Iklan Nuffnang

Cerita Santai Kami 2H1M di FELDA Residence Tekam Resort

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam Online,

Rakan2 Bloggers & Pengunjung2 blog saya yang dihargai,

Saya suka kongsikan di sini cerita saya bersama keluarga kecil saya bersantai 2H1M di FELDA Residence Tekam Resort yang terletak di kawasan Sungai Tekam, di negeri Pahang iaitu Resort yang berkonsepkan 2 dalam 1, ia berfungsi juga sebagai Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) dan juga sebagai Resort Percutian dalam kawasan hijau/kawasan dusun pertanian.Untuk makluman,Resort ini dimiliki oleh FELDA.




Kami pergi selama 2 Hari 1 Malam (2H1M) pada 26 Disember 2017/hari Selasa iaitu sehari selepas cuti Hari Christmas bagi tahun 2017.
Sebenarnya, lama juga kami tidak pergi berehat2 dan bersantai/bercuti secara bajet setelah kali terakhir kami pergi ke Port Dickson (PD) pada bulan Ogos 2017 yang lepas.Itu pun pergi ke PD, kerana ada rezeki dapat tajaan percuma penginapan di Lexis Hibiscus.

FELDA Residence Tekam Resort (FRT) ini, saya berikan ‘abbreviation’ nya sebagai FRT sahaja, ya.Ini untuk memudahkan saya menaip.
Sebenarnya, ramai sudah yang pernah pergi mengunjungi dan menginap di FRT ini dan ada yang buat review positif dan ada yang negatif.

Mari kita baca review saya pula.

OK, pertama sekali ia memang dikira berada di lokasi ‘remote area’ atau terletak di kawasan agak pedalaman.

FELDA sebenarnya banyak asset seperti Resort2 atau pun tempat2 penginapan kategori tempat peranginan dan percutian seperti ini.Ada resort2nya yang lain terletak di Trolak dan Sungkai, Perak, ada di Melaka, ada di Mersing dan juga di Felda Tekam,Pahang, ini.

Secara peribadinya, FRT ini ialah lokasi sunyi tapi tak sepi.Hahaha…



Nota : Abaikan gambar2 saya bersama Zarif yang melompat terkinja2 ini, OK...hihihi...

Maksudnya, ia berada di kawasan yang jauh dari kebisingan dan hiruk pikuk (ya ke penggunaan perkataan ini?) atau pun jauh dari hingar bingar bunyi kesibukan arus kehidupan bandar/kota.Maklumlah, FRT ini keadaannya terletak di kawasan berdekatan Segitiga Jengka, Pahang yang dipenuhi oleh pokok2 kelapa sawit yang menghijau.Memang ia berada di kawasan dusun buah2an, iya lah kan, kawasan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), mestilah berada di kawasan pertanian.

Mari kita lihat gambar2 yang sempat saya ambil dan diabadikan sebagai kenangan saya.

Sebenarnya saya suka mencoretkan kenangan di blog peribadi saya ini.
Ia untuk kenang-kenangan jika umur diizinkan oleh Allah hingga ke usia tua.
Bolehlah dilihat kembali, dikenang kembali dan ditunjukkan kepada anak-anak dan cucu-cucu, sekadar sebagai cerita-ceriti di hari tua atau setelah bersara.

Selain itu, segala isi kandungan yang berfaedah dari blog saya ini juga saya izinkan dibaca, digunakan dan dijadikan panduan oleh anda semua.

Jom cekidaut (check it out), apa benda lah agaknya tarikan2 yang ada di FRT ini ya, mari kita lihat :

1.Chalet ala Rumah FELDA.
Chalet2 nya biasa saja,tidak lah menarik pun jika dilihat.Maklumlah 1-2 bintang saja kategorinya.Namun bila dilihat di bahagian dalamnya, persis hotel di bandar2, jangan cepat ‘under estimate’, Ok ! Jangan menilai luarannya sahaja, ya.Di dalamnya ada 1 katil dan 1 tilam king size dan ada 2 katil dan 2 tilam single.Maksudnya, jika anda bawa 4-5 orang dewasa masih boleh tidur dengan selesa tanpa perlu minta tilam extra.Berbaloi, kan?






2.Kawasan Resort Yang Luas
Saya menginap di Chalet 21 (C21).Terlebih dulu, penginap perlu check ini di pejabat utama/lobby resort di bangunan utamanya yang terletak bercantum sekali dengan Cafetaria nya, Tekam Café.Ada 2 tingkat, tingkat bawah ialah lobby , tingkat 1 ialah Cafetaria.Kemudian, akan diberikan peta ringkas untuk mencari jalan ke Chalet yang kita menginap tersebut,maknanya, perlu juga berkenderaan sendiri menyusuri lorong ke lorong mencari sendiri di mana unit resort yang kita bakal inap selepas itu.Tapi, tidaklah sesukar mana pun, sebab boleh rujuk peta yang diberikan.Kan kawasan ini ialah Pusat Penyelidikan Pertanian, mestilah luas,terletak pula dalam kawasan ada dusun2 buah2an lagi.



3.Tempat Makan
Terpulang kepada anda, suka menjamu selera di gerai kah atau restoran? Jika mahu di Restoran, ada Café iaitu Garden Café yang berkonsepkan Restoran yang menyediakan makanan masakan panas dan juga makanan segera seperti burger, hotdog, french fries dan lain2.Jika mahu makan di gerai, perlu pergi jauh sedikit mencari gerai2 yang dibuka di persimpangan mula2 masuk ke resort ini, agak jauh juga lah.Bagi sarapan pagi (compliment breakfast) diberikan percuma untuk 4 orang dewasa dan boleh menikmati sarapan pagi di Tekam Café, iaitu di Tingkat 2, di bangunan lobi utama.



4.Persekitaran & Tarikan
Semestinya lah kawasan yang menghijau,kawasan dusun2 buah2an,sayangnya saya berkunjung ke sini, belum masuk musim buah2an mengeluarkan hasil,nasib saya kurang baik.Sekiranya sudah masuk musim buah2an, ramai orang menjual bermacam buah2an di gerai2 buah2an di kawasan ini.
Selain itu,tarikan lain ialah tempat bersukan, disediakan padang golf yang terletak agak jauh/ke dalam sedikit.Kemudian ada gelanggang tenis,ada padang bolasepak, dan juga gelanggang sepak takraw.

Ada juga hiasan air terjun buatan yang benar2 mengalir airnya sebagai mercutanda kawasan ini.Di sini lah bagi pengunjung luar yang pertama kali seperti saya ini mengabadikan gambar kenangan.Cantik juga bila melihat ‘props’ yang dibina untuk air terjun ini,rasa tenang dan damai sekali,siap ada laluan jalan kaki berhadapan air terjun untuk pengunjung mengambil gambar.



5.Ada Kemudahan Mengisi Bahan Api
Hahaha,sorry ini bukanlah tarikan ya.Saya cuma masukkan sebagai makluman saja.Sekiranya kekurangan bahan api bagi pemilik2 kenderaan di sini, berdekatan dengan kedai D’Mart (mini market) di sini terdapat satu mini station untuk mengisi petrol iaitu BHP Station.

6.Kolam Renang
Ia terletak berdekatan lobi utama, iaitu bersebelahan sahaja dipisahkan kawasan parking kenderaan.Biasa lah, ada 2 kawasan untuk berenang dan bermandi manda di kolam renang, iaitu untuk orang dewasa dan juga kanak2.Kolamnya agak luas, bersih dan cantik juga, ada hiasan air terjun buatan juga di sini dan boleh bermandi manda di bawah air terjun ini.Zarif, anak saya, dengan begitu riang gembira sekali begitu teruja bermain air di kolam dan juga bermain gelongsor yang disediakan di sini,khusus untuk kanak2 sahaja.




7.Tarikan Ekspedisi ke Gua dan Gunung
Bolehlah dikatakan sebenarnya ia adalah produk pelancongan utama bagi resort ini.Bagi yang berminat meninjau, mengunjungi dan juga menjelajah ke gua2 misteri, gua2 sejarah,mendaki gunung bolehlah mendapatkan info2 di sini dan merasai akan pengalamannya.Kalau tidak salah saya,ia adalah di kawasan Gua Gelanggi dan juga kawasan Gunung Senyum.Untuk pengetahuan anda,ketika remaja dulu2, saya pernah menyertai aktiviti berkumpulan Pengakap di sekolah dan pernah mendaki Gunung Senyum dan juga menerokai gua2 di situ.Pengalaman itu masih saya ingat lagi hingga kini dan ianya begitu berharga buat diri saya.Namun kunjungan saya kini,bersama anak dan isteri sudah tentulah saya tidak menyertai aktiviti lasak2 begini.

Saya anggap tarikan sebenar ini untuk mereka yang suka menjelajah dan sukakan aktiviti mencabar.Biasanya, pengunjung luar negara sukakan aktiviti menerokai gua2 sejarah dan juga mendaki gunung-ganang.Namun ada juga pengunjung tempatan yang menyukai aktiviti seperti itu.



TOLONG IKLAN

Kali ini, untuk Jalan2 2H1M ke FRT ini, saya membuat tempahan terus kepada kakitangan/staf FRT yang bertugas di sana, saya memperolehi contact beliau ini melalui perbualan telefon.
No. telefon Felda Residence Tekam (FRT) : +609 4718 300 atau boleh juga Whatsapp kepada
Ms. Yuni/Mayuni : 017 953 1778
Kepada anda yang mahu membuat tempahan penginapan di FRT bolehlah menghubungi Ms Yuni di nombor2 talian diberikan,Ok.

KONSEP PERCUTIAN SAYA


Bagi saya, lokasi tarikan menjadi faktor utama untuk melancong.Khususnya tarikan-tarikan tersebut saya masih belum mengunjunginya, atau pun sudah lama tidak mengunjunginya.
Manakala faktor makanan, penginapan dan peruntukan wang untuk membeli belah bagi saya bukanlah keutamaan.Makanan bagi saya asal rasa sedap, harga berpatutan dan mengenyangkan, sudah OK bagi saya.Penginapan juga begitu, asalkan penginapannya bersih, agak selesa dan harga berpatutan sudah memadai.Bagi aktiviti membeli belah, asalkan ada sedikit sebanyak ole-ole dan buah tangan yang dibeli, itu pun sudah dikira bagus.

Bagi Jalan2 2H1M ke FRT ini, saya tidaklah begitu memperincikan sangat akan keperluan menjelajah (explore) ke kawasan tarikan2 di sini.Sebabnya fokus saya cuma ingin berehat2/bersantai dan meluangkan masa bersama anak dan isteri saja, khususnya ketika masih lagi berada di penghujung cuti persekolahan bagi tahun 2017.

Sesekali menginap di resort di kawasan hijau/dusun seperti ini memang rasa tenteram jiwa.Maklumlah kebiasaannya jika pergi bercuti asyik ke kawasan bandar dan kawasan yang sibuk saja.Sesekali saya fikir perlulah berubah citarasa dan merasai pula penginapan di kawasan luar bandar.

Barulah boleh mendapat pengalaman yang pelbagai,kan?

PENUTUP CERITA

Bolehlah dikira jarang2 sekali saya akan memenuhi juga keinginan anak untuk berhibur dan bermalam di mana2 resort/hotel yang saya fikirkan mampu untuk di inap.Selain itu ianya juga sebagai terapi kepada saya sendiri untuk berehat sekejap dan melupakan sebentar permasalahan kerja dan tugasan.Bagi saya, tidak kisah dengan jenis penginapan yang dipilih, yang penting adalah :

1.Ianya bersih, resort atau hotel penginapan yang bersih kawasannya dan luaran serta dalamannya.
2.Mampu dari segi kewangan untuk kos inapnya,janganlah terlalu mahal.Lebih baik lagi jika harganya sederhana sahaja, dalam anggaran semalaman menginap,RM500 ke bawah pun, sudah cukup baik pada saya.Jika dapat rezeki menginap di hotel mahal atas tajaan (sponsor) tidak mengapa lah.
3.Terdapat cukup fasiliti untuk keluarga dan juga ada kemudahan memilih tempat2 menjamu selera.


TAGLINE TRAVELOG SAYA

Seperti selalu dalam entri blog saya (jika postingnya bertemakan pelancongan) yang lepas, saya ulang semula Tagline travelog saya, iaitu :
‘Santai kita, cara kita’
Maksudnya, usah peduli kata orang dan jangan cuba meniru gaya orang lain bercuti dan melancong.Usahakan dan bina cara kita sendiri, kecenderungan kita sendiri dan kemampuan kita sendiri.

Jika kita ada bajet yang kecil dan agak terhad,pergilah melancong dekat2 dan dalam negara sahaja, jika ada rezeki lebih dan melimpah ruah, barulah kita usahakan untuk terokai dunia.

Hidup ini adalah satu perjalanan, oleh itu sentiasalah kita berjalan dan menerokai ruang2/tempat2 baru yang masih belum kita kunjungi dengan niat melihat kecantikan dan juga keindahan yang diciptakan oleh Yang Maha Esa. Moga2 kita termasuk di kalangan hamba2NYA yang bersyukur.


So, last but not least, hargailah masa berkualiti bersama keluarga kita.
Sentiasalah menggembirakan mereka sekadar termampu oleh kita.


Kita tidak perlu menunggu adanya jutaan ringgit barulah bercita2 pergi ke sana sini untuk melancong.Dengan cara kita, dengan bajet kita, dengan cara kita berbelanja secara berhemah ketika melancong juga menjadikan kita mampu untuk bercuti bersama keluarga.

Jom melancong bersama keluarga!

Tiada ulasan: