Iklan Nuffnang

Tidak Suka Kucing vs Pencinta Kucing vs Pemilik Kucing - Anda kategori mana satu ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam kepada semua pengunjung blog saya,

Hai guys, lama kita tak bersua di arena maya ini.

Saya sebenarnya sudah lama tidak mengarang dan menulis (menaip sebenarnya).

Bukan sebab malas,bukan sebab sibuk sangat,bukan juga sebab sudah lupakan blog ini dan bukannya sebab sudah hilang minat menulis.Minat menulis tu masih ada lagi.

Tapi,entah lah saya dilanda perasaan bercampur baur semenjak beberapa bulan kebelakangan ini.

Saya berasa sepi,sunyi,hiba,sedih dan acapkali kadang2 suka menyendiri.Ini kerana selepas Ibu saya meninggal dunia pada tahun lepas,2021 iaitu di pertengahan bulan Ramadhan,tepatnya ialah pada 15 Ramadhan.

Kini saya belajar untuk terima kenyataan,yang pergi tetap akan pergi dan sudah pun pergi,saya belajar untuk hidup tanpa Ibu sekarang ini.Bukanlah saya ini ‘anak manja emak’ sebab saya pun anak yang agak berada di kedudukan pertengahan dan ke bawah dalam adik beradik saya.Jadi saya biasa2 saja,bukan anak kemanjaan Ibu.

Lantaran kesedihan ini lah yang mengheret saya hingga saya tiada ‘mood’ untuk menulis lagi bagi beberapa bulan kebelakangan ini.

Tapi sekarang,saya sudah mulai gagahkan diri dan kuatkan semangat.Sesungguhnya Ibu saya lebih memahami saya berbanding orang lain.Lantaran kehilangannya benar2 menyebabkan saya tiada tempat untuk berkomunikasi dan sudah tiada insan mulia yang selalu menjadi ‘good listener’ saya.Walaupun Ibu bukanlah boleh menyelesaikan semua masalah saya,tapi dia mendengar sahaja pun sudah melegakan hati saya.

Benarlah kata orang,kawan2 kita boleh cari,isteri kita boleh dapat ganti yang lain atau tambah pun boleh (hahaha),tapi Ibu,Ayah dan adik beradik kita tidak boleh cari ganti.

………………………………………………………………………………………..

Ok,habis di situ hal keadaannya berkenaan kenapa saya sudah lama tidak menulis dan membuat posting terbaru di blog atau Diari Peribadi saya ini.

Cerita yang saya nak ketengahkan kali ini ialah berkenaan KUCING.Bukannya nama tempat Kuching di Sarawak atau Jalan Kuching.

Saya terlebih dulu,mohon maaf kepada pencinta,pembela,pemelihara dan penyanjung atau pengkagum kucing, ya.

Saya adalah bukan dalam kategori itu.Saya bukannya pencinta,pembela,pemelihara dan penyanjung atau pengkagum kucing.Sangat2 minta maaf guys…

Tapi saya juga bukannya pembenci,penganiaya,pembunuh atau pemukul yang mencederakan kucing atau haiwan2 lain juga.

Ok,habis tu saya apa?

Saya ialah individu TIDAK SUKA KUCING.Lain kan bunyinya?

Tidak Suka Kucing ini banyak sebab guys…bukannya apa, saya highlight kan issue ini,sebab ramai sangat di kejiranan kita dan semua orang yang khususnya sayangkan kucing dan memelihara kucing tidak tahu menjaga haiwan peliharaan mereka dan juga membiarkan kucing2 mereka lepas bebas berkeliaran merata2,membuang najis merata2,masuk ke dalam halaman ‘car porch’ orang dan kencing di merata2 sebagai ‘menanda kawasan’ di dominasi oleh kucing2 mereka.

Anda rasa macam mana?Mesti anda akan berhujjah begini,khususnya bagi pencinta kucing dan suka membiarkan dan mudah sangat melepas bebaskan kucing2 mereka.

Di antara hujjah2 itu saya senaraikan di bawah ini :

1.Kucing ialah binatang kesayangan Rasulullah dan Sahabat Baginda,Abu Hurairah,kenapa kau tak suka apa yang Rasulullah suka? – Ini ‘killer question’ yang sesiapa pun tak berani nafi tau..

2.Kucing ialah haiwan yang bukan untuk dipelihara secara dikurung dalam kurungan/kandang,tapi dengan biarkan kucing2 lepas bebas, akan menjadikan kucing aktif,riang dan gembira.- Ini punchline yang tak adil,guys…sebab kalau pemilik kucing hanya biar lepas bebas tanpa hirau keselesaan rumah dan kehidupan orang lain,membuang najis dan kencing di merata2 dan meluruhkan bulu2 di sekitar rumah/dalam rumah orang,hukumnya sudah berdosa guys..Kena ingat,tidak semua orang yang menyukai kucing,contohnya macam saya.Tapi dalam masa yang sama saya tidaklah anti kucing atau bila nampak kucing nak bunuh atau pukul guys,paling kuat pun jerkah dan halau saja.

3.Kalau lepas bebas pun kucing,kepada jiran/orang yang terkena gangguan ketidakselesaan contohnya kucing mereka buang najis,kencing di laman rumah/car porch jiran,beritahu saja lah.-Ini pun ‘indah khabar dari rupa’ guys.Cakap memang senang tapi tuan punya kucing monitor atau tidak?Takkan tak ada kerja lain asyik nak diberitahu dan diminta suruh cuci najis dan kencing kucing,silap2pemilik kucing tak puashati dan bergaduh besar jadinya.

4.Kucing saya dengar kata/arahan,kucing orang lain tu yang buang najis dan kencing merata2 tu.-Ini pun seolah2 ‘denial syndrome’ ni guys…Tuan kucing memang lah menyebelahi dan membela kucing dia tapi apa yang berlaku di belakang pemilik kucing,bukan semua dia tahu.Sindrom menafikan apa2 yang diadukan oleh orangramai seolah2 menjadi trend baru, selayaknya lah pemimpin2 kerajaan kita pun suka sangat menafikan sesuatu perkara tanpa usul periksa terus menafikan tanpa ada penyiasatan terlebih dulu.

5.Kucing saya baka baik,Parsi lah,FlatFace lah,Bengal lah,Siam lah,memang mahal saya beli,kucing peliharaan saya tak keluar rumah pun.- OK guys,ini memang ada lah sedikit logiknya,sebab harga mahal,kan?Ini saya boleh terima.Mana tak nya guys,kalau seekor kucing nilainya ribuan ringgit, RM10K,20K,memang lah tak dibiarkan lepas bebas keluar rumah,nanti dicuri/diculik orang bawak lari.Jadi ada munasabahnya yang kucing2 mahal begini jarang2 sangatlah pemilik membiarkan ia tidur merata2,berkeliaran di kejiranan,membiarkan membuang najis dan kencing merata2.Ini dapat pujian dari saya,anda selayaknya ialah penjaga dan pemilik kucing yang betul2 pandai dan tahu sensitiviti masyarakat dan kejiranan terdekat seperti saya !

Jadi,apa benda nya ni?Apa kesimpulan dan apa benda yang saya nak ‘highlight’kan sebenarnya ni?

La…tak faham lagi ke?

Begini,point2 saya atau hujjah2 sebanyak 5 hujjah disenaraikan di atas tadi,ialah kebiasaan sangat saya dengar dan sudah hadam dengan alasan2 pemilik2 kucing.Mereka berasa mereka di pihak yang benar kononnya mereka ‘Animal/Cat Lover’,lantaran mereka anggap orang tidak suka kucing ialah bermasalah,tidak tahu menyayangi haiwan dan sangat cerewet kepada kucing.Bahkan ada yang menganggap perkara ini remeh temeh dan bukanlah masalah mereka sebagai pemilik kucing.

Saya cuma nak bahas Hujjah pertama sebab belum dibahaskan lagi.

‘’Kucing ialah binatang kesayangan Rasulullah dan Sahabat Baginda,Abu Hurairah,kenapa kau tak suka apa yang Rasulullah suka?’’ – Ini killer question yang sesiapa pun tak berani nafi tau..

Anda tahu tak Rasulullah sangat sayangkan haiwan termasuk kucing.Saidina Abu Hurairah pula suka bermain dan menyorokkan anak kucing di lengan jubahnya.Itu pun tiada melibatkan apa2 gangguan kepada orang lain atau kejiranan lain.Maksudnya, kasih sayang Baginda dan Sahabat kepada kucing tidak menyebabkan orang lain tidak selesa,seperti membiarkan kucing berkeliaran merata2,tidak menjaga kebersihan,membuang najis,muntah dan kencing merata2.

Agak2 anda pemilik2 kucing sekarang ada kah yang berakhlak memelihara dan menyantuni/menyayangi kucing seperti Baginda Rasulullah dan Sahabat?

Jawapannya sangat2 kurang, bahkan mungkin seorang sahaja dalam 10 pemelihara kucing yang berkelakuan seperti itu.

Ok,habis tu bagaimana kami ini,sebagai pemelihara/pemilik kucing untuk membetulkan semula cara kami menjaga kucing?

Caranya,tidak dapat tidak,pemilik2 kucing kena kurung kucing mereka….??? What the hell? NO!

….Nanti dulu, maksud saya bukannya kurungan ‘pet cage’ yang kecil itu.


Anda yang berhati mulia2 ini yang suka pelihara kucing2 ini,anda perlu sediakan kurungan yang besar.

Sebesar mana?Ya,sebesar rumah anda sendiri,ikutlah,terpulanglah bagaimana besarnya saiz rumah anda.Biar si kucing2 yang comel2 itu semua dibesarkan dan dilepaskan hanya di dalam rumah2 anda sahaja dan seboleh2nya ketika anda atau keluarga anda berada dalam rumah sahaja.

Tujuannya ialah dapat memantau dan menjaga si bulus dengan baik dan sepenuh perhatian.Tanpa membenarkan si bulus keluar rumah anda,ia dapat menyelamatkan anda dari berbuat dosa kerana kemungkinan untuk mengotorkan kejiranan berdekatan,adalah tiada, dan anda juga boleh menyelamatkan si bulus anda,mungkin dikhuatiri ada yang memukul si bulus anda.

Jika anda pernah lihat dan terbaca di akhbar2,memang ada wujudnya “Cat Shelter’ khas yang mana penjaganya membuat satu kawasan kurungan yang besar dan memelihara kucing2 yang banyak di dalamnya.Ini juga salah satu kaedah yang sangat bagus.Justeru itu,jika anda ada tanah yang luas di kawasan kediaman anda, contohilah cara menjaga dan memelihara kucing seperti ini.Buatkan satu ‘cage’ yang luas,dipenuhi kayu kayan untuk melatih kucing melompat dan adanya penjagaan kebersihan yang betul dan sentiasa dijaga.

Namun jika anda ialah seorang yang sibuk,saya menyeru supaya janganlah nak buat kawan dengan kucing dan memeliharanya lalu melepas bebaskannya keluar merata2,ini cara yang salah.

Akhir sekali,saya sekali lagi memohon maaf kepada pemelihara kucing,OK.Bukannya saya benci kucing dan benci kepada pemelihara kucing,tapi kebanyakannya memang bersikap tidak cakna dan membiarkan kucing2 mereka lepas bebas dan mengganggu keselesaan kejiranan berdekatan dan mengotorkan rumah2 orang lain.Kepada pemilik kucing yang bagus tu,Alhamdulillah,anda saya ‘salute’ sebab pandai menjaga kucing dan anda tidak mewujudkan konfrontasi dengan kejiranan berdekatan anda.

For sure,saya pernah terfikir jika saya jumpa kucing2 yang tidak dijaga dengan betul begini,saya diam2 kan saja dan bawa kucing2 tersebut ke Pasar Basah berdekatan.Lagi kucing tu suka,makanan pun mewah,hari2 dapat makan kepala ikan,kepala ayam,sisa2 buangan ayam dan ikan yang boleh menggemukkan lagi kucing itu bila berada di kawasan Pasar Basah.

Selain itu,saya juga membeli satu balang khas dan mengisinya dengan sekampit makanan kucing dan diletakkan dalam kereta saya.Ini bertujuan untuk saya curahkan sedikit ketika saya jumpa mana2 kucing terbiar yang kelaparan dan saya membuktikan bahawa saya bukanlah ANTI KUCING tapi saya sekadar TIDAK SUKA KUCING tapi enggan menyakiti atau memukul haiwan kesayangan Rasulullah dan Sahabat tersebut.

So,bagaimana? Anda pemilik kucing,pencinta kucing,pembenci kucing atau sekadar TIDAK SUKA KUCING seperti saya?

 

Wallahualam.

 Sekian.

Cerita Santai 4H3M @ Adena Beach Resort - Betul kah persis Pantai di Bali ?

alriana5604@gmail.com - AL The One 

Hai semua,kepada pengunjung blog saya yang telah lama tidak bersua di ruangan online ini,

Salam sejahtera semua,

Memang PKP atau MCO ini berpanjangan dan baru2 ini saja lah kita dibenarkan merentas daerah dan seterusnya merentas negeri bagi mereka yang sudah selesai mendapatkan suntikan vaksin Covid19 bagi dos yang kedua.

Kesan dari Covid19 ini menyebabkan impact yang amat besar khususnya kepada keadaan ekonomi,kesihatan dan juga persekitaran gaya hidup kita.Kita tidak boleh lagi mengelak berterusan dan takut untuk keluar rumah atau menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan gaya hidup kita.Terima lah yang kita akan hidup dengan Pandemic Covid19 ini yang kini sudah menjadi endemic dan kita perlu hidup dengan amalan norma2 baru,seperti menjaga penjarakan fizikal,memakai ‘face mask’ dan juga kerap mencuci tangan dengan sabun/sanitizer untuk mengelakkan risiko kuman Covid19 menjangkiti diri kita.

Setelah hampir 2 tahun tidak ke mana-mana,sama ada bersantai ke luar negara atau pun di dalam negara,baru2 ini saya dan keluarga kecil saya berkesempatan diberikan masa,tenaga dan rezeki oleh Yang Maha Esa,lalu diizinkan kami berehat dan bersantai di persekitaran kawasan Pantai di Balok,Kuantan Pahang.

Ini lah cara saya.Santai saya.

Telah lama saya tidak gunakan di blog ini ‘motto/slogan’ saya yang sinonim dengan cara saya,iaitu ‘Santai Kita,Cara Kita’.

Slogan ‘Santai Kita,Cara Kita’ ini adalah merujuk maknanya kepada gaya,cara,kaedah atau pelaksanaan strategi gaya saya  melancong atau ‘makan angin’,berehat dan bersantai adalah tidak terikut2 dengan orang lain atau meniru gaya kemampuan kewangan orang lain atau pun mencuba tempat2 santai yang di luar kemampuan kewangan saya.

‘Santai Kita,Cara Kita’…

Contohnya, ‘trend’ ramai orang serbu ke Pulau Langkawi untuk melancong dan berebut membeli tiket2 flight yang murah ditawarkan oleh syarikat penerbangan di negara kita.Namun saya tidak begitu.

Trend ramai orang pergi bercuti ke lokasi air terjun atau anak2 sungai yang mengalir cetek di Janda Baik,Pahang contohnya,saya tidak cenderung begitu.Walaupun ramai rakan2 saya ke sana dan ada juga artis2 yang suka ke sana.

Ada juga trend yang suka melancong selepas PKPD/MCO atau Lockdown ditamatkan ini dengan pulang ke kampung bertemu saudara mara dan ibubapa.Bagus pilihan ini,tapi perlu berhati2,check betul2 diri sendiri dan keluarga kita sebelum kita bawa keluarga kita bertemu ibubapa di kampung.Biarlah keadaan agak reda dulu,baru lah kita pulang ke kampung menziarahi ibubapa.Selain dari mengelakkan kita menyumbang kepada kesesakan lalulintas yang amat teruk,kita juga dapat mempersiapkan diri kita dari segi kesihatan mental dan fizikal kita untuk bertemu keluarga di kampung.Minta perlindungan Allah,janganlah kita jadi penyebab membawa virus Covid19 ke lokasi2 kampung kita masing2.

Ok lah,berhenti dulu berceloteh berkenaan suasana ‘shock’ atau kejutan budaya yang berlaku oleh orang ramai setelah Lockdown Covid19 ditamatkan,berebut2 mahu pergi keluar rumah dan pergi makan angin.

Saya pula lebih suka pergi makan angin dengan berehat2 sahaja di sebuah Resort yang mempunyai ‘private beach’ dan tidak terlalu ramai pengunjung yang datang,ini lah pilihan saya dan cara saya melancong setelah Lockdown ditamatkan.

Saya sengaja bercuti semasa hari bekerja dan tips ini saya gunapakai sampai sekarang kerana harga/kadar penginapan yang lebih murah dan tiada ramai jumlah orang yang menginap di Resort atau Hotel.

Di kesempatan ini juga,saya mendedikasikan tujuan percutian ini khusus untuk Zarif yang saya anggap bolehlah dijadikan ganjaran (reward) untuknya kerana berusaha keras sehingga dapat menjadi Johan dalam Pertandingan Bicara Buku di peringkat sekolahnya menewaskan semua pelajar2 senior yang lain.Tahniah untuk Zarif ! Sehinggakan Cikgunya merakamkan video khas untuknya dan dipamerkan kepada semua murid2 di sekolahnya sebagai contoh kepada murid2 lain.

Saya memilih untuk menginap di Adena Beach Resort,Kuantan Pahang yang menawarkan suasana Resort sangat berdekatan dengan pantai persendirian iaitu Pantai Balok Kuantan.Saya menghabiskan selama 4 Hari 3 Malam menginap di Resort ini dan sengaja memilih Premium Family Room yang agak selesa setelah sekian lama tidak makan angin bersama keluarga saya.

Ada review dari segelintir  orang yang pernah ke Adena Beach Resort ini,suasananya  persis di Pantai Peranginan di Bali,Indonesia dan sangat damai,tenang dan ada tarikan tersendiri.Entah lah,saya fikir mungkin mereka terfikir begitu kerana di sini ada ‘private beach’ dan waktu malam menjelma mereka suka kepada hiburan malam ketika berada di Bar di tepian pantai.Mungkin lah begitu,hanya tekaan saya sahaja.Sebab saya dan keluarga tidak menyertai hiburan malam dan membuang masa begitu,kami adalah ‘family people’ dan hiburan pada malam hari kami tidak berminat.

 Kredit foto dari : byfarahh.com

 Anda boleh klik di link ini untuk melihat suasana di persekitaran Resort ini :

https://adenaresort.com/


Keadaan bilik penginapan  yang luas,selesa,suasana damai di tepian pantai,tiada gangguan dan kebisingan melampau,fasiliti Resort yang bagus dan juga aktiviti2 untuk anak saya bermain juga ada di sini.Maklumlah setelah anak sudah besar dan semakin aktif,permintaan cara berhibur juga semakin meluas,kini Zarif suka menunggang kuda, menunggang ATV,mengayuh basikal,bermain GoKart,belajar menembak,memanah,berenang,bermain drone dan pelbagai lagi aktiviti moden yang digemari kanak2 pada zaman ini.



 
Saya akui,ada permainan/hiburan yang saya mampu belikan dan sediakan untuknya dan ada juga yang saya sengaja tidak mahu belikan bagi tujuan tidak mahu terlalu memenuhi permintaannya.Ibarat kita bermain layang2,tali hendaklah tidak terlalu dibiarkan terlepas habis dan juga tidaklah terlalu digulung menjadikan layang2 terbangnya rendah sangat.Begitulah cara saya terapkan dalam memenuhi kehendak anak yang minta bermacam2 benda.Kita tidak boleh terlalu memanjakan anak dan mengikut sahaja apa kehendaknya.Ada masanya kita boleh turutkan dan ada masanya kita sengaja jangan turutkan.Biar dia tahu bahawa dalam dunia ini,bukanlah semua yang kita kehendaki akan dapat dengan cara yang mudah.Biar dia dapat pelajaran dan teladan berkenaan hal ini,semoga dia menjadi faham akan realiti hidup sebenar. 


Marilah saya kongsikan beberapa kenangan gambar2 ketika saya dan keluarga kecil ini bercuti,bersantai dan berehat2 di Adena Beach Resort ini,sekadar untuk tatapan dan perkongsian untuk semua yang sudi membaca Diari Blog saya ini.

Saya juga berkesempatan membawa anak dan isteri mengunjungi Pantai Teluk Cempedak dan mengunjungi sebentar sekolah lama saya ketika di Tingkatan 4 dan 5 dahulu,iaitu SM Teknik Kuantan di Alor Akar,Kuantan.Sengaja saya singgah sebentar di sekolah ini semata2 mahu mengimbas masa lalu zaman remaja saya pernah menuntut ilmu di sini.


 


Apa yang saya harapkan hanyalah sekadar coretan dan nukilan ini dapat mengenang secebis memori indah suatu hari nanti andainya Yang Maha Esa mengizinkan umur saya mencecah ke usia warga emas dan sesekali boleh juga dikenang kembali,dibaca semula dan diingat kembali memori yang terukir di sini.











Mungkin juga Zarif akan dapat membacanya suatu hari nanti dan dia akan lebih menghargai akan kehidupannya membesar dengan penuh kasih sayang,kegembiraan dan dipenuhi memori2 indah dalam kehidupannya.

Wallahu a’lam.

Selamat Hari Bapa - Bagaimanakah Selayaknya Kita Jadi Seorang Bapa ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam ukhwah kepada semua,

Setelah sekian lama tidak mengemaskinikan blog saya ini,kini tibalah masanya saya membuat sedikit posting mengenai Hari Bapa.

Nak bercerita mengenai Virus Covid19 dan PKP Lockdown,saya akan coretkan kemudian nanti,lagipun masa kita lalui PKP (MCO) dan Musim Covid19 ini nampaknya makin jauh berpanjangan dan ramai sangat bloggers yang bercerita macam2 berkenaan isu Covid19 ini.Jadi biarlah saya bercerita mengenai topik Hari Bapa buat masa ini.

Sempena dengan Hari Bapa kononnya hari ini, 20 Jun 2021 di Malaysia,saja2 lah saya nak share pendapat,ulasan dan juga buah fikiran saya berkenaan dengan konteks Hari Bapa ini dan sebenarnya bagaimana kita harus menjadi seorang Bapa.


HARI BAPA?

BAGAIMANAKAH SELAYAKNYA KITA JADI SEORANG BAPA?

Dewasa ini,di hari ini, Bapa bukan lagi lah satu status nak menunjukkan kita berkuasa dalam rumahtangga dalam ertikata kuasa di atas segala2nya.

Ya,mungkin kita berkerjaya,kita ada pendapatan tetap,kita rasa kita boleh buat keputusan ikut suka kita.Tapi itu bukanlah secara 100% kita ada kuasa dalam rumahtangga kita.Banyak lagi sebenarnya tugas Bapa yang mana kadang2 kita tak sedar bahawa itu adalah tugas kita yang tak pernah langsung kita buat.

Kita sibuk mencari makan,mencari nafkah,mencari duit ringgit,bersengkang mata,berkerja overtime semata2 kononnya nak menanggung dan bertanggungjawab kepada anak2 dan isteri kita atau kalau yang ada lebih dari seorang isteri,kepada isteri2 kita.

Tapi di manakah tugasan utama kita seperti mengajar solat,mengajar membaca AlQuran dan mengajar asas2 agama kepada anak2 dan isteri/isteri2 kita?Adakah kita sudah melaksanakan tugas2 utama ini?



Ada yang mendongak ke atas dan berkata ‘Eh, saya ada lah buat,awak yang tak tahu'…kata segelintir orang.Inilah jawapan mereka kononnya sudah buat belaka.

Iya,tapi buat setakat mana?Cuba check,anak2 pandai mengaji Quran,membaca Quran atau tidak?Pandai solat dengan betul?Tahu asas2 ajaran agama?Rasanya,ramai yang tak tahu dari bilangan yang tahu.

Nak tahu mudah saja,cuba kita test anak2,isteri kita,beri 1 AlQuran suruh baca tanpa kita kacau atau ganggu,dia banyak belek2 ke,atau dia boleh baca dengan lancar?Kalau boleh baca,Alhamdulillah.

Ok,itu satu perkara.

Menjadi Bapa juga yang kononnya nak berkisahkan mengenai Hari Bapa ini,bagaimana seharusnya dari segi perangai dan kelakuan kita?Maksudnya bagaimana seharusnya akhlak seorang Bapa?

Ini saya ceritakan adalah berdasarkan ulasan/pandangan/cetusan idea berdasarkan percakapan dan penelitian secara umum sahaja.Bukannya ada mana2 ‘case study ‘ atau pun tertakluk kepada kes2 spesifik,ianya lebih kepada hanya menyentuh hal secara umum (generally speaking kata orang putih).

Kita menjadi seorang Bapa pada konteks hari ini,zaman ini,saat ini,millennium ini,akhir zaman ini,kita seharusnya lebih ‘friendly’ kepada anak2 kita.Tak faham dan tak jelas apa maksud ‘friendly’ tu?

Ok,macam ni,kita seorang Bapa mestilah berakhlak seperti dicontohkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.Baginda lah seorang Bapa yang paling utama yang kita patut contohi.

Kita tidak boleh bersikap garang kepada anak2,mendera,memukul berlebihan,menengking,mengherdik dan juga sentiasa bersikap panas baran dan tak tentu hala asyik nak bersikap marah2.

Walaupun kita faham,mungkin faktor tak cukup duit,gaji kecil,serba kekurangan,hidup tertekan,tapi bukanlah dengan mengeluarkan emosi kemarahan kita luahkan kepada anak2.Ia menyebabkan anak2 dan isteri sentiasa berasa takut dan menikus dengan kita dan kita rasa bangga kononnya anak2 dan isteri takut kepada kita.

Kita bukannya mahu anak2 dan isteri menikus/takut kepada kita.Tetapi kita nak supaya anak2 dan isteri hormat dan malu alah kepada kita kerana kita berakhlak baik.

Ironinya,jika sikap emosi dan panas baran tak tentu masa ini berbuah dan melekat menjadi tabiat,sikap2 seperti suka marah,menampar,menerajang,menumbuk,merotan berlebihan anak2,membantai dengan kayu,melempar anak ke luar jendela/tingkap berdaun dua di rumah,mencekik anak2,mengasari dengan mem’back hand’ anak2 dan isteri, umpama bermain badminton,menonyoh kepala anak2,menonjol dahi,menghempuk kepala dan bermacam2 lagi emosi dan tindakan gaya bebas akibat dirasuk Syaitan marah kepada anak2,ianya sangat2 merugikan kita sendiri,khususnya apabila kita masih lagi hidup hingga akhir usia kita nanti,di peringkat usia warga emas yang lanjut usia, dalam lingkungan umur kita 70-80-90-an.

MENGAPA INI TERJADI?

Sebab inilah dalam konteks ‘Psychological Learning’,dikenali sebagai ‘Minda Bawah Sedar’ bagi seseorang atau pun bagi mana2 anak2 yang pernah merasai hasil dari tabiat panas baran seorang Bapa yang begini,ianya menyebabkan anak2 kita tadi kurang merasa kasih sayang dan rasa berjauh hati dengan kita sebagai Bapa.

Maksud ‘Minda Bawah Sedar’ ini ialah satu kenangan silam biasanya ‘kenangan dukalara’ yang pernah dialami tersimpan kemas,kukuh dan erat di dalam jiwa dan jasad seseorang tetapi tidak dalam setiap masa dia mengingatinya atau mengenangnya.Sebaliknya,kenangan dukalara itu akan datang kembali apabila tiba masa2nya ia berbunga kembali dan parut di hati berdarah kembali.

Amboiii…Bahasa berbunga2 betul,saya ni…Hahaha…begitu lah nampak gayanya musim2 Covid19 ni,jemu2 kita berceloteh lah sikit perkara2 kebaikan,menjadi tauladan dan perkongsian untuk kita semua,kan kononnya tadi ucap Selamat Hari Bapa, apa semua tu kan?Jadi kita bancuh lah sikit ayat2 untuk ‘narration’ yang enak dibaca.

Ok lah, jadi belum habis lagi tadi,konteks 'Friendly' tadi tak dihuraikan dengan jelas lagi.'Friendly' kepada anak2 dan isteri ini bukanlah bermaksud kita ‘beri muka’,juah2 (memanja2kan sangat) kepada anak2 isteri2,sehingga dia memijak2 kepala dan muka kita dan tidak menghormati kita sebagai Bapa.No,No,tidak,bukan begitu.

'Friendly' di sini,bermaksud kita sebagai Bapa berikan haluan,tunjuk jalan,berikan didikan sesempurna yang mungkin,sekadar layaknya kemampuan kita.Beri pula idea dan maklumbalas,kemudian dengar pula pendapat/suara,idea anak2 dan isteri pula untuk kita ‘digest’ bersama.Maksudnya kita ‘brainstorming’ sama2 apa yang hendak dilakukan,lebih2 lagi jika ianya melibatkan hal2 yang penting.Kan tadi kita nak tiru Rasulullah?Jadi ‘Musyawwarah’ (perbincangan/mesyuarat) atau brainstorming itu penting dalam sekumpulan orang yang melebihi 2 orang dan ke atas.

Jangan kita bersikap kuku besi,bersikap autokrasi,feudality,berkelakuan seperti Amerika dan pemilik kuasa2 VETO yang lain,China,Perancis,Rusia dan Great Britain dalam kita melayani dan menyantuni anak2 dan isteri2 kita.

Kuasa VETO ini kita gunakan hanya untuk pertahan Aqidah,pertahan asas2 didikan agama Islam dan juga pengamalan akhlak anak2 dan isteri yang baik.

Jadi,semua faham dah kan?Maknanya kita sebagai Bapa,apabila telah sempurna anak2 dan isteri kita taat tanpa gagal,mereka tahu bersolat 5 waktu secara konsisten,tahu membaca AlQuran,berperangai elok akhlaknya dan bertuturkata pekerti yang mulia,mengerjakan tuntutan2 agama Islam yang lain,maka seharusnya lah kita selayaknya rasa puas dan sedikit berbangga kerana anak2 dan isteri2 kita berada di landasan yang betul.

Tapi secara harfiahnya bukanlah 100% kita akan selamat di dunia dan di akhirat,sebaliknya semua ini perlulah dilakukan dengan keinginan ikhlas hati sendiri,tanpa kita memaksa atau menakut2kan mereka dalam ertikata kita perlu ‘guide’ mereka bukannya memaksa mereka melakukannya,biar mereka tahu tanggungjawab mereka kepada Allah dan RasulNya,dan dari situ mereka akan bersikap ikhlas untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

Kisah dulu2 menjadi iktibar dan tauladan kita semua.Bentuk ajaran,didikan dan faktor tekanan hidup membesarkan anak2 di kampung2,di luar2 bandar memang menjadi punca tekanan kepada Bapa2 lantas beremosi marah kerapkali menyiksa,mendera,membantai dengan kayu dan memukul anak2.Jika difikirkan,jika berlaku dalam konteks hari ini,masih ada lagi Bapa2 yang bersikap begini,lambat laun ditangkap Polis dan dipenjara kerana mendera anak2.Langsung Bapa akan menjadi banduan!

Hayati lah pesanan dan perkongsian ini dan sebarkan lah kepada mereka yang belum atau sudah menjadi Bapa sempena Hari Bapa yang kononnya kita sambut ini.

Jangan lah kita bersikap ‘huha huha’ bising di sana sini,dengan ucapan Selamat Hari Bapa! Selamat Hari Bapa! Tapi hakikat sebenarnya kita jadi Bapa, kita tak tahu apa pun tanggungjawab sebenar kita.

Umpama ayam jantan berkokok berdegar2,tapi tahi sangkut di atas gelegar atau pun ayam berkokok tapi ekor bergelumang dengan tahi yang membawa maksud,kita sangka kita hebat dah,kita sudah betul dah berperanan sebagai Bapa,kita perasan,rupanya perkara2 asas pun kita masih gagal berperanan melaksanakannya.

Jadinya kesimpulan dalam coretan panjang ini,ialah bak kata Ustaz Azhar Idrus ni,apabila dia menjawab pertanyaan orang yang bertanya sesuatu dalam kuliah dia,orang yang bertanya adalah lebih pahalanya dari orang yang menjawab.Maksud dia,orang yang bertanya,dari dia tak pasti dan tak tahu hukum,dia jadi tahu selepas bertanya,dan orang lain yang ikut dengar kuliah pun jadi tahu,sama2 dapat pahala yang melimpah ruah.Orang yang menjawab dapat pahala sebab menyampaikan,tapi yang bertanya lebih banyak terhimpun meluas pahala akibat pertanyaannya.

Begitu juga di sini,di isu ini,berkenaan Hari Bapa,dan coretan ini,orang yang menulis dan menaip hanya berkongsi,kisah tauladan dan peringatan untuk bersama2 menjadi Bapa yang baik.Tidaklah bermaksud orang yang menaip adalah lebih baik dari orang yang membaca.Boleh jadi orang yang membaca dan mengamalkannya tips2 ini mereka jauh lebih baik dari orang yang menaip apatah lagi pula dia menyampaikan atau berkongsi pulak dengan orang lain,begitulah keadaannya.

Kita sebagai Bapa janganlah bersikap ‘mulut jahat’ (berkata2 lepas tanpa berfikir), tidak menapis perkataan2 yang boleh melukakan hati anak2 dan isteri2,mengungkit2 kisah silam anak2,kesalahan anak2,mengatakan begitu begini kononnya nak menceritakan kembali kisah2 silam dukalara anak2,supaya anak2 sedar.Tidak perlu buat semua perkara ini,Rasulullah tidak ajar perbuatan mengungkit2 sebegini.

Orang putih kata ‘Let by gone be by gone’ maknanya ‘yang sudah tu,sudah2 lah’ ia telah pun berlaku,tak guna diungkit2 dan dikenang2 kembali.Perkara yang lepas dan sudah berlaku amat2 mustahil untuk kita betulkan kembali bagaimana kita bertindak ketika itu.

Akhir kata,jom lah,ayuh lah kita cuba mencari semula di mana ‘kekusutan hidup’ kita sebagai Bapa.Belum terlambat lagi untuk kita membetulkan semula ‘re-tuning up’ semula cara kita berakhlak dengan anak2 dan isteri2 kita.Biarlah suatu hari nanti,andainya kita sempat meniti umur ke hujung usia,anak2 dan isteri kita tidak menjauhi kita dan sentiasa teringat2 dan terkenang2 akan kebaikan kita dan sentiasa ingin menemui,menziarahi dan terpahat kasih sayang kepada kita selama2nya.

Mereka tidak akan mengalami peristiwa ‘Minda Bawah Sedar’ yang tragis penuh dengan kenangan luka lama.Mereka tidak akan menyimpan rasa dendam,rasa berjauh hati,rasa terkilan,rasa terpinggir dan juga rasa bersalah kerana perkara2 lama yang telah pun berlaku.Inshaa Allah mari lah kita bina keluarga dan berusaha menjadi Bapa yang penyayang,tidak memukul anak2 dan isteri,tidak berkata2 lepas,memaki hamun dan berkelakuan kasar,bersikap garang membuta tuli.Kita ubah dan kita jadikan hanya Rasulullah sebagai contoh Ketua dan Bapa kita.

....Jadi,layak kah kita ucap Selamat Hari Bapa sekarang?setelah kita membaca coretan ini? 

Kita tentukan sendiri lah ya…

Wallahua’alam.

Wassalam.