alriana5604@gmail.com - AL The One
Rakan2 & pengunjung2 blog saya yang diingati,
Salam sejahtera semua,
Cerita majlis pernikahan di antara anak saudara saya (lelaki),di Kelantan dan pertemuan jodoh dengan pasangannya di Seberang Prai,Penang menjadi topic coretan saya kali ini.
Tiada yang terlalu istimewa untuk dimaklumkan, namun perjalanan berkenderaan sendiri pergi balik dari Kelantan-Penang-Kelantan sangat2 mengujakan saya, walaupun agak kepenatan dalam pemanduan destinasi jauh.
Pada 01 dan 02 Disember 2018 saya berada di Penang, secara spesifiknya di Tanah Besar Penang, bukannya di sebelah pulau sana.Iaitu di kawasan Seberang Prai.
Seronok? Ya, memang seronok.
2-3 kali saya pernah ke Penang hanya menjengah dan mengunjungi kawasan pulaunya sahaja.Kali ini tidak menyeberang jambatan Penang pun.Hanya menghabiskan masa di Tanah Besar Penang.
Mesti rasa kelainannya bagi orang yang belum pernah ke sini seperti saya.
Jadinya, sambil menyelam minum air, saya dan ahli keluarga yang lain mengambil kesempatan bersiar2 dan mencari2 lokasi yang kami boleh kunjungi.Maklumlah sekarang ini musim cuti sekolah, sambil2 menghadiri majlis kenduri perkahwinan,kami pun berjalan2 lah ke tempat2 tarikan yang ada di Tanah Besar Penang ini atau pun berdekatan dengannya.
Hashtag saya buat di antara lokasi2 yang saya kunjungi ialah :
1.#TamanRekreasi AirPanasUluLegong / #LegongHotSpring /#BalingKedah
2.#TanjungDawai / #PasarTanjungDawai / #MeeUdangTanjungDawai /#KualaMudaKedah
Ini pula lokasi dalam perjalanan Kelantan-Penang-Kelantan.
1.#HentianRoyalBelum / #GrikPerak
2.#TasikBanding/#GrikPerak
Apa?
Tiada satu pun tarikan di Tanah Besar Penang yang kami jumpa?
Semua di atas saya taip tu, lokasinya di negeri Kedah dan Perak tu.
Haha…
Ya, kami cuma bermalam di Homestay Villa Maju di Padang Serai,Penang.Kemudiannya kami banyak menghabiskan masa di negeri Kedah sebab ianya berdekatan dengan kawasan Padang Serai ini.
Bagi saya tempat2 yang saya kunjungi ini (melainkan Pasar Tanjung Dawai) memang ‘cool’,tenang dan seronok untuk bergembira bersama keluarga di waktu musim cuti sekolah.
Menaiki bot di Jeti Tanjung Dawai, bersiar2 membeli belah barangan hasil laut di Pasar Tanjung Dawai memang menyeronokkan.Kemudian dapat pula menikmati Mee Udang Tanjung Dawai yang sangat enak.Walaupun mahal,RM16 sepinggan,amat berbaloi kerana Mee nya sedap beserta 5-6 ekor udang saiz besar dinikmati sangat puas dapat meratah hasil laut yang segar ini.
Menghabiskan masa mandi manda dan berendam di Hot Spring Ulu Legong memang rasa sungguh tenteram.Air hangatnya yang menyegarkan tubuh badan kita.
Menikmati panorama alam semulajadi dan keindahan tasik di Hentian Royal Belum bersebelahan Tasik Banding sangatlah mendamaikan perasaan.
Jadinya,Meraikan Raja Sehari Kelantan-Penang ini setidak2nya memberi manafaat kepada saya untuk sampai ke destinasi menarik yang belum pernah saya kunjungi.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Saya akhiri coretan ini dengan serangkap pantun :
‘’Tanam pinang rapat2,
Supaya senang puyuh berlari,
Kelantan-Penang jodoh tersurat,
Dirahmati Allah setiap hari’’
Selamat pengantin baru untuk anak saudara,ZulKamal Afif dan pasangannya Nurain.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Ok, jumpa lagi di lain masa.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan