Iklan Nuffnang

Selasa, 15 Disember 2009

Kategori Isteri -Isteri



alriana5604@gmail.com - AL The One

KATEGORI ISTERI-ISTERI

Isteri-isteri boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat dalam meminta atau mendapatkan haknya daripada suami mereka, antaranya adalah seperti berikut:

1. Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan oleh suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Untuk meminta, tidak sekali. Apatah lagi terhadap perkara-perkara yang tidak perlu. Kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik. Dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini. Macam hendak mencari belerang merah atau mencari gagak putih. Ini adalah perempuan yang luar biasa.

2. Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu (dharuri) sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya. Bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu, dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari dizaman kebendaan ini. Di zaman orang memburu dunia dan orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu (dharuri) dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal atau kenderaan. Namun kalau suami tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Maka itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu (dharuri) bahkan yang tidak perlu pun dia suka meminta- minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas dan tidak pernah rasa cukup. Sudah mewah pun rasa tidak cukup. Mahu lagi dan selalu meminta lagi. Kalau tidak diberi, menjadi masalah pula. Dia merungut, marah-marah, sakit hati, merajuk, hingga menjadi masalah di dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik.

Artikel ini diambil dari buku Buah Fikiran Siri 1, karangan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi

Tiada ulasan: