Iklan Nuffnang

Komputer Tablet Microsoft 'SURFACE'

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam bahagia… (cehh, macam nak baca berita TV pulak...)

Ini adalah satu berita baru kepada mereka yang ‘maniac’ dan sentiasa ‘eager’ kepada gajet IT yang terbaru. Sudah tentulah setiap orang memang akan kepingin untuk memilikinya.Harganya sahaja yang belum ditentukan lagi di pasaran.

Iaitu……….jeng..jeng..jeng…

Ladies & gentlemens, now introducing you, please welcome….

Tablet Microsoft Surface!!!

Ciri-ciri komputer tablet Surface ini didedahkan oleh Ketua Eksekutif syarikat Microsoft, Steve Ballmer.

Ciri-ciri Tablet Microsoft Surface

Ciri-cirinya termasuklah:-

1.Paparan ClearType 10.6 inci dengan Full HD.

2.USB 3.0 dengan slot microSD.

3.Mini DisplayPort Video yang membolehkan pengguna menghantar video ke skrin penuh.

4.Ada 2 versi iaitu Surface dengan Windows 8 RT (ARM NVidia) dan Windows 8 Pro (Intel Ivy Bridge i5).

5. Rekaan Windows 8 RT seberat 676g dan 9.3mm tebal. Jika mahu dibandingkan, iPad seberat 652g dan 9.4mm tebal.

6. Sementara itu, tablet Surface Windows 8 Pro seberat 903g dan tebalnya 13.5mm.

7. Ia juga mempunyai antena 2x2 MIMO yang memberikan keupayaan wifi kuat dari mana-mana tablet.

8. Kedua-dua versi itu turut dilengkapi penutup yang boleh dijadikan papan kekunci.



Usaha melancarkan komputer tablet keluaran sendiri secara tidak langsung menjadikan Microsoft bersaing dengan syarikat penghasil perkakasan komputer seperti Samsung Electronics Co Ltd dan Hewlett-Packard Co.

Jadi, macam mana I-Padian (Pemilik/pengguna I-Pad) dan Galaxian (Pemilik/pengguna Galaxy Tab),adakah ciri-ciri tersebut boleh mengalahkan IOS dan Android?Kalau tak pun, mungkin setanding ker…?

Bagi saya, kalau nak tambah gajet IT pun, selepas ini saya akan beli Galaxy Tab pulak.Setelah memiliki I-Pad 4G, sesaja nak merasa Android pulak.

Anda pula, bagaimana?



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy pun akan beli samsung tab probably samsung note :)

alriana5604 berkata...

Baguslah...mejusttyping...sebenarnya Galaxy Tab & Galaxy Note antara tablet terbaik dlm kelasnya yg tersendiri....cumanya entah mengapa trend org di seluruh dunia terlalu mengkagumi produk Apple, spt I-pad.....saya juga sudah terbeli I-pad.