Iklan Nuffnang

Selasa, 17 September 2013

Taman Botani Negara Shah Alam : Apa Yang Menarik Di Sini?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Rakan-rakan blogger sekalian & pengunjung-pengunjung blog saya yang dihargai,

Saya mengambil kesempatan di entri kali ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada anda semua yang merupakan warganegara Malaysia.

Hargailah penyatuan dan pembentukan Malaysia bersama negeri-negeri di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.Jika tidak silap saya tarikh penyatuan dan pembentukan/penubuhan Malaysia secara rasminya dibuat pada tarikh keramat 16 September 1963.Betulkan saya jika silap ya.


Ok, sebenarnya entri saya kali ini saja-saja ingin berkongsi dan mencoretkan berkenaan Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor.Atau dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cerakah.Atau dulunya juga pernah dikenali sebagai Taman Cahaya Seri Alam, Bukit Cerakah.


Apa-apa saja lah gelarannya, yang penting tempat dan lokasinya ialah sama.

Anda pernah berkunjung ke Taman Botani Negara Shah Alam ini atau pun belum pernah?

Selepas ini saya cuma menggunakan TBNSA sebagai merujuk kepada singkatan Taman Botani Negara Shah Alam bagi memudahkan saya menaip.

Jika anda sudah pernah berkunjung ke TBNSA, bagus lah.

Jika belum pernah, biar saya ceritakan serba sedikit untuk panduan ringkas.

TNBSA ialah sebuah kawasan ‘reserve’ hutan yang digazetkan oleh Kerajaan bagi tujuan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan juga bagi tujuan menjaga hutan tropika negara kita, Malaysia.Dengan keluasan tertentu (anggaran 72 hektar), ia juga dijadikan suatu tempat yang membolehkan orang awam dan pelancong datang ke sini bagi melakukan aktiviti –aktiviti yang berfaedah.


Di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah seperti :

1.Berjogging

2.Menunggang Basikal

3.Memancing (Catch & Release)

4.Jungle Trekking

5.Aktiviti Perkhemahan

6.Aktiviti Syarikat seperti Kem Bina Semangat atau pun Kem Jati Diri atau Hari keluarga

7.Aktiviti Lasak & Cabaran seperti menunggang ATV dan juga Sky Trek

8.Bersiar-siar membawa kanak-kanak dan keluarga ke Taman Haiwan

9.Mengunjungi Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)

10.Melakukan aktiviti kenduri kendara atau majlis perkahwinan

Ini lah di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di TBNSA jika anda berpeluang berkunjung ke sini.

Secara peribadinya, saya telah pun beberapa kali berkunjung ke sini.Saya suka melakukan aktiviti berjogging dan menunggang basikal di TBNSA kerana suasana hijaunya dan juga kesegaran udara/oksigen yang terdapat di sini.

Selain itu, saya suka membawa keluarga untuk bersiar-siar melihat persekitaran ‘hutan dalam bandar’ dan juga melayani anak melihat haiwan di Taman Haiwan TBNSA.


Mengunjungi Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) juga menyeronokkan dan ia menggunakan ‘props’ yang begitu cantik bagi mewujudkan suasana seperti musim-musim tertentu iaitu Musim Sejuk,Musim Panas, Musim Bunga dan Musim Luruh.


Berapa kos/harga untuk memasuki TBNSA ini?

Ianya murah sahaja.

Bayaran masuk untuk meletak kenderaan cuma RM3.00 bagi sekali masuk (di luar perkarangan pintu masuk TBNSA).

Manakala untuk masuk ke kawasan TBNSA juga bayarannya RM3.00 untuk seorang dewasa.

Bagi kemasukan ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) juga dikenakan bayaran RM3.00 seorang dewasa.


Bagi maklumat lebih lengkap anda boleh rujuk link ini :

TBNSA

Saya sertakan di sini beberapa gambar sebagai perkongsian dengan anda bagi menggambarkan situasi di TBNSA ini.






Ianya memang menarik dan menyeronokkan jika anda adalah seorang yang suka berjogging, berbasikal dan suka melayani anak-anak dengan aktiviti berfaedah seperti saya.

Juga anda yang sukakan aktiviti mencabar dan suka kepada suasana kehijauan hutan, maka inilah tempatnya yang anda boleh berkunjung.

Selamat berkunjung ke Taman Botani Negara Shah Alam !

1 ulasan:

BELAJAR BAHASA berkata...

Taman Botani Negera Shah Alam seperti Kebun Raya Bogor di Indonesia