Iklan Nuffnang

Isnin, 3 Disember 2012

Ada Apa di Paya Indah Wetlands?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam pembuka kata & salam untuk semua pengunjung blog saya,

Ada apa di Paya Indah Wetlands ini sebenarnya?anda nak tahu tak?
Jom, baca entri saya ini.

Ini yang saya copy paste dari internet dari Laman Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.

Lihat link ini : http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PayaIndahWetlands.aspx

Paya Indah Wetlands merupakan kawasan utama ekopelancongan di Malaysia meliputi kawasan seluas 3100 hektar yang terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor berhampiran dengan Dengkil dan lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Paya Indah menawarkan pelbagai tarikan dengan aktiviti lasak untuk semua peringkat umur. Ia juga sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan bagi pelajar sekolah dan biasa digunakan ketika musim cuti sekolah. Di sini kita boleh melihat badak air berendam di dalam kolam berpaya, buaya terbesar dan juga pelbagai jenis burung air. Lebih kurang 213 spesis burung boleh didapati di Paya Indah Wetlands.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424

Itu jika anda mahukan maklumat rasmi lagi tepat lah.Yang saya ingin cerita ini pengalaman saya berkunjung ke sini, dan ianya bukanlah fokus kepada kajian,carian maklumat rasmi dan juga laporan rasmi.Ini ialah cerita saya untuk anda semua.

Seawal pagi kira-kira jam 9.00 pagi saya mengunjungi ke Paya Indah Wetlands ini.Selepas ini saya gunakan singkatan Paya Indah Wetlands sebagai PIW sahaja,ok.

Mula-mula masuk ke perkarangan pintu pagar PIW ini pun terasa sudah nyaman dan bersih suasana juga udaranya.Berhenti di pintu Kawalan Keselamatan dan bertanyakan pengawal di situ lantas dia mengarahkan pergi ke Kaunter Penerangan untuk ambil pas sebagai ‘Pelawat Dengan Kebenaran’.Setelah selesai urusan mendaftar masuk secara sah dan berapa orang yang turut serta bersama saya (sudah tentulah isteri dan anak saya), maka apa lagi, mengabadikan kenangan di papan tanda PIW lah, kan? Ini memang normal lah menunjukkan kita sudah sampai di sini.




Tanpa berlengah lagi selepas itu, saya dan keluarga pergi pula pusing-pusing (dengan memandu kereta lah), jika mahu sewa basikal pun boleh.Tapi saya ada anak kecil sukarlah sikit nak menunggang basikal.Kami pusing-pusing ke seluruh kawasan PIW yang masih dibenarkan dimasuki kereta iaitu jalan yang berturap sahaja.Agak luas juga kawasan PIW ini rupanya.

Mari kita lihat di antara kawasan-kawasan dan tarikan-tarikan yang ada di PIW ini :

1.Pertama sekali saya mengunjungi “anak angkat TM’, siapa tu ? haa… mereka itu ialah badak air atau nama pendek dan manjanya ‘Hippo’.Kebetulan setiap jam 9.30-10.30 pagi macam tu, masa untuk Hippo tersebut diberi makan di ‘kediamannya’ di Kolam Hippo.Jadi saya pun mengambil kesempatan melihat dari dekat spesis binatang yang kedua terbesar di darat selepas gajah ini.Ada empat ekor (4) kesemuanya, iaitu 1 ibunya, 1 bapaknya,1 anaknya dan 1 lagi mungkin kakaknya kot.Tapi yang keluar kandang masa tu cuma bapaknya dan kakaknya yang bernama Tundra dan Juwita.Masing-masing berumur sekitar 18 tahun (Tundra), manakala Juwita pula berumur 15 tahun.Makanan yang diberi kepada mereka ialah dedaunan hijau segar (seperti daun mengkuang paya).

2. Setelah itu, saya pergi ‘riki-riki’ jika ada apa-apa lagi yang boleh dilihat dan dikunjungi.Ternampak pula papan tanda menuju ke ‘Lookout Tower’ atau pun Menara Tinjau.Dengan terujanya terfikir nak menaiki dan melihat suasana PIW dari atasnya.Apa lagi, sampai di Menara Tinjau, mendaki tangganya yang agak tinggi.Hanya dibenarkan berada di atas puncak Menara Tinjau ialah 10 orang dewasa dalam satu masa.Agaknya itulah kapasiti yang mampu ditanggung bebanannya oleh Menara Tinjau itu.Memang cantik pemandangan PIW yang dilihat dari atas Menara Tinjau ini.


3.Seterusnya selepas keletihan memanjat tangga dan menuruni tangga Menara Tinjau, saya pergi pula ke Kolam/Tasik Buaya Tembaga.Waktu memberi buaya-buaya itu makan kira-kira pada jam 11.00 pagi.Sudah kelihatan ramai pengunjung yang menunggu di tepi kolam tersebut untuk melihat buaya-buaya tersebut diberi makan.Saya pun mencari ruang letak kereta terus saja menghampiri ke kolam tersebut.Ada pegawai Perhilitan yang bertugas di situ dan memberikan penerangan kepada pengunjung yang datang.Berdasarkan kata-kata petugas tersebut, terdapat 38 ekor buaya tembaga di kolam tersebut pada masa ini.15 ekor darinya disumbangkan oleh Taman Buaya di Langkawi.Terdapat 2 spesis buaya di Malaysia iaitu Buaya Tembaga dan Buaya Julung-Julung.Buaya Tembaga di PIW ini sudah terbiasa dengan tiupan wisel untuk memanggilnya bagi tujuan memberi makanan.Apabila wisel ditiup, berpusu-pusu buaya-buaya datang menghampiri tebing kolam dan petugas pun mencampakkan ayam-ayam mati sebagai makanan buaya-buaya tersebut.Seronok sekali pengalaman ini, jika kita berkunjung ke Zoo belum tentu dapat peluang melihat petugas Zoo memberi makanan kepada buaya-buaya di Zoo, kan?


4.Kemudian, saya pergi pula ke Laman Fauna.Di sini yang masih dipelihara cuma spesis Landak Raya sahaja.Bilangannya cuma 4 ekor saja.Kelihatannya seperti kawasan Laman Fauna ini akan dipulihkan dan sedang dalam proses penambaikan.

5.Rumah Melayu pula tidak dibenarkan masuk sesuka hati oleh pengunjung.Di Rumah Melayu ini dibenarkan masuk dengan diiringi petugas PIW sahaja dan sekiranya ada tempahan dan majlis.

6.Kolam/Tasik Teratai.Di kawasan ini sesuai dengan namanya, memang banyak tumbuh teratai dan spesis tumbuhan paya dan kolam.Di sini, sudah tentulah isteri saya yang suka bergambar dengan berlatar belakangkan bunga teratai yang berkembang.

7.Walk of Green ialah satu kawasan taman hijau yang dijaga dan ditanam pepohonan menghijau dan cantik.Di sini boleh mengabadikan gambar-gambar pengantin dan juga ‘aktiviti photoshoot’ untuk majalah dan sebagainya.

8.Family Park pula ialah kawasan berehat-rehat untuk keluarga.Disediakan meja dan kerusi taman untuk keluarga berkelah dan bersantai.

9.Tasik-Tasik & Kolam-Kolam Ekologi.Ia merupakan tasik dan kolam yang dipelihara bagi tujuan keseimbangan ekologi.Selain dari dijadikan tempat-tempat berehat dan bersantai ditepian pelantarnya, wujud juga kolam/tasik yang mengandungi spesis ikan yang dipelihara.Manakala Kolam Memancing pula hanya dikhususkan kepada mereka yang ingin memancing di kawasan PIW ini.

10.Aktiviti Boating & Paddle Boat.Semasa saya ke sini,perkhidmatan ini tidak disediakan.Walaupun di kolamnya ada bot, tetapi tanpa petugas di situ, maka kita dilarang tanpa kebenaran petugas PIW untuk melakukan sebarang aktiviti seperti berkayak,menaiki bot mengelilingi tasik dan juga naik ke pelantar jetinya.Ianya dikhususkan kepada rombongan dan pelancong yang membuat tempahan awal dan ingin memasukkan aktiviti tersebut dalam program kumpulan mereka.Jika pengunjung kategori individu seperti saya ini ianya memang tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan PIW.

Sebenarnya di sini (PIW) ini pun terdapat chalet atau pun kediaman yang selesa bagi pengunjung yang ingin menginap dan bermalam di sini.Ianya berharga sekitar RM120 semalam.Saya melihat dari luaran bentuk chaletnya agak cantik dan kelihatan selesa juga lah.Namun bagi saya dan keluarga yang sememangnya tinggal di kawasan Lembah Klang ini tidak memerlukan chalet untuk menginap di sini kerana perjalanan ke PIW ini cuma memakan masa kira-kira sejam sahaja dari rumah saya.

Oleh itu, bagi anda yang belum pernah berkunjung ke PIW, sila lah berkunjung ke sana dan menikmati keindahan alam sekitarnya dan juga flora dan faunanya.Bagi saya lokasi wajib pergi jika ke PIW ini ialah Kolam Hippo, Kolam Buaya Tembaga dan juga Menara Tinjau.

Datanglah berkunjung ke Paya Indah Wetlands, anda tentu berasa gembira !




2 ulasan:

Laily Abu Samah berkata...

Mohon menggunakan artikel tuan untuk rujukan kepada pelajar saya menyediakan skrip untuk video promosi Paya Indah Wetlands.

alriana5604 berkata...

Ya, Puan Laily, saya izinkan dan dipersilakan.Segala rujukan dan input yg berguna/positif yang diambil dari blog saya ini, saya membenarkannya.

Jika mahu artikel asal, sila berikan alamat emel anda.
Saya akan emelkan kpd anda.

Jika di copy dari blog saya secara terus, saya meletakkan 'gadget' yang menghalang dari aktiviti 'direct copycat'.