Iklan Nuffnang

Jumaat, 13 April 2012

Pusat Konservasi Gajah & DeerLand

alriana5604@gmail.com - AL The One

Pengunjung blog yang dirahmati sekalian,

Mari kita tatapi coretan saya mengenai kunjungan ke Santuari / Konservasi Gajah di Kuala Gandah dan juga DeerLand,Lanchang Pahang.

Lokasi ini bagi yang biasa membaca majalah berkenaan pelancongan sudah tidak asing lagi di Malaysia ini bahkan juga di dunia.Santuari gajah ini terkenal memberikan perlindungan dan pemuliharaan spesis gajah yang terancam, yang cedera terkena perangkap dan juga yang tersesat dari habitat asalnya.

Saya juga merasa bangga kerana lokasi bagi tempat yang kerapkali dikunjungi oleh pelancong dari pelbagai negara ini berdekatan dengan kampung halaman saya.Khususnya pada hari Sabtu dan Ahad, ramai pengunjung dari Eropah, Taiwan, China, Jepun,Thailand dan sudah semestinyalah pelancong tempatan juga ramai mengunjungi tempat ini.Ada pertunjukan gajah-gajah yang jinak beraksi khusus diadakan bagi menarik perhatian penonton dan pengunjung.

Begitu juga DeerLand.Konsep ‘open feed’ yang membolehkan pengunjung memberi makan sendiri kepada rusa-rusa dan dikelilingi oleh haiwan jinak tersebut merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Di sini juga terdapat haiwan-haiwan lain seperti burung-burung, arnab,ular sawa berbatik kuning dan lain-lain lagi.

Cubalah datang dan berkunjung ke sini !

Tiada ulasan: