Iklan Nuffnang

Ukhwah & Ziarah Ke Selatan Thai

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bersua kembali di blog saya ini,

Baru-baru ini saya berkesempatan menyertai program Ukhwah & Ziarah ke sebuah perkampungan di Selatan Thai, iaitu di daerah Narathiwat.Program ini lebih kepada mengeratkan hubungan silaturrahim dan juga bagi menziarahi komuniti Muslim yang tinggal di sana.

Saya pergi pada 28 September 2012 dan pulang pada 30 September 2012.Saya berkunjung ke sebuah kampung yang diberi nama Chulaborn Patana 12.Nama kampung ini (Chulaborn) diberi sempena nama puteri bongsu Raja Thai iaitu Raja Bumibhol Adulyadej.Dikatakan Puteri Chulaborn ini begitu prihatin dan menyayangi rakyat sebagaimana sikap ayahandanya juga.

Di antara aktiviti yang sempat saya lakukan ialah :

1.Mengunjungi Rumah Pemimpin Tertinggi dan juga saudara sesama Muslim di Kg. Chulaborn.
2.Memberikan sedikit bantuan kewangan dan barangan harian sekadar yang termampu.
3.Mengunjungi Muzium Chulaborn Patana 12 (Muzium Perjuangan) di kampung tersebut.
4.Menghadiri jamuan kenduri kahwin atas jemputan sahabat di sana.
5.Menziarahi beberapa penduduk yang agak uzur dan memotivasikan mereka.

Sebenarnya lawatan ini isi utamanya ialah untuk mempertemukan dua adik beradik kandung yang sudah agak lama tidak bersua iaitu di antara Saudara Sukor dan Saudara Yahya.Pertemuan ini amat menggembirakan kedua-dua belah pihak memandangkan ianya satu bentuk hubungan yang ikhlas dan juga berdasarkan kasih sayang.Benarlah bak kata pepatah ‘’tiada garisan yang dapat memisahkan hubungan antara adik beradik’’.Begitulah juga diumpamakan tiada garis sempadan atau negara yang boleh memisahkan hubungan saudara kandung.Sejauh mana pun berpisah, masih boleh dicari,dijejaki dan juga dipertemukan kembali.

Saya berharap dan berdoa lawatan ukhwah dan ziarah ini masih dapat dilakukan untuk masa akan datang.Saya juga berharap dapat lebih lagi membantu komuniti Muslim di sana.




Tiada ulasan: