Iklan Nuffnang

Selasa, 15 Disember 2009

Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat - Top 50 Pemimpin Islam Berpengaruh Dunia





alriana5604@gmail.com - AL The One

The Royal Islamic Strategic Studies Center telah meletakkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai antara 50 individu Islam paling berpengaruh di dunia dalam buku edisi pertama yang dikeluarkan iaitu “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

Kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz dan keluhuran beliau menegakkan dan menempatkan Islam di martabat yang tertinggi di Malaysia telah diiktiraf masyarakat Islam dunia. Selama 20 tahun menerajui negeri Kelantan sebagai Menteri Besar dan kejayaan meletakkan kehidupan Islam sebagai ikutan masyarakat, TGNA akhirnya diiktiraf dunia Islam mendahului pemimpin-pemimpin Islam lain di Malaysia ini.

Rakyat Malaysia seharusnya berbangga di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Tuan Guru Nik Aziz yang menduduki tangga ke 42 daripada 500 individu lain. Diharap mereka-mereka yang selama ini memperkecilkan Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini supaya insaf dan memperakui kewibawaan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin Islam paling berpengaruh di Malaysia.

Tiada ulasan: