Iklan Nuffnang

Bolasepak Piala Dunia 2014 Brazil : German Pilihan Saya

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai, rakan2 blogger dan pengunjung,

Salam sejahtera semua.

Fuyyyo… Riuh di Brazil, Jom !!!


Ok, first thing first, saya sebenarnya nak buat entri blog berkenaan World Cup 2014 di Brazil yang akan bermula pada 13 Jun 2014 nanti.

Saya sudah beberapa musim Piala Dunia menyokong pasukan German.


Sebelum itu saya penyokong Brazil.Pasukan Brazil memang unik dan permainan ‘ala samba’ mereka memang ada masanya benar-benar menjadi.Zaman Ronaldo, Ronaldinho dan juga Rivaldo siapa tak kagum akan permainan pasukan Brazil di Piala Dunia, kan?

Tapi biasa lah, manusia memang lah mempunyai minat lebih dari satu, kan? Bukannya tak setia, tapi ingin mengalami dan merasai sesuatu minat yang baru pula.

Hahaha…. ( Tak ada kena mengena dengan poligami, ok..ahakkkss..)


Mari kita lihat Kumpulan yang menyertai Piala Dunia 2014 ini dan juga jadual perlawanannya.

Sumber : Kredit untuk Blogger AmboiDotCom.



Banyak juga negara yang layak menyertainya, iaitu sejumlah 32 buah negara.

Mari kita lihat pasukan kegemaran saya iaitu German.


Ini sebagai selingan sahaja , ya :

Pasukan negara ini (Germany),dalam filem Captain America 'The First Avenger' dikenali sebagai negara musuh USA, bro.
Sebabnya, German ialah negara Tentera Nazi yang berperang dengan USA dan Tentera Bersekutu pada tahun 1933 hingga 1945.
Ingat tak, ‘villain’ (penjahat) dia, The Red Skull,? Si Tengkorak Merah, penjahat kepada Captain America tu la….

Apa lah saya ni, ke topik movie lah pulak…maklumlah saya juga peminat ‘action movies’…

Ok, come on, jom kita lihat pasukan Germany – lihat gambarnya.


Sumber : Klik link ini - Germany National Team World Cup 2014

Pemain-pemainnya ialah :

Goalkeepers
Manuel Neuer
Ron-Robert Zieler
Roman Weidenfeller

Defenders
Philipp Lahm
Per Mertesacker
Jérôme Boateng
Mats Hummels
Marcell Jansen
Benedikt Höwedes
Marcel Schmelzer
Kevin Großkreutz
Shkodran Mustafi
Erik Durm

Midfielders
Bastian Schweinsteiger
Mesut Özil
Sami Khedira
Toni Kroos
Mario Götze
Matthias Ginter
Lars Bender
Julian Draxler
André Hahn
Max Meyer
André Schürrle
Leon Goretzka
Marco Reus
Thomas Müller
Kevin Volland

Forwards
Lukas Podolski
Miroslav Klose

Head Coach
Joachim Löw


Captain
Philipp Lahm


Ini pula, jersey German.Cantik wooo....


So, habis lah sudah entri World Cup ini.

Saya harapkan/target saya, sekurangnya2 German akan pergi ke peringkat akhir bertemu Spain atau England atau Brazil atau Portugal.Tak pun bertemu Itali.Kalau German jadi juara World Cup 2014 lagi bagus...

Good luck Germany team World cup 2014 !!!

Hari Muzium : Jarang Kita Mendengar Tentangnya?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,
Rakan-rakan blogger & pengunjung yang dihargai,

Anda pernah dengar Hari Muzium? …. Macam tak pernah atau pun jarang-jarang dengar jer, kan?

Begitulah juga dengan saya.Saya fikir hari-hari khas yang dicipta oleh segelintir orang cuma untuk manusia contohnya Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih atau pun Hari Jururawat.

Kan? Betul tak?

Jarang-jarang lah kita dengar contohnya macam Hari Muzium ni, kan?

Contoh yang lain (jika ada la), wujudkah hari khas seperti Hari Perpustakaan ker? atau Hari Bank ker, kalau tidak pun, Hari Mahkamah ker…kan? Whatever la…. Asalkan hari khas dicipta untuk ‘jenis bangunan’ seperti muzium ini.

Sebab itulah saya kata ianya agak pelik bagi saya lah.

Justeru itu, saya pergilah sejenak (sebenarnya beberapa jam jugak lah) mengunjungi Hari Muzium Kebangsaan Selangor 2014 yang diadakan/dirasmikan pada 17 Mei 2014, hari Sabtu.


Kalau tidak silap katanya (yang mengacarakan majlis, tak pasti siapa orangnya), Hari Muzium ini adalah sambutan seluruh dunia katanya.Entahlah bila tarikh sebenarnya yang diseragamkan di seluruh dunia.Tapi bulannya ialah Mei (bulan 5).

Layan saja lah.
Sambil-sambil hari Sabtu tidak bekerja, tiada aktiviti apa nak dibuat.Bawalah wife dan anak pergi jalan-jalan mengunjungi Karnival Hari Muzium Kebangsaan Selangor 2014 itu.

Sebenarnya kami sebelum itu baru lepas menonton movie Godzilla di TGV Cinema, tayangan pada jam 11.30 pagi, kemudian habis menonton beli barangan dapur sikit (barangan kering), barulah pergi ronda-ronda lalu singgah mengunjungi Hari Muzium yang saya katakan tadi.

Majlis/Karnival Hari Muzium tersebut dibuat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, berhampiran Masjid Biru dan juga Padang Perarakan Shah Alam.

Pengacara yang digantikan selepas pengacara pertama tadi, ialah FBI (Faizal Ismail, bekas DJ Radio Hot FM), katanya, tujuan Hari Muzium diadakan adalah untuk menggalakkan anak-anak muda menghargai dan suka mengunjungi muzium.Pada zaman ini, katanya lagi, sangat sedikit remaja dan anak-anak muda suka pergi mengunjungi muzium dan mengambiltahu tentang hal-hal sejarah yang lepas.

Banyak juga aktiviti dan tarikan/pameran diadakan di Hari Muzium itu rupanya.
Ada pertunjukan Kereta Berhias/Kereta Cantik, ada perlawanan Futsal, ada puluhan ‘booth’ (ruang pameran) berkenaan tarikan muzium bagi setiap negeri masing-masing di Malaysia.Contohnya, Muzium Kelantan tersohor dengan Wayang Kulitnya, Muzium Johor dengan Gambus dan Kuda Kepangnya, Negeri Sembilan dengan Adat Perpatihnya dan macam-macam lagi lah.


Penyertaan dari GLC, Tentera dan juga Individu juga dibenarkan.Contohnya TM dengan Muzium Telekomnya, TUDM dengan Muzium Tentera dan kelengkapan tenteranya yang antik zaman dahulu, juga penyertaan individu seperti pameran hasil ukiran dan tukang besi/tukang kayu yang membuat senjata seperti parang, keris, badik, pedang dan tombak.




Tapi yang paling mendapat perhatian saya ialah Pameran Basikal Antik, iaitu koleksi basikal-basikal lama (orang panggil basikal tua).Macam-macam jenis dipamerkan dan saya cuba menunggang dan mengayuh beberapa jenis basikal antik.Rasa seronok dan kelakar jugak der…

Ada juga pameran Motosikal Antik, lagi menggelikan hati, motosikalnya lebar-lebar ‘mudguard’ belakangnya dan memang zaman generasi Datuk atau Moyang kita dulu saja ianya mula-mula wujud.Mungkin dalam tahun 50-an hingga 60-an dulu lah kot.Bunyi deruman enjinnya kuat-kuat dan seperti meletup-letup sikit.Memang sesuai sangatlah dipertontonkan di Hari Muzium dek kerana ke’tua’annya dan keantikannya.Memang amat layak di’muzium’kan.Hahahaha…

Jom lihat beberapa gambar saya mengunjungi Hari Muzium tersebut.



Lepas ini, kita (kalau kita golongan muda lah), jangan rasa ‘boring’ nak mengunjungi muzium, sebenarnya di muzium terdapat pelbagai kisah dan cerita yang kita boleh ketahui dan ianya juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.Dari kita asyik pergi ke Taman Tema saja bawa keluarga, apa salahnya sesekali ajak keluarga dan anak-anak mengunjungi mana-mana Muzium Negeri atau Muzium Negara.Tiketnya pun murah, kan?

Ingat, tiada yang dahulu, tiadalah wujud yang sekarang, betul tak?

Muzium adalah tempat menyimpan khazanah dan kenangan masa dahulu untuk dipelajari oleh golongan zaman sekarang dan dimanafaatkan di sebalik kisahnya yang lepas.

Satu soalan ‘trivia’ daripada saya untuk anda, sudah berapa lama/berapa tahun anda tidak mengunjungi mana-mana muzium? Jawab secara jujur, jangan tipu…

Jawapan anda mungkin menggambarkan anda sebenarnya suka, kurang suka, neutral atau pun tidak suka pergi ke Muzium.

Anda tahu jawapannya…kan?

Perniagaan 'Online' Menguntungkan?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai semua,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai sungguh di masa ini yang bergiat aktif dan juga ada yang baru memulakan perniagaan secara atas talian (online).

Perniagaan online ini tidak asing lagi di zaman IT dan juga di zaman kecanggihan medium komunikasi melalui internet.Dunia tanpa sepadan lah katakan.


Namun sejauh mana kah keberkesanannya aktiviti berniaga online ini?

Adakah ianya sangat menguntungkan?

Jika untung, berapa lama kah ianya akan bertahan?

Apakah barangan yang sesuai dan menjadi kegemaran pembeli secara online?

Fuhhh… memang banyak persoalan jika mahu ditanyakan berkenaan berniaga secara online ini.


Ini ada satu cerita, cerita saya bersama isteri.Kami adalah peniaga atau usahawan yang agak aktif dalam perniagaan secara online.
Ia sekadar perkongsian umum.

Bab-bab teknik, strategi dan juga idea untuk berniaga secara online saya terpaksa rahsiakan.Ini maklumat sulit untuk kami suami isteri bertahan dalam perniagaan ini.

Namun saya berikan sedikit perkongsian yang tidak menjadi rahsia.

Sudah genap 1 tahun dan lebih sebulan perniagaan online saya usahakan bersama isteri, ketika artikel ini ditulis.

Jika diberikan indicator nya ialah 10, kami masih lagi di bawah 5.
Iya lah kan, masih baru dan juga masih banyak perlu dipelajari berkenaan perniagaan online.

Namun dari sudut yang rata-rata orang suka bertanya, apakah ia menguntungkan?

Hahaha…. Nak jawab ke tidak soalan ini?
Ok lah saya jawab.

Ianya memang menguntungkan, bahkan keuntungan yang diperolehi berlipatkali ganda.Mungkin ada masanya cuma untung 1 kali ganda, ada masanya lebih dari itu.

Apakah medium perantaraan atau tempat mengiklankan barangan kita jual secara online ini?
Jawapannya, di internet dan media sosial seperti Twitter, Facebook, Blog dan juga ruangan iklan berbayar atau percuma di internet.


Apakah barangan yang sesuai dijual secara online?
Terpulang kepada anda, namun dinasihatkan agar mencari idea kelainan dan keunikan sesuatu produk dan ianya disukai ramai golongan wanita.

Mengapa mesti memfokuskan untuk menjadikan produk jualan secara online lebih kepada wanita berbanding lelaki?
Sebab wanita suka membeli/shopping lebih melalui internet/online berbanding lelaki.

Wanita kini bijak, berkerjaya, bebas, berdikari, bergaya, berstatus dan juga ada citarasa sendiri.Selain dari suka menapak (berjalan-jalan) di kompleks membeli belah untuk membeli barangan atau sekadar ‘window shopping’, mereka juga suka membeli belah atas talian/secara online.


Namun, bagi yang mula-mula berniaga online perlu bersabar kerana keuntungan dan ‘sales volume’ bukanlah boleh diraih secara mendadak dan juga secara segera.

Akuilah dan terimalah ia sebagai titik permulaan dan sebagai fasa permulaan perniagaan anda.Letakkan target sendiri dan selidiki apa yang perlu dilakukan untuk memecah pasaran (break the market) bagi mempromosikan produk anda.

Seperti saya dan isteri, kami meletakkan tempoh setahun untuk perniagaan kami menjadi aktif, mendapatkan pelanggan berulang (repeat customer) dan juga menambah jenis-jenis produk untuk dipasarkan.
Kesannya, Alhamdulillah kini barulah kami boleh rasai dan nikmati sedikit hasil.Walaupun bukanlah bertaraf jutawan online, namun jualan bulanan kami semakin memberangsangkan.

Lakukan perniagaan online ini seperti perniagaan biasa.Anggapkan anda mempunyai aset syarikat, ada pelanggan tetap, berikan tindakbalas segera kepada pelanggan dan yang penting anda mudah dihubungi (reachable), bersikap ‘vibrant’, bersegera, berdisiplin dan juga banyakkan diskusi dengan golongan yang sudah berjaya dalam bidang ini.

Apa yang penting modal.Semestinyalah peruntukkan sedikit modal untuk pendaftaran perniagaan, membeli sedikit sebanyak stok barangan, mencipta imej syarikat dan juga rutin kerja yang dikhaskan setiap hari.Mungkin 3 hingga 4 jam sehari anda perlu meneliti SMS, Whatsapp, Facebook, Blog untuk menguruskan pesanan pembelian dan juga mengemaskini barangan dipasarkan secara online.

Jadi, mulakanlah sekarang !

Ada idea nak meniaga produk apa ?

Kalau rasa nak ‘usha-usha’ (tinjau-tinjau) atau ‘window shopping’ produk kecantikan, boleh lah klik di sini :

http://rianabeauty.blogspot.com/

Sekian buat waktu ini.

Selamat berjaya daripada saya untuk anda.