Iklan Nuffnang

Kerja Di Pejabat vs Kerja Di Luar

alriana5604@gmail.com - AL The One

Mana satukah yang anda lebih suka?

Pekerjaan yang melibatkan anda perlu menghabiskan masa 8 jam di pejabat kah atau pekerjaan yang melibatkan anda kerapkali perlu keluar dari pejabat?

Mengapa anda menyukainya?

Saya berpendapat ramai di antara kita yang lebih cenderung memilih pekerjaan yang memerlukan kita berada di pejabat.Atau boleh juga dipanggil ‘table job’, iaitu pekerjaan yang menyediakan kita ruang kerja individu, meja, rak sendiri, telefon dan komputer.Benarkah begitu?

Adakah semua lepasan graduan berangan-angan untuk memperolehi pekerjaan seperti ini?

Adakah wujud ramai golongan yang suka dan cenderung untuk bekerja di luar pejabat dan tidak terikat dengan waktu pejabat? Istilah kerja seperti ini dikenali sebagai ‘freelance’.Umpamanya seperti bekerja sebagai agen insurans atau agen unit amanah.

Kita ketepikan dulu soal imbuhan atau jumlah pendapatan yang diperolehi oleh pekerja dalam kedua-dua kategori pekerjaan ini,ok.

Kalau ditanya kepada saya, saya seboleh-bolehnya mahu kedua-duanya sekali.Maksudnya, saya tidak terlalu terikat dengan waktu pejabat, boleh keluar dan menyelesaikan tugasan yang diamanahkan kepada saya sendiri di luar, kemudian masuk semula ke pejabat dan mengemaskini laporan.

Dengan hanya duduk terperuk di dalam pejabat, saya merasakan tidak begitu selesa.Boleh rasa tepu otak dibuatnya.Lenguh tubuh badan akibat duduk di kerusi dalam tempoh yang lama.Jika boleh berdiri dan berjalan-jalan pun, ruangnya terhad dan tidak sebebas pergerakan ketika berada di luar pejabat.

Bagaimana dengan anda pula ?

Anda selesa kah memiliki pekerjaan yang hanya tertumpu di pejabat atau di luar pejabat? Atau yang melibatkan kedua-duanya sekali ?

Tiada ulasan: