakan India atau Mamak atau Anak Mami.Sebab itu di Pulau Pinang begitu tersohor dengan hidangan Nasi Kandar nya yang disajikan di Restoran2 Mamak yang terkenal.

P/S :- 2 (Dua) kenyataan/statement ini bukan bermaksud dan bertujuan bersikap ‘racisme’ atau menghina tetapi saya cuma menggambarkan akan keadaan sosial/’society condition’ di negeri Pulau Pinang ini.

Kata2 seperti,…’’Kalau pergi Penang, cuba lah rasa Nasi Kandar Line Clear, bro’’… ‘’kalau tak try, rasa tak syok/tak lengkap la pergi Penang’’...

Mesti kita pernah dengar kata2 begini, dari rakan2 dan sahabat handai,betul tak?

Untuk makluman anda, Ibu dan Ayah saya tidak pun menggemari masakan2 ala Mamak di Pulau Pinang dan ini merupakan ‘cabaran’ bagi saya untuk mencari menu makanan yang lain.Ayah saya pernah cuba memakan masakan Nasi Kandar, tetapi seleranya tak boleh terima dengan karinya yang begitu pekat bersama aroma rempah ratusnya.

Sengaja saya berhasrat ingin menggembirakan Ayah saya.Jadinya saya usahakanlah ‘Program Cuti2 Bajet’ ke Pulau Pinang ini.

Saya pernah berkunjung 2 kali ke Pulau Pinang sebelum ini, saya sudah lupa, mungkin sekitar dari tahun 2007-2010 macam tu.

FYI : Untuk Entri Blog yang terdahulu mengisahkan saya melakukan perjalanan sekejap (short journey) ke Penang bersama Solehin, adik saya, sila klik di link ini :

Jalan-Jalan Pulau Mutiara


Sebenarnya saya mengambil keputusan bercuti di Pulau Pinang pada kali ini adalah untuk menunaikan impian Ayah saya yang mahu berkunjung ke Bukit Bendera dan merasai menaiki Train baru di Bukit Bendera @ Penang Hill.

Ayah saya teringin benar menaiki Train baru di Bukit Bendera dan melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru iaitu dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, mengambil sempena nama Yang Dipertuan Agong sekarang.


Saya dulunya pernah menaiki ‘cable car/train’ di Bukit Bendera iaitu Train yang lama yang masih diperbuat dari kayu gerabaknya.

Saya juga melalui Jambatan baru Pulau Pinang sebanyak 2 kali semasa pergi dan pulang semata2 untuk memberikan kepuasan kepada Ayah saya.Saya sengaja tidak melalui Jambatan lama Pulau Pinang.

Untuk makluman, Jambatan baru panjang laluannya ialah +- 24 KM, manakala Jambatan lama +- 17 KM sahaja.

Jadi, agak2nya bagaimana saya cuba menjelajah Pulau Pinang dan cuba memenuhi selera dan minat Ayah saya?

Nasi Kandar? Dia tak selera.

Melawat Kuil2 terkenal di Pulau Pinang? Dia tak berminat.

Mengunjungi lebuh/lorong belakang bangunan2 lama di Pulau Pinang dengan melihat hasil lukisan 3D/Street Arts? Dia orang warga emas, dah tak berupaya untuk berjalan dari lorong ke lorong.

Nak membeli belah banyak2, baju, seluar, pakaian dan makanan? Dia dah tak begitu ‘eager’ / beria-ia.Dia lebih suka bergilir menukar pakai mana2 pakaian sedia ada yang dia sudah miliki sahaja.

Habis tu, apa Ayah saya mahu? Apa dia suka?

Bagaimana saya nak cuba memenuhi minat dan kesukaannya?

Ok, mari kita lihat.

Ayah saya sebenarnya dia suka ‘berjalan2’.Bukan ‘walking’ atau ‘menapak’ atau ‘merambu-ramba’atau ‘berderak rato-riti’ atau pun ‘gi mari-gi mari sano-sini’ sesuka hati.

P/S – Maaf,ada beberapa penggunaan istilah/terms loghat/dialek negeri Kelantan.

Ayah saya, dia suka bersiar2 ke tempat2 yang menarik perhatiannya seperti adanya tarikan tempat peranginan, adanya masyarakat setempat yang ramai boleh bertegur sapa, ada makanan/masakan Melayu dan Masakan Kampung yang memenuhi seleranya dan juga wujudnya suasana tarikan yang menenangkan fikirannya seperti kawasan pantai, tasik dan juga masjid.Dia juga suka kepada kanak2 kecil dan bermain dengan cucu2nya.

Kecenderungan dan kesukaan Ayah saya ini juga mempengaruhi Ibu saya dan sedikit sebanyak kepada saya juga.

Jom kita sama2 lihat, saya akui mungkinlah tak semuanya tempat2 yang saya kunjungi ini menarik minat anda, namun saya percaya, jika anda atau pun Ibubapa anda seperti Ibubapa saya, maka inilah tempat2 yang sesuai untuk anda lawati/kunjungi sekiranya anda melancong ke Pulau Pinang.

KE MANA SAYA BERKUNJUNG DI PULAU PINANG?

Berikut ialah lokasi-lokasi tarikan yang saya kunjungi dan aktiviti-aktiviti yang saya lakukan ketika bercuti di Pulau Pinang bersama Ibubapa saya.

1.Mengunjungi Pantai Tanjung Bungah.
Pantai ini ialah pantai yang terkenal di Pulau Pinang selain dari Pantai Batu Feringgi.Cantik juga pemandangan di sini,cuma ketika kami datang ke sini air lautnya agak bergelora.Tapi memang ramai pengunjung dan pelancong datang ke sini, lebih2 lagi semasa cuti persekolahan ini.

Di tepian jalan dan laut di Pantai Tanjung Bungah ini terdapat Masjid Terapung dan bertentangan dengan Masjid Terapung ini ada satu kawasan Medan Selera dikenali sebagai Medan Selera Tanjung Bungah.

Di sinilah wujudnya Kedai Makanan Masakan Melayu yang tersohor di Pulau Pinang !

Nama kedainya ialah Kedai Nasi Melayu Lidiana.


Gambar : Kredit kepada blog di atas.

Saya rasa tidak kurang dari 20 jenis masakan Melayu dihidangkan di sini.Meja sentiasa penuh dengan kehadiran pelanggan dan sentiasa dikunjungi orang ramai tak kira bangsa apa.Jangan tak percaya, saya sendiri melihat orang putih/Mat Saleh juga berkunjung ke Kedai Nasi Melayu Lidiana ini.

Masakannya sedap dan menyelerakan.

Di sinilah saya mengajak Ibubapa saya menjamu selera.Sebanyak 2 kali kami menikmati hidangan Masakan Melayu di sini untuk waktu makan tengahari.Begitu berselera Ibubapa saya menikmati makanan di sini dengan bermacam jenis ulam-ulaman, hidangan masakan panas, ikan bakar, ayam goreng, ikan bawal, telur masin,sotong besar, udang galah besar dan bermacam jenis sayur-sayuran, beraneka jenis sambal dan juga menu2 masakan kampung yang lain.

Serius saya katakan, rasa masakannya enak, sedap dan harganya memang berpatutan.

Untuk makluman, sebelum saya tahu lokasi ini, saya sempat makan malam di Gerai Masakan Thai yang baru dibuka 1 tahun lebih, Gerai Ummu Syirah di jajaran jalan menuju ke Tanjung Bungah.Harga makanannya juga berpatutan dan juga sedap masakannya.Pemiliknya ialah Haji Zainuddin yang dikenali di sana dengan panggilan ‘Nana’.

2.Mengunjungi Masjid Terapung Tanjung Bungah.
Masjid yang cantik di tepian laut, tenang dan mendamaikan.Saya dan Ayah sempat menunaikan solat sunat 2 rakaat di masjid ini.Bila kita bercakap, di ruang legar masjid ini ada gema (echo).Di luarnya ada pemandangan bot2 nelayan berlabuh dan ada suasana laut yang membiru.

Ada 2 lagi masjid saya sempat kunjungi iaitu Masjid di puncak Bukit Bendera dan juga Masjid Negeri Pulau Pinang.



3.Mengunjungi Rumah kelahiran Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee.
Lokasi ini terletak di Jalan Sungai Pinang.Ia merupakan rumah tempat kelahiran Seniman Agung serba boleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.Terdapat binaan rumahnya iaitu rumah keluarga/Ibubapa P.Ramlee dan juga bersebelahannya ialah Galeri P.Ramlee.
Seronok berkunjung ke sini jika anda adalah orang meminati seni dan juga meminati lakonan dan nyanyian P.Ramlee.Saya walaupun dikira generasi terkemudian yang agak jauh dengan zaman P.Ramlee tetapi saya mengakui juga meminati P.Ramlee khususnya suaranya yang merdu dan lakonannya yang penuh perasaan menyentuh jiwa.


4.Menaiki Train baru dan mengunjungi Bukit Bendera (Penang Hill).
Ok, inilah yang dihajati oleh Ibubapa saya.Saya betul2 gembira bila dapat membawa Ibubapa berkunjung ke sini.Lega rasanya, dapat memenuhi keinginan Ayah.Memang jauh lebih menarik jika kita dapat ke Bukit Bendera sekarang ini berbanding dulu2.Kini sudah menggunakan train baru, cuma 5 minit mendaki ke puncak Bukit Bendera.Kalau dulu dengan menggunakan train lama, iaitu sebelum tahun 2008, mengambil masa 1 jam untuk tiba ke puncak dan perlu bertukar train di pertengahan stesen sebelum tiba ke puncak.Kini dengan train baru, 5 minit terus ke puncak tanpa berhenti.

Wow ! hebat teknologi train baru di Bukit Bendera sekarang ini.


Di Bukit Bendera ini juga ada pelbagai macam tarikan pelancongan.Di antaranya ada ‘Buggy Riding & Tour,LoveLock,Rumah Salji, XD Teater & Simulator,Muzium Burung Pungguk (Owl Museum),Pelantar Pandang Jauh (Observation deck),Masjid,Kuil Hindu,Medan Selera, sessi bergambar dengan Ular Sawa dan Burung Kakak Tua dan paling mengujakan aktiviti meneropong melihat pemandangan Pulau Pinang dari puncak Bukit Bendera.




5. Mengunjungi Akuarium FRI Pulau Pinang.
Ini juga lokasi yang saya dan Ayah suka.Bermacam jenis/spesis ikan dan hidupan marin seperti ‘clown fish’/ikan nemo, termasuk pelbagai spesis terumbu karang, kuda laut,jerung, kerapu gergasi (grouper)dan penyu juga terdapat di sini.Ada juga disediakan sessi menonton TV layar besar mengenai maklumat hidupan marin.

Akuarium FRI merujuk kepada singkatan ‘Fishery Research Institute’ atau pun Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang.Lokasinya tidak jauh dengan Bangunan Mah Sing Group di Jalan Batu Maung.


6.Mengunjungi Pantai Miami.
Pantai lagi.Ya, saya dan Ayah suka pantai.Pantai Miami ini biasa saja tapi seronoknya ada batuan besar di tepi pantainya dan bagi sesiapa yang nak bertenggek2 dan duduk di atas batuan ini,bolehlah sambil2 melihat keindahan sekeliling.Suasana juga cantik dengan keindahan laut yang membiru.


7.Menikmati Juadah Makan Malam di Restoran Pen Mutiara.
Menuju jalan yang sama untuk ke Akuarium FRI tadi, iaitu Jalan Batu Maung dan berdekatan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), Restoran Pen Mutiara ini memang dikenali ramai.Ia menyajikan menu Kari Kepala Ikan Merah yang amat menyelerakan !
Saya sempat menjamu selera di sini bersama keluarga sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Masakannya memang enak, dihasilkan dari ikan segar yang diambil setiap hari berdekatan dengan jeti di mana tangkapan hasil laut yang segar sentiasa diperolehi di sana.

Harga hidangan untuk 4 orang dewasa + 1 kanak2 amat berpatutan.Kari Kepala Ikan Merahnya bersaiz sederhana besar, bersama menu sampingan (side dish) yang saya minta iaitu Sotong segar yang digoreng celup tepung,Ikan Bawal Goreng Rangup bersama sayur goreng yang disukai oleh Ibu saya juga sungguh sedap.Minuman Epal Asam Boi, Jus Tembikai Susu dan juga Kopi Ais melengkapkan lagi hidangan makan malam kami pada waktu itu.Manakala Ais Krim Strawberi + Coklat dibuat santapan pencuci mulut.


Gambar : Kredit untuk blog di atas.

8.Membeli cenderamata (souvenirs) di Hard Rock Shop, HRC Pulau Pinang.
Saya mengambil kesempatan mengunjungi Hard Rock Shop di sini membeli sehelai T Shirt HRC South East Asia dan juga Lanyard HRC untuk koleksi peribadi dan kenang2an.



Seperti yang pernah saya terangkan sebelum ini, saya tidak menyertai apa2 parti2 ‘dewasa’ atau pun menyertai aktiviti Kelab Malam dan meminum arak di mana2 lokasi,khususnya di mana2 cawangan Hard Rock Cafe.Walaupun saya menjadi ahli Hard Rock Shop (ada daftar membership) tetapi saya cuma berminat mengumpul koleksi cenderamata dan T Shirt sahaja bukannya melibatkan aktiviti yang tidak sihat atau pun nyanyian,pesta2 atau pun sebarang aktiviti hiburan yang melalaikan di HRC.

Perkara ini juga saya jelaskan/terangkan kepada Ibubapa saya dan isteri saya untuk mereka tidak bersikap salah sangka apabila saya membawa mereka ke Hard Rock Cafe Hotel dan Hard Rock Shop di Penang ini.

9.Mengunjungi Muzium Mainan (Toys Museum)
Lokasi ini adalah lokasi wajib dikunjungi untuk melayani minat anak2 kita terhadap mainan2 dan boneka2 superhero dalam filem2 terkenal.Sila lah berkunjung ke sini.Oleh kerana ianya tarikan untuk kanak2 sahaja,Ibubapa saya tidak berminat untuk melihat dan mengunjungi muzium ini.Saya, isteri dan anak saya Zarif sahaja yang menghabiskan masa meneroka keunikan koleksi 'toys' di muzium ini.

Saya dan Zarif seronok juga berada di sini.Zarif apatah lagi, benar2 teruja dia !
Saya pernah mengunjungi muzium ini suatu masa dulu, ketika lokasinya belum berpindah.
Dulu, muzium ini terletak berdekatan dengan tepian Jalan Tanjung Bungah.Kini berpindah ke Jalan Teluk Bahang.


10.Mengunjungi Masjid2 yang cantik binaannya.
Ada 3 masjid yang sempat saya lawati iaitu Masjid Terapung Tanjung Bungah,Masjid Bukit Bendera dan juga Masjid Negeri Pulau Pinang.Masjid2 yang saya lawati/kunjungi ini masing2 amat indah rekaan dan senibinanya.Kagum saya dibuatnya.




......................................................................................................................................................

Selesai lah sudah, ada +_ 10 lokasi sahaja yang saya sempat bawa keluarga dan Ibubapa saya meronda2 di Bandar Pulau Pinang yang diberi nama jolokan Pulau Mutiara ini.Mungkin ini bukan dinamakan jelajah/’tour’ sebab ia hanya sebahagian kecil saja lokasi yang kami telah kunjungi di Pulau Pinang.

Namun saya berasa puashati kerana lokasi2 yang saya kira wajib dikunjungi dan selari mengikut keinginan Ibubapa saya,sudah dapat saya penuhi.

Saya juga berasa begitu gembira dan terkesan di jiwa dan hati saya, apabila Ibubapa saya meluahkan perasaan mereka berasa begitu seronok dan begitu puas berjalan2/bersiar2 ke lokasi dihajati mereka di negeri Pulau Pinang ini.

That’s it.
We really enjoy with this trip.

.....................................................................................................................................................

TOLONG IKLAN
Kali ini, untuk Trip ke Penang ini, saya memilih untuk menyewa dan menginap di Homestay Kondominium Melody Homes yang terletak di Lebuh Thean Teik, George Town.Kadar sewa yang dikenakan amat berpatutan dengan fasiliti Kondominium sederhana mewah.Di Kondo ini, ada 3 bilik yang selesa, cukup lengkap dengan keperluan rumah/homestay yang selesa berserta dapur, ruang tamu, TV, bilik air dan persekitaran yang begitu bersih dan nyaman.Fasiliti seperti gymnasium, kolam renang dan taman permainan juga dibenarkan untuk kegunaan penginap di Homestay ini.




Homestay Kondominium Melody Homes untuk unit ini diberikan gelaran oleh pemiliknya ialah Homestay De Basith.

Untuk tempahan Homestay Kondominium Melody Homes De Basith, sila hubungi :

Puan Solehah : 016 408 6365
En. Zaid : 012 448 0048

.......................................................................................................................................................

KONSEP PERCUTIAN SAYA
Bagi saya, lokasi tarikan menjadi faktor utama untuk melancong.Khususnya tarikan-tarikan tersebut saya masih belum mengunjunginya, atau pun sudah lama tidak mengunjunginya.

Manakala faktor makanan, penginapan dan peruntukan wang untuk membeli belah bagi saya bukanlah keutamaan.Makanan bagi saya asal rasa sedap, harga berpatutan dan mengenyangkan, sudah OK bagi saya.Penginapan juga begitu, asalkan penginapannya bersih, agak selesa dan harga berpatutan sudah memadai.Bagi aktiviti membeli belah, asalkan ada sedikit sebanyak ole-ole dan buah tangan yang dibeli, itu pun sudah dikira bagus.

Sebab itu,saya bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga saya telah ‘set’ kan perancangan saya untuk menginap di penginapan berkonsepkan Homestay Moden bukannya Hotel di bandar/kota, kemudian saya mahu anak saya bermandi manda di kolam yang bersih dan luas, jadinya Homestay Melody Homes menjadi pilihan saya sekeluarga.Keselesaan menginap dan juga mengutamakan rasa selesa untuk Ibubapa, menjadi keutamaan saya.

Homestay Kondominium ini agak ‘privacy’, tiada gangguan, ‘easy access’ ke kedai berdekatan dan juga dihubungkan dengan lebuhraya dan jalan yang elok.

..........................................................................................................................................................

PENUTUP CERITA
Jadi itu sajalah ceritanya, daripada saya berkenaan Trip ke Penang bersama Ibubapa saya.Saya berasa puas dan seronok apabila melihat Ibubapa saya juga seronok dengan percutian ini.Inilah sekelumit balasan yang tidak seberapa untuk Ibubapa saya yang telah begitu banyak bersusah payah membesarkan saya dalam keadaan hidup penuh kesukaran suatu ketika dulu.

Memang, sesungguhnya banyak lagi tarikan pelancongan di Pulau Pinang, namun selama 3 Hari 2 Malam saya menginap di sana, aktiviti2 yang lain tidaklah saya berkesempatan untuk melakukannya.Lagi pun saya tidak mahu mengunjungi tarikan2 pelancongan yang tidak selari dengan kesukaan Ibubapa saya.Saya tidak mahu menghampakan mereka.Atas faktor usia yang sudah di dalam kategori warga emas, Ibubapa saya perlu dipimpin tangan mereka ketika berjalan, tidak boleh berjalan tergopoh - gapah dan perlulah dengan keadaan tenang dan tenteram.

Jika mahu membawa mereka mengunjungi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang contohnya seperti Bukit Bendera,perlulah pergi awal2 pagi di masa orang belum ramai berkunjung ke situ.Barulah tidak bersesak2 dan mengganggu mereka selaku warga tua untuk bergerak dan berjalan.

Saya doakan Ibubapa saya terus sihat dan dipanjangkan usia mereka. Saya akan berusaha untuk bawa mereka lagi pergi melancong ke destinasi lain jika diizinkan oleh Allah.

Mudah2an.

.....................................................................................................................................................

TAGLINE TRAVELOG SAYA
Seperti selalu dalam entri blog saya (jika postingnya bertemakan pelancongan) yang lepas, saya ulang semula Tagline travelog saya, iaitu :

‘Santai kita, cara kita’

Maksudnya, usah peduli kata orang dan jangan cuba meniru gaya orang lain bercuti dan melancong.Usahakan dan bina cara kita sendiri, kecenderungan kita sendiri dan kemampuan kita sendiri.
Jika kita ada bajet yang kecil dan agak terhad,pergilah melancong dekat2 dan dalam negara sahaja, jika ada rezeki lebih dan melimpah ruah, barulah kita usahakan untuk terokai dunia.

So, last but not least, hargailah masa berkualiti kita bersama keluarga dan Ibubapa.

Percayalah, rezeki kita akan melimpah - ruah sekiranya kita berbakti kepada keluarga khususnya berbakti kepada Ibubapa kita.
Wang yang kita hulurkan dan habiskan untuk Ibubapa, Inshaa Allah berkali2 ganda lagi bakal digantikan oleh Allah.

Asalkan hati kita ikhlas berbakti kepada mereka, ganjaran dalam pelbagai bentuk akan dianugerahkan oleh Allah.Contohnya,anugerah kesihatan yang baik, selamat dari tertimpa/terkena bala bencana, dipermudahkan kehidupan berumahtangga, dapat menikmati kebahagiaan hidup, hati rasa tenang,mendapat rezeki yang tidak disangka2 dan juga wujudnya sumber kewangan yang lain/wang kita sentiasa cukup atau bertambah lagi.

Akhir sekali, mesej saya ingin sampaikan,hargailah keluarga dan Ibubapa kita.
Sentiasalah menggembirakan mereka.

Jom melancong bersama keluarga dan Ibubapa !

7 ulasan:

syidah abu bakar berkata...

suka gaya penceritaan encik! bahasa yg bagus.susah nak jumpa blog peribadi yg tak guna bahasa pasar yg keterlaluan. good job!

alriana5604 berkata...

Terima kasih,Syidah.Ada juga orang yg sudi singgah2 terjah blog saya,ya.
Saya memang suka guna bahasa yg mudah faham dan tidak terlalu menggunakan bahasa 'pasar'/dialek dalam penulisan blog posting saya.
Semoga Syidah dan pengunjung2 yg lain dapat sesuatu yg berfaedah dengan mengunjungi dan membaca posting di blog saya.

Thanks again.

Nudge Nash berkata...

inilah yang saya perlukan..sedang merancang nk bwk famili & FIL ke penang..terima kasih tuan..

anniz mohtam berkata...

Wow.. kagum dengan penulisan! Dan nice entry, tengah mencari info ni. Plan nk bercuti juga ke sana.

Salam perkenalan 🤗

alriana5604 berkata...

Saudara Nash & Saudari Anniz,

Terima kasih banyak2 atas kunjungan ke blog saya dan sudi membaca nukilan posting/penulisan saya.

Salam perkenalan juga buat anda berdua.

Selamat jalan dan selamat sampai dan semoga bercuti dengan gembira di Penang nanti.

Good luck & have a fruitful vacation, Ok. :)

tqa berkata...

terima kasih banyak2 atas info yang sangat berguna ini.sye memang plan nak bawak MIL & FIL ke penang tapi tak tau tempat apa yang sesuai utk mereka.Banyak sye google berkenaan tempat yang menarik di Penang, tp rata-rata mengesyorkan tempat yang pada saya tidak sesuai untuk MIL & FIL sye..Alhamdulillah saya search and dapat baca blog tuan ni..terima kasih sekali lagi.thumbs up!!

alriana5604 berkata...

Ok,Tqa, semoga nya semua berjalan lancar & selamat melancong membawa famili ke Penang, ya.:)