Iklan Nuffnang

Isnin, 14 Disember 2009

Enjin Carian Islam Pertama - I'mHalal


Sudahkah anda mencuba mencari maklumat di internet menggunakan enjin carian Islam pertama iaitu I'mHalal ?

Sila lah cuba di sini : http://www.imhalal.com/


Enjin Carian 1mHalal buat umat islam

Enjin carian berdasarkan nilai Islam itu dilancarkan minggu lalu di mana ia menapis kandungan internet yang disifatkan penciptanya sebagai hanya mengandungi halaman web bersih yang tidak mempunyai bahan lucah. Ia memberi peluang kepada umat Islam seluruh dunia untuk membuat carian di internet dengan selamat tanpa berhadapan dengan kandungan yang berunsur lucah atau salah. Sebaik saja pengguna menatap kandungan yang dikategorikan 'salah', enjin carian akan bertukar kepada satu nasihat.

Apabila pengguna mencari perkataan seperti 'seks' atau 'bogel', misalnya, enjin carian akan terus memberitahu pengguna bahawa keputusan pencarian itu mengandungi bahan yang haram atau bersifat tidak Islam. Enjin carian Islam pertama di dunia itu boleh diperoleh dalam 15 bahasa termasuk Arab, China, Parsi, Turki dan Bahasa Inggeris. Di Mesir, lebih 90 peratus daripada 80 juta penduduknya beragama Islam dan sekitar 12 peratus yang menggunakan enjin carian baru ini dianggap memberikan mereka apa sebenarnya yang dicari. Pengasasnya, Reza Sardeha, 20, pelajar Iran-Kuwait yang tinggal di Belanda berharap enjin carian baru itu akan menjadi halaman pencarian nombor satu di kalangan pengguna Islam.

Paling mengejutkan, 'ImHalal' juga mendapat sambutan daripada penduduk minoriti Kristian di negara itu.

Tiada ulasan: