Iklan Nuffnang

Isnin, 31 Disember 2012

Dapat Hadiah Lagi


Salam sejahtera,

Hari ini saya terima satu bungkusan hadiah dari....oh my god !
Dari negara China tu !

Sebenarnya saya memenangi satu set/satu kotak set sulaman sutera asli China.Saya difahamkan, saya adalah dalam 10 orang pemenang utama.Saya menyertai dan membaca majalah pelancongan mengenai negara China yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.Sambil-sambil itu, saya pun cuba- cuba hantar peraduan.Tak sangka dapat hadiah pula !

Alhamdulillah, rezeki lagi ya.

Walau bagaimanapun, set sulaman sutera China ini saya berikan kepada isteri moga- moga dia suka lah.Barang-barang hiasan, sulaman dan kosmetik memang sesuai lah wanita memilikinya,kan?

Cantik set sulaman tersebut, beserta dengan 'cover' bersulam sutera China dan juga diari/buku nota.Buat orang perempuan, cool lah kot...

Barang percuma, walaupun nilainya tak seberapa, sementelah pula hadiah yang dimenangi memang sesiapun pun takkan menolak, bro...

Ya ker, nilainya tak seberapa?saya amat-amati dan belek-belek, figura dan struktur sutera China tersebut, begitu lembut, halus sulaman dan buatannya.Seperti sulaman buatan tangan bukannya mesin.Saya secara peribadi menganggarkan nilainya mungkin beberapa ratus Ringgit Malaysia.

Lihat gambarnya.Cool tak?








Tiada ulasan: