Iklan Nuffnang

Hobi Yang Unik, Pelik Atau Jelik ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Kali ini saya ingin bercerita berkenaan hobi.Ya, hobi.Tapi bukannya hobi yang menjadi kebiasaan orang melakukannya.

Kita tentunya tidak begitu endah sangat jika kita setakat mendengar orang bercerita mengenai hobinya seperti memancing, memandu kereta, menunggang motosikal berkuasa besar, melancong,memasak,membaca buku,berkebun dan bermacam-macam lagi hobi yang kita biasa mendengarnya.

Tetapi, tahukah anda yang wujud segelintir orang mempunyai hobi-hobi yang pelik?Ini termasuklah diri saya.Tahap ke’pelik’annya mungkin berbeza-beza, ada yang amat pelik dan ada yang sederhana pelik.

Berikut adalah senarai hobi-hobi pelik daripada orang yang saya pernah temui, berbual dengannya dan juga termasuk hobi pelik diri saya sendiri.

1.Saya mempunyai hobi suka mengumpul dan menyimpan botol-botol kecil bekas syampu dan sabun di hotel-hotel atau resort-resort yang saya pernah menginap.Kini, saya sudah menyimpan koleksi botol-botol tersebut agak banyak juga lah.

2.Saya suka mengumpul pelbagai jenis matawang Malaysia dan negara-negara luar Malaysia sama ada kategori syiling atau wang kertas, tidak kira ianya mata wang lama/purba atau pun yang baru/moden.Kini, koleksi saya agak banyak.Malah, saya juga ada ‘Fan Page’ di Facebook iaitu ‘’Pengumpul Wang Kertas/Syiling Antik & Moden’’, yang mana saya sebagai Pengasas (founder)nya.

3.Saya juga suka mengumpul ‘fridge magnet’ iaitu hiasan bermagnet yang boleh dilekatkan di peti ais.Kini, saya sudah mempunyai banyak koleksi yang saya pernah beli dari pelbagai lokasi yang pernah saya kunjungi.Begitu juga rantai kunci (key chain), saya gantungkan di dinding bilik tidur sebagai hiasan dan jumlahnya agak banyak juga lah.

4.Ini berkenaan rakan saya pula.Seorang rakan saya hobinya suka membeli dan membuat koleksi ‘lanyard’.Bertimbun koleksi di dalam biliknya.’Lanyard’ adalah seperti rantai dipakai dileher diperbuat dari kain/plastik untuk meletakkan nama atau kad-kad tertentu.

5.Seorang lagi rakan saya, hobinya suka mengumpul topi.Penuh topi yang disimpannya di dalam almari khas di rumahnya.Adik saya sendiri juga mempunyai hobi begini.

6.Ini melibatkan orang lain pula.Percaya atau tidak, Ringgo, pemain drum kumpulan muzik Fotograf yang terkenal pada era 90-an, mempunyai hobi pelik yang mana dia mengakui suka ‘menggentel’ bucu bantal.

7.Percaya atau tidak, ada orang hobinya mengumpul kain pelikat.Kain pelikat di rumahnya sudah jadi seperti ‘stok’ untuk dijual.Gara-gara hobi punya pasal, tiap kali ke kedai pakaian, dia mesti membeli sekurang-kurangnya sehelai kain pelikat.

8.Kisah yang kita pernah dengar dulu-dulu, bahkan jika dicari di internet mungkin masih ada beritanya.Ini cerita agak 18SX sikit lah.Hobi pelik seorang lelaki yang pernah ditangkap penduduk dan pihak Polis yang mana hobi dia suka mencuri coli dan seluar dalam wanita.Bila disiasat, dalam simpanannya begitu banyak coli dan seluar dalam wanita yang telah dikumpulnya.Aduhai....macam-macam hobi pelik ni ya? Ini sudah dikira macam ‘sex maniac’ jugak lah selain dari kategori hobi pelik.Malah mungkin boleh dikira hobi yang pelik dan ‘jelik’.

9.Rakan saya yang suka mengumpul ‘token’.Pergi ke mana-mana tempat yang memerlukan token, dia akan menyimpannya satu.Banyak jugaklah yang dia kumpulkan sekarang.Tidak semestinya token dari pusat video game (arked) sahaja, bahkan token untuk almari sewaan dan token di ‘fun fair’ pun menjadi koleksinya.

10.Ini dikira hobi paling pelik.Memang pelik sangat-sangat.Pernahkah anda terlintas ingin membuat koleksi tulang ikan?Direkodkan dalam dunia, antara hobi paling pelik, ialah segelintir orang yang suka mengumpul tulang ikan (dalam bentuk kerangka).Pelbagai jenis dan spesis tulang ikan yang dikumpulnya dan disimpan dalam album khas.Sebelum itu kerja-kerja pembersihan dan pengawetan dilakukan.

Amat pelik, kan hobi begini ? Macam buat koleksi mengumpul setem pulak jadinya.

Anda pula bagaimana? Apakah hobi anda yang boleh dikategorikan sebagai hobi yang pelik?

Asalkan anda puas melakukannya, suka melakukannya, tak kisahlah hobi itu pelik kah atau tak pelik kah, anda sendiri yang menentukannya.Tapi janganlah pilih hobi yang jelik.

Semoga bergembira dengan keunikan hobi anda !

4 ulasan:

Khairul Abdullah berkata...

saya mempunyai koleksi ratusan botol syampu dari hotel yang saya simpan sejak 10 tahun yang lalu. Hari ini saya ingin memberikan kesemuanya kepada sesiapa yang berminat.

http://khairulabdullah.blogspot.com/2011/06/hotel-toiletries-pengumpul-botol-kecil.html

alriana5604 berkata...

Oh...bagusnya....ada sesiapa berminat?saya mahu koleksi yang saya pernah pergi menginap saja.

Unknown berkata...

sy juga ada hobi pelik iaitu kumpul kertas tisu yg ada label...tp tisu yg belum digunakan lagi...hehehe...kebanyakan tisu 2 sy dapat dapat sendiri n ada juga yg kawan2 bagi contohnya tisu2 dari cafe cam hard rock cafe, starbucks cafe, baskin robbin, dunkin donut, j co.,aunty anne...tisu2 dari hotel n club cam blue wave hotel, kelab diraja klang, centro club...banyak lagi la...

alriana5604 berkata...

Ya, Azira, hobi u suka kumpul tisu berlogo tertentu tu pun kira hobi pelik dan jarang2 orang buat.Saya pun baru pernah dengar.Menarik jugak tu.
Kadang2, kita akui seseorang itu ada nilai keunikan dirinya yang tersendiri, kan?