Iklan Nuffnang

Rakyat Amerika Kemaruk Nugget Ayam McDonald



alriana5604@gmail.com - AL The One

Berita ini membayangkan betapa kemaruknya sebilangan rakyat Amerika yang begitu ketagih membeli dan memakan nugget ayam dari McDonald, hinggakan sanggup berbuat jenayah kecil.

Pekerja McDonald's Ditumbuk Kerana Kehabisan Nugget Ayam

GARA-GARA
kehabisan hidangan nuget ayam di sebuah restoran rangkaian McDonald's, Amerika Syarikat, seorang wanita ditahan setelah menumbuk pekerja restoran tersebut. Melodi Dushane, 24, ditahan kerana melakukan jenayah memusnahkan harta benda pada 5 Januari lalu.Menurut seorang pegawai polis di Toledo, Ohio, Melodi menumbuk pekerja McDonald's yang malang itu melalui tingkap pandu lalu kira-kira jam 6.30 pagi pada 1 Januari lalu. “Wanita itu naik berang selepas diberitahu hidangan tersebut tidak dijual selepas 2.30 pagi. Dia terus menumbuk pekerja itu,” kata pegawai polis itu. Sementara itu, seorang wanita lain di Amerika Syarikat dilaporkan pernah menelefon talian kecemasan 999 sebanyak tiga kali kerana kehabisan ayam goreng di McDonald's. Ini menunjukkan ada penduduk negara itu yang ketagihan makanan segera sehingga mereka sanggup menelefon talian kecemasan.

Sumber dari : mStar online

Tiada ulasan: