Iklan Nuffnang

Rasailah Pengalaman Menonton Teater 6D/XD!

alriana5604@gmail.com - AL The One


Hai, bertemu lagi.

Salam sejahtera.

Pernah kah anda merasai pengalaman menonton teater atau pun filem yang menggunakan teknologi 6D/XD ?

Kalau setakat teknologi 2D atau 3D mungkin kita sudah biasa kan ?
Anda tahu apa itu teknologi 6D/XD ?

Teater XD atau juga dikenali sebagai Teater 6D merupakan teater simulasi pengembaraan yang mencabar dan menghiburkan. Ia menggabungkan teknologi 6D motion Ride iaitu gabungan kesan khas pencahayaan, gegaran kerusi yang sangat laju, kesan angin serta bunyi yang kuat dan visual 3D yang canggih.
Di Malaysia ini selain dari Menara KL, ada satu lagi lokasi untuk merasai pengalaman teknologi 6D/XD ini.

Anda tahu di mana ?

Di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) atau pun juga dikenali sebagai Perpustakaan RATU iaitu Perpustakaan Raja Tun Uda.

Di PPAS ini, terdapat sebuah bilik teater mempunyai 8 buah kerusi khas dan setiap hari pengunjung akan dihidangkan salah satu tayangan dari 4 jenis tayangan singkat iaitu Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine.

Meskipun Teater XD / 6D hanya terdapat di taman tema hiburan di serata dunia dan juga di negara kita namun PPAS mengambil langkah berani dengan memperkenalkan medium hiburan ini ke dalam sebuah perpustakaan!

Tujuan utamanya tidak lain adalah semata-mata untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan remaja agar kerap mengunjungi pustakaan dan akhirnya dapat memupuk semangat minat membaca yang mendalam setelah meneroka setiap tingkat perpustakaan yang berkonsepkan ‘Rumah Keduaku’. PPAS adalah satu-satunya perpustakaan yang memperkenalkan konsep hiburan ‘edutainment’ kepada pengunjung-pengujungnya.

Walaubagaimanapun, pihak PPAS menekankan aspek keselamatan yang ketat sebagai langkah berjaga-jaga kepada setiap pengunjung. Hanya pengunjung yang sihat tubuh badan, mempunyai ketinggian dan berat badan yang dibenarkan serta syarat-syarat khas sahaja dibenarkan masuk.

Saya telah pun mencuba dan merasai pengalaman menonton tayangan singkat iaitu Canyon Coaster di sini.Ianya cukup seronok,mencabar,teruja,seperti di alam sebenar.Kita dapat merasai seolah-olah diri kita sendiri berada dalam tayangan teater tersebut.Bahkan ada penonton yang menjerit dan menepis-nepis seolah-olah serpihan-serpihan berterbangan di filem tersebut tercampak dan terkena mereka.

Ianya memang ‘cool’ dan menghiburkan.
Cuba lah teknologi 6D / XD ini !

Tiada ulasan: