Iklan Nuffnang

Jumaat, 28 Oktober 2011

Antara Realiti,Harapan & Angan-Angan Kerjaya Kita...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Saya pernah menonton beberapa filem mengenai susah payah seseorang melalui kehidupan dan kegetiran yang dilaluinya untuk berjuang meneruskan hidupnya.Selalunya ia mengisahkan perjalanan hidup seseorang yang mempunyai harapan, angan-angan dan juga realiti kehidupan yang ditempuhinya.

Babak dan dialog yang biasa kita dengar bila dua orang berbual mengenai kelangsungan hidup dan kerjaya ialah lebih kurang begini :

A:Kau kerja apa sekarang?
B:Aku bekerja sebagai pembantu restoran.
A:Kau suka dengan pekerjaan itu?
B:Aku tiada pilihan, aku kena cari wang bagi meneruskan kehidupan aku.
A:Apa yang kau harapkan dalam kehidupan kau?
B:Aku harapkan satu kerjaya/pekerjaan yang bagus,menjamin masa depan dan boleh memberikan aku wang yang lebih.
A:Jika kau bukan sebagai pembantu restoran,apa kau akan jadi pada fikiran kau?
B:Aku….Aku teringin nak melakukan apa yang aku suka, sudah lama aku pendamkan, aku berharap aku ialah seorang penari ballet yang terkenal.

Jadi, di sini apa kaitan nya dengan tajuk posting saya?

Sebenarnya ialah, kita selaku manusia biasa masih lagi ada ‘sesuatu’ yang jauh tersirat dan tersorok di dalam benak hati kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang kita benar-benar idamkan biarpun ianya hanya khayalan, angan-angan atau sekadar satu harapan sahaja.Tidak semua di antara kita di dunia ini, suka kepada apa yang kita lakukan sekarang.

Seperti saya sendiri, saya berfikir jika saya bukan seorang ‘non-government servant’ seperti sekarang, saya berharap saya ialah seorang kaunselor atau menjadi seorang ahli psikologi.

Kita sebenarnya lebih kenal diri kita sendiri.Tanya diri kita sendiri, begini :

‘’Jika saya tidak begini, saya akan jadi bagaimana agaknya?’’
Mesti ada jawapan jauh di sudut benak hati anda akan menjawabnya.Mungkin ia hanya 1-2 jawapan sahaja.Cuba lakukan sendiri jika tidak percaya.

Jadi, jika anda bukan apa yang anda lakukan sekarang, agak-agaknya anda sebagai apa?atau apa yang anda lakukan?

Anda seorang peniaga?pelukis terkenal?penyanyi?pekerja amal?pemain bolasepak?penyair?pereka fesyen?

Anda sendiri tahu jawapannya.

Tiada ulasan: