Iklan Nuffnang

Sabtu, 5 April 2014

Berhibur Dengan Menonton Wayang...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai, Assalamualaikum & apa khabar?
Rakan2 blogger & Pengunjung blog yang diingati selalu,

Hidup ini tidak lari berkehendakkan kepada hiburan dan berjimba-jimba*.Sebagai manusia biasa, semua orang suka kepada hiburan.Namun terpulanglah kepada diri masing-masing, bentuk apakah hiburan yang dipilih itu.Jangan ianya hiburan berbentuk yang melampaui batas agama dan pegangan hidup, sudah lah.

*berjimba-jimba = berseronok, menikmati hiburan,bersenang-senang atau berliburan.

Demikian juga dengan diri saya.Jika bercakap mengenai hiburan, saya lebih suka memilih hiburan yang sederhana. Selalunya saya lebih suka berhibur di rumah sahaja jika ianya melibatkan siaran hiburan berbentuk nyanyian atau lawak jenaka.Walaupun ramai yang suka membeli tiket menyaksikan pelbagai bentuk hiburan realiti TV seperti Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, Bintang mencari Bintang atau pun Mentor, dan mereka mahu menyaksikan persembahan tersebut di pentas secara berhadapan dan beramai-ramai dengan penonton-penonton lain,sebaliknya saya tidak berbuat begitu.

Boleh dikatakan kiranya jiwa saya dapat juga menerima mana-mana rancangan realiti TV walaupun saya tidak dilahirkan dalam era sudah wujudnya rancangan/program TV seperti itu.

Yang paling saya gemari ialah siri realiti TV ‘ Wipe Out’.Ianya memang kelakar melihat dan menyaksikan gelagat peserta. Siri TV seperti ini sewajarnya boleh diperluaskan, diwujudkan di Malaysia dan ianya benar-benar membuatkan penonton terhibur.
Manakala jika siri realiti TV berbentuk nyanyian dan persembahan, saya memilih untuk menonton American Idol atau pun Malaysian Idol.Bagi saya, siri ini mencari bakat baru yang benar-benar bersuara ‘boleh menyanyi’ dan bukan sahaja rupa yang cantik dan kacak menjadi ukuran.



Bagi bentuk hiburan di luar rumah pula, saya lebih suka menonton wayang.Genre filem yang digemari oleh saya ialah ‘Action’ dan ‘Adventure’.Filem-filem Superhero seperti Thor,Captain America, Spiderman, Iron Man, Superman dan lain-lain filem Adiwira menjadi kegilaan saya.Jika filem-filem ini ditayangkan di Malaysia, saya lah di antaranya yang terawal akan menontonnya di pawagam.

Bagi saya, menonton wayang menjadi satu ‘kegianan’ (addicted) apatah lagi ianya filem yang menjadi kegemaran saya.Sementelah pula, saya ini jenis yang suka membeli dan mengumpulkan (membuat koleksi) barangan-barangan khusus (merchandise) dijual sempena tayangan filem-filem berkenaan.


Pendek kata, hiburan yang begini bagi saya merupakan satu ‘teraphy’ (rawatan jiwa) bagi saya setelah penat seharian bekerja.Selalunya saya akan bawa keluarga bersama untuk menonton wayang.

Walaupun masih wujud desas desus suara-suara kedengaran mengatakan tidak elok amalan menonton wayang, pergi ke panggung wayang dan sebagainya, namun saya berfikiran lebih positif dan terbuka.

Ini kerana bagi mereka, menonton wayang bersama keluarga (anak-anak dan isteri) mungkin menjadikan anak-anak mereka malas, suka menonton wayang bila sudah dewasa nanti dan juga terpengaruh dengan filem-filem Barat.

Namun sebaliknya pula bagi saya.

Saya berpendapat, tidak salah menonton wayang di pawagam bersama keluarga selagi mana kita berhasrat untuk berhibur dan juga kita tidak melakukan maksiat.Lainlah bagi mereka yang ber’couple’ dan menjadikan suasana gelap dalam pawagam untuk melakukan maksiat, yang ini memang berdosa.

Selain itu, menonton wayang adalah kos hiburan yang dikatakan di antara yang paling murah dan sederhana.Tiketnya untuk seorang memasuki pawagam bagi kategori pawagam kelas biasa cumalah RM15 ke bawah.Saya selalunya suka memilih untuk menonton wayang di pawagam/cinema TGV atau pun GSC.


Jika kita bandingkan berhibur dengan pergi ke Taman Tema contohnya seperti di Sunway Lagoon atau pun i-City, kosnya amat tinggi.Tiketnya sahaja, bagi seorang dewasa untuk memasukinya ialah RM50 ke atas.Jika anda mampu, tidak mengapa lah.Boleh lah berhibur dengan pergi ke mana-mana Taman Tema.

Begitu juga jika pergi bawa anak-anak ke Kidzania.Iaitu tempat kanak-kanak belajar dan juga ianya direka seperti ‘Kids World’.Tiketnya saja sudah menjangkau RM35 seorang.

Manakala jika ke Aquaria KLCC, ialah RM28 seorang bagi warganegara.

Lalu, satu-satunya bentuk hiburan yang masih ‘happening’, disukai kanak-kanak dan juga orang dewasa ialah dengan menonton wayang.Ini sajalah satu-satunya hiburan di bandar yang masih boleh dikatakan mampu untuk dinikmati oleh orangramai.Jika pergi menonton pada hari Rabu, adakalanya tiket wayang boleh diperolehi dengan harga serendah RM10 atau RM8 sahaja bagi seorang dewasa.
Saya tidak berhasrat untuk mempengaruhi anda supaya suka menonton wayang, tetapi saya nyatakan memang kesukaan saya dan cara saya berhibur (outdoor) bersama keluarga ialah dengan menonton wayang.


Saya sukakan saiz skrinnya di pawagam yang besar dan lebih puas untuk ditonton.’Sound effect’nya yang ‘wow’, berdentum dentam dan juga kualiti gambar dan aksi-aksinya yang jelas, mendebarkan dan sungguh realistik.

Ini juga perlu diberikan peringatan.Bagi mereka yang tidak suka dengan bunyi kuat dan bising, anda tidak boleh berhibur dengan menonton wayang.Saya juga kadang-kadang asyik ‘menekup’ telinga sendiri dan juga telinga anak apabila bunyi terlalu kuat ketika menonton filem di pawagam.Bagi saya ianya normal dan itulah kenikmatan dan keghairahan serta kelebihan menonton filem di pawagam.


Banyak sudah filem-filem aksi dan Superhero yang saya dan keluarga sudah tonton di pawagam.Di antaranya ialah Thor,Man of Steel, Spiderman, Iron Man,Captain America,Wolverine,The Lone Ranger dan filem-filem adiwira yang lain.Boleh dikatakan saya ini penggemar filem adiwira.Namun saya memilih juga bukannya semua filem Superhero saya suka menontonnya.



Saya sedang menantikan filem The Amazing Spiderman 2, yang bakal ditayangkan 01 Mei 2014 nanti.


Baru-baru ini saya sudah menonton filem Captain America –Winter Soldier.Memang padat dengan aksi dan juga lakonan aktor utamanya iaitu Chris Evans memang mantap.


Saya suka bertanya kepada anda, apakah hiburan ‘outdoor’ yang anda suka ?
Kalau anda suka menonton filem, jom tengok filem di pawagam... :)

Tiada ulasan: