Iklan Nuffnang

Cerita Kami di MAPS Ipoh & Cameron Highlands

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai semua pengunjung2 online blog saya,

Assalamualaikum & Salam online dari saya.

Macam mana rasanya sudah masuk ke tahun 2020 ini ? Ok ke tak Ok?

Harapnya anda semua Ok lah ya, semoga semuanya baik2 saja dan juga mudah2an tahun 2020 ini lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya.

Azam? Anda ada apa2 azam ke? Azam atau hasrat atau cita2 atau ‘resolusi/resolution’ perlu kah untuk kita? Lain orang lain jawapannya.Berazamlah jika anda mahu berazam untuk tahun baru.

Good Luck.

Ok, berbalik semula kepada posting/entry blog post saya pada kali ini hanyalah ingin berkongsi maklumat dan juga mengajak untuk sama2 menatapi coretan/nukilan kisah saya di blog ini.Saya bahagikan kisah ini kepada 2 bahagian iaitu Kisah Pertama di Ipoh dan Kisah Kedua di Cameron Highlands.

KISAH PERTAMA – LOKASI : IPOH PERAK

Biasa lah, topik nya di hujung2 tahun 2019 yang baru lepas ini mestilah berkenaan Percutian Keluarga.Itu pun ada lah jugak dapat sikit2 diskaun dan tajaan dari pihak berkenaan untuk menjayakan trip ini.

TRIP KE MANA ?

Trip nya ke mana ? jawabnya ke Ipoh,Perak.
Spesifiknya di kawasan mana, apa tarikannya? Jawabnya Movie Animation Park Studio (MAPS) di Jalan Meru Raya,Ipoh.



Saya bercerita mengenai MAPS ini mengikut versi pengalaman saya ke sini,Ok.Tempat tarikan ini yang boleh dikatakan ramai sudah sedia maklum.Cuma nya ada yang sudah pergi atau belum pergi saja.

M.A.P.S (Movie Animation Park Studio)

MAPS ini konsepnya buat masa sekarang ini ialah merupakan kawasan hiburan taman kering (Amusement Park/Dry Park), maksudnya tiada permainan/games melibatkan air dan basah (Water Park).

Ia direkabina mengambil idea sedikit2 cedukan seumpama Universal Studio di mana2 di negara luar Malaysia.Kalau paling dekat ialah Universal Studio Singapore (USS).

Ideanya ialah memberikan tarikan kepada pengunjung khususnya kanak2 dengan menyediakan bangunan2 dan permainan2 berkonsepkan kartun/animasi Malaysia yang terkenal iaitu BoboiBoy.

PERMAINAN/TARIKAN di MAPS

Terdapat bermacam2 permainan seperti pertunjukan Center Stage BoboiBoy & Rakan2nya seperti Yaya,Gopal dan lain2,ada sesi tontonan Movie Animasi 4D BoboiBoy,Stunt Legend iaitu pertunjukan secara langsung (live action) antara Team Renegades vs Alpha Force,Gravity Tower,Bumper Blast,Secret Riana GhostHouse,Cattus Coaster,Asteroid Attack (The Hammer),Red Baron Plane,Spinning Swing dan banyak lagi permainan ringan untuk kanak2 seperti basikal elektrik,beca dan tram ATV.

Singgahan tempat makan/Café juga dihiasi tema2 seperti Café Tok Aba dari animasi BoboiBoy,Blue Coral Café dan kedai cenderamata MAPS.


Dalam banyak2 games/permainan ini, saya selaku orang dewasa sangat2 teruja kepada 5 jenis ini sahaja iaitu :

1.Gravity Tower – terasa nak luruh jantung,merasai pengalaman dijatuhkan dari bangunan setinggi 10 tingkat !


2.Asteroid Attack – dikenali juga biasanya orang panggil ‘Tukul’ (The Hammer), merasai pengalaman diterbalikkan diri kita di puncak tertinggi,rasa nak terkeluar muntah hijau !


3.Bumper Blast – biasalah, peminat bumper car main2 langgar orang ni, terasa seronoknya, tapi saya lebih suka pusing sekeliling tanpa melanggar orang.


4.Spinning Swing – ini ialah buaian besar berpusing laju dan tinggi.Gayat juga rasanya tapi lama kelamaan jadi biasa saja, cuma rasa pening sikit sebab berpusing laju juga.

5.Stunt Legends - pertunjukan di mini stadium/arena stunt kenderaan / kereta sport Nissan GTR dan SkyLine bersama motosikal dan juga ATV Sport di antara Team dikenali sebagai Renegades dan Alpha Force.Bunyi deruan enjin mengaum vroom,vroom,vroom dan bauan asap sangat mengujakan,seperti stunt sebenar dilakonkan dalam filem aksi.



Ada satu lagi Cattus Coaster, mini roller coaster,seronok juga merasai pengalaman menaikinya tapi suasana dalamannya gelap sangat,rasa ‘thrill’ tu tidak terlalu mengujakan sangat.


Bagi saya itu saja lah, boleh lah sambil2 bawa anak & isteri berjalan2 ke Ipoh,singgah lah di MAPS.kalau dulu, sebelum ada nya MAPS, asyik2 ke Lost World of Tambun saja.Sekarang ini, ada lah tarikan hiburan yang lain pula.

TIKET MAPS

Tiket MAPS ? mahal wooo…tak padan kalau ada anak ramai nak pergi sini dan mahu bermain semua jenis tarikan di sini.

Tiketnya berharga RM114 seorang,rasanya bawah 3 tahun dan ketinggian kurang 150 cm tiket percuma tidak dikenakan bayaran masuk.Sebab apa? Sebabnya ketinggian kurang dari 150 cm bersamaan 1 meter ½ tidak boleh bermain apa2 permainan melainkan permainan ringan untuk si kecil sahaja.


Tapi, jangan risau, kalau tidak bermain pun, dibenarkan, masuk saja ke perkarangan/dataran MAPS untuk saja2 bergambar pun boleh,ambil gambar2 di situ.Tidak dikenakan bayaran.Sekiranya mahu bermain permainan atau pun menyertai pertunjukan tertentu saja dikenakan bayaran menerusi cara e-pay.E-pay ialah konsepnya top-up di kad MAPS dan boleh masuk ke mana2 tarikan berbayar asalkan baki masih mencukupi.


TIKET MURAH @ DISKAUN ADA ?

Ya, sudah tentu ada kalau pandai cari.Carilah di website www.wonderfly.asia

Saya pun beli online di sini, sangat2 murah.Asal tiket harganya RM114 seorang.
Di sini, cuma RM42 seorang, ia merupakan tiket ‘Open Date’ sehingga April 2020.Jadinya pergilah bila2 ke MAPS sebelum April 2020, tiket yang sudah dibeli menerusi Wonderfly ini masih sah digunakan.

PENGINAPAN BERDEKATAN MAPS

Jujurnya, menginaplah di hotel2 bajet berdekatan Casuarina Meru Hotel.Murah dan sangat dekat dengan MAPS.Jika menginap di Casuarina Meru agak mahal sedikit dan hotelnya pun tiada kolam renang.Macam saya,kerana tersalah pilih hotel, jaraknya agak jauh dari MAPS.Saya tempah melalui www.booking.com dan cari punya cari hotel yang berdekatan dengan MAPS, ada kolam renang dan mampu dibayar ialah Tower Regency Hotel & Apartment di Jalan Ahmad Said,bandar Ipoh,Perak.

Saya suka tempah melalui www.booking.com sebab bagi saya banyak pilihan hotel boleh dicari dan harganya agak murah berbanding tempahan terus di website hotel tersebut.


BERBALOI KAH MENGUNJUNGI MAPS ?

Nak kata tidak berbaloi tak lah sampai begitu.Tapi setiap yang boleh kita bandingkan,kecenderungan untuk kita buat perbandingan memang ada dalam fikiran kita.

Jika dibandingkan dengan Universal Studio Singapore memang MAPS perlu banyak penambahbaikan.

Harga tiket sepatutnya mestilah inklusif semua permainan, seperti di Universal Studio Singapore.

Ini tidak di MAPS, ada jenis2 tarikan yang disediakan oleh pihak ketiga dan bukannya di bawah kepunyaan MAPS,jika mahu masuk bayaran tiket tambahan dikenakan.

Harga makanan dan minuman agak mahal sedikit tapi masih berpatutan.

MAPS perlu pastikan semua jenis tarikan berfungsi bukannya ada sebahagiannya ditutup atas alasan ‘maintenance’.Kuranglah tarikan yang pengunjung dapat rasai.Orang bukannya sentiasa datang ke sini, jadi pastikan semuanya berfungsi dengan elok dan semaksimum yang boleh supaya semua tarikan/permainan dapat dinikmati oleh mereka.

Kedai cenderamata/cenderahati perlu perbanyakkan lagi dan jenis2 item/barangan MAPS untuk kenang2an perlu direka lebih menarik,begitu juga t shirt, kebanyakan t shirt rekaan nya sangat2 ringkas dan terhad kepada warna2 tertentu sahaja.Pembekal barangan ini perlu lebih meluas rekaan/design mereka dan jadikan sesuatu barangan kenangan lebih menarik.

KESIMPULAN

Bolehlah jika anda mampu dan ingin mengunjungi 1 hari penuh dari 10 pagi hingga 10 malam,MAPS sesuai untuk tarikan kanak2 sekolah rendah dan juga kepada orang dewasa.Namun ia tidaklah semeriah Universal Studio Singapore.Jujur saya katakan, pengalaman saya mengunjungi Universal Studio Singapore pada tahun 2011 sangat2 lah berbaloi,lebih terasa puasnya,banyak tarikan permainannya dan lebih luas kawasan persekitarannya.Konsep Universal Studio Singapore ialah bila anda sudah beli tiket masuk,berseronok lah sepuas2nya dengan apa jua permainan yang disediakan tanpa ada bayaran asing/tambahan lain pula.

KISAH KEDUA – LOKASI : CAMERON HIGHLANDS PAHANG

Setelah menghabiskan masa di Ipoh,isteri saya mengajak mengunjungi Cameron Highlands kerana sudah begitu lama kami tidak ke sana.Memandangkan jalan dari Ipoh di Simpang Pulai ke Cameron Highlands cuma mengambil masa dalam 2-3 jam, saya tunaikan permintaannya.

Hasratnya ialah mengunjungi Rose Valey/Rose Farm kerana isteri saya teringin benar membeli bunga ros hidup dari Cameron Highlands.

Tiada lah terlalu istimewa bagi saya lokasi Cameron Highlands ini selain dari cuacanya yang sejuk dan juga terlihat bukit2 yang gondol ditarah,ternyata Cameron Highlands kini berubah banyak.Terdapat banyak ladang2 strawberry dan bunga2an,ladang2 sayur2an, bertambahnya apartment2,rumah2 dan bermacam pembangunan giat dilakukan.



Lama sudah tidak ke sini memang terasa kelainannya.Menginap di Chalet DarulMakmur, Kampung Taman Sedia,Tanah Rata, terasa air paipnya sangat2 sejuk, suasana di luar persekitarannya sejuk seolah2 suasana dalam bilik berpenghawa dingin.

Di pekan Brinchang pula, malamnya meriah dengan ‘foodtrucks’ di kawasan berdekatan bangunan Polis/PDRM Cameron Highlands.Menu kambing bakar dan jagung bakar di sapu krim planta menjadi juadah lazat untuk dinikmati.



Mengunjungi Taman AgroTeknologi MARDI menjadi keseronokan buat sang isteri.Dipenuhi ladang2 bunga2an,buah2an strawberry dan pokok2 hiasan menjadikan masa beberapa jam terasa hanya seketika.

Akhirnya, singgah di Rose Valey sebelum turun untuk pulang.Isteri sempat membeli 4-5 pohon/pokok ros hidup Cameron Highlands yang menjadi idamannya.


Saya dan anak cuma teringin membeli t shirt sebagai cenderahati, boleh juga dipakai sehari-hari.Begitulah lumrah lelaki dan perempuan, berlainan kesukaan tapi disatukan.Indahnya ketentuan Ilahi.


Ok.Cukuplah buat masa ini.

Ini saja kisah saya yang sempat dinukilkan di blog picisan saya ini.

Ada kesempatan kita bertemu lagi di lain entry.

Ingatlah, ‘SANTAI KITA,CARA KITA’.

Bina dan carilah kecenderungan diri kita/keluarga kita bagaimana caranya kita dapat menggembirakan diri dan keluarga kita.Atas usaha kita sendiri.Biarpun bajet kecil itu bukan persoalannya.

Terima kasih membaca blog saya dan kisah saya.

Saya begitu menghargainya.

Sekian.

Tiada ulasan: