Iklan Nuffnang

Jenayah Berleluasa : Kita Perlukan Superhero?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai berita jenayah.Sungguh mengerikan.Sungguh tidak berperikemanusiaan.Sungguh menakutkan.Sungguh membimbangkan untuk kita sebagai rakyat kebanyakan untuk pergi ke mana-mana.Keselamatan kita tiada jaminan.Khususnya kepada golongan yang agak lemah dan perlukan perlindungan seperti golongan wanita, kanak-kanak, warga tua dan juga golongan orang kurang upaya.

Kita sering bimbang, memikirkan selamatkah anak-anak kita di luar rumah ketika pergi ke sekolah?selamatkah ibu bapa kita yang sudah tua ketika di rumah dan berada di kampung?selamatkah isteri kita ketika memandu berulang-alik kerja?Bahkan diri kita sendiri jika berjalan-jalan di waktu sudah malam sekitar pukul 8.00-10.00 malam juga masih belum ada jaminan keselamatan daripada pelbagai ancaman jenayah.

Jenayah yang kita sering dengar melalui berita dan akhbar dikira sudah menjadi kebiasaan seperti ragut, samun, rompak,pecah rumah, rogol,bunuh dan bermacam-macam lagi begitu mendebarkan jiwa dan jantung kita.Kita sudah seperti berada dalam negara yang tiada penguatkuasa dan polis lagaknya.

Lantaran itu, janganlah sampai rakyat mendambakan ‘superhero’ di alam realiti dan bukannya hanya sekadar Superhero dalam filem aksi/ hiburan untuk tontonan di kaca-kaca televisyen semata-mata.


Benarkah begitu?

Benarkah rakyat mengharapkan wujudnya seorang adiwira (superhero) bagi menentang segala macam bentuk jenayah?Apakah tidak perlu polis dan penguatkuasa?Apakah kini polis benar-benar memainkan peranan mereka dalam membanteras jenayah?atau kini polis lebih banyak memainkan peranan lain dan kurang menitikberatkan pencegahan jenayah dan melindungi keselamatan rakyat?

Skuad atau pasukan polis perlu ada ‘back-up’.’Superhero’ yang rakyat inginkan boleh jadi pelbagai bentuk sifat dan juzuknya.Bukannya hanya terlintas di fikiran kita, ‘superhero’, mestilah seorang lelaki yang gagah perkasa, berupaya untuk terbang, memakai baju ‘mantel’,mempunyai kostum khas dan juga boleh membelasah penjenayah walaupun bilangan penjenayah itu ramai.

‘Superhero’boleh saja terdiri daripada satu badan/entiti/pertubuhan atau pun persatuan yang sah serta mempunyai kredibiliti untuk menyokong dan membantu polis mencegah jenayah.Bukan hanya setakat menjadi dan mendaftar sebagai ‘Sahabat Polis’ atau ‘Rakan Cop’ sahaja.Idea Encik Kamal Affendi, seorang penganalisis jenayah yang aktif menyuarakan agar diwujudkan kelas-kelas atau bengkel-bengkel khusus untuk mengajar cara-cara mengelakkan diri kita menjadi mangsa jenayah amat patut dipuji.

Ketahuilah, sifat-sifat ‘Superhero’ yang sebenarnya wujud dalam setiap diri dan individu masing-masing.


Iaitu kekebalan,kekuatan,kelasakan,kegagahan setiap diri kita dalam membentuk peribadi diri sendiri, anak-anak, keluarga dan masyarakat.Mulailah dengan membina akhlak dan sahsiah diri kita dan keluarga kita sendiri terlebih dahulu, agar kesannya akan mewujudkan pula masyarakat yang baik, sihat, berbudi pekerti yang mulia, tidak menindas orang lain, tidak merompak, tidak membunuh, tidak meragut, tidak mencuri dan tidak sekali-kali melakukan perkara jenayah dan dosa.

Jom kita bina sifat-sifat Superhero dalam diri kita masing-masing !

Tiada ulasan: