Iklan Nuffnang

Jumaat, 18 Oktober 2013

Kiamat Pada Hari Jumaat?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bertemu lagi,

Rakan-rakan & pengunjung sekalian,

Ini entri bertajuk ‘berat’.Iya lah kan, siapa yang suka berbicara tentang KIAMAT, kan?
Tajuk ‘berat’ begini, membuatkan orang mengelak untuk membicarakannya.

Tapi saya cuba menjadikan olahan gaya bahasa saya yang lebih ringkas bagi anda mudah membacanya.

Semua agama mempercayai akan datangnya Hari Kiamat atau pun Hari Kemusnahan Dunia ini suatu masa nanti.Bukan sahaja orang Islam.
Orang Kristian/Nasrani, Orang Yahudi,Orang Hindu,Orang Buddha, bahkan orang/penganut ‘Freethinker’ (tiada agama) juga mengakui akan kebenaran suatu masa nanti Dunia akan musnah.Dalam ertikata lain akan berlakunya Hari Kiamat.


Kalau tidak, masakan Hollywood memaparkan dan mempropagandakan kejadian kemusnahan dunia seolah-olah berlakunya Kiamat seperti dalam filem 2012.

Juga, dunia digemparkan oleh penemuan Teori Big Bang dan Black Hole yang mana Saintis Kajian Angkasa dan juga Astronomis Barat mengakui akan tiba waktunya nanti Dunia ini akan hancur dan menjadi debu atau tinggal kepulan-kepulan asap/habuk/zarah halus sahaja.


Masalahnya, bila akan berlakunya Kiamat?

Ia akan berlaku pada Hari Jumaat.
Saya pernah bertanya kepada seorang Ustaz yang terkenal di TV9 berkenaan persoalan ini.Iaitu Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman (nama penanya Shauqi).


Ya, dia menjawab memang ada hadith Rasulullah mengatakan Kiamat akan berlaku pada Hari Jumaat.
Namun, Jumaat yang ke berapa, pada tahun bila, tidaklah kita ketahui.

Yang penting, sebelum datangnya Kiamat, ada tanda-tanda Kiamat yang akan menyusul terlebih dulu.
Tanda-tanda bakal datangnya Hari Kiamat ini amatlah banyak.Ada tanda-tanda yang kecil dan ada tanda-tanda yang besar.

Jadi, kini kita telah tahu Kiamat akan berlaku pada Hari Jumaat.
Kebetulan entri/posting blog saya ini ialah pada hari ini yang juga Hari Jumaat.
Maka, ayuhlah kita berjaga-jaga, berwaspada dan senantiasa meningkatkan amalan soleh kita bagi menyelamatkan diri kita daripada azab Allah di hari Kiamat nanti.
Walaupun hari ini belum lagi berlakunya hari Kiamat.

Sekian.

Tiada ulasan: