Iklan Nuffnang

Cerita Santai Percuma 2H1M Di Lexis Hibiscus PD

alriana5604@gmail.com - AL The One


Hai,

Assalam & Salam sejahtera,

Apa khabar pengunjung2 blog saya yang dihargai sekalian ?

Firstly, saya awal2 beritahu ini bukanlah kategori percutian/santai yang boleh dikelaskan penginapannya sebagai penginapan bajet.Sebabnya penginapan saya ini ditaja percuma oleh pihak Penganjur Peraduan di majalah yang saya menangi, sebagai pemenang Hadiah Utama (Grand Prize) nya.


Namun begitu, saya masih memasukkan kisah Santai Percuma ini di blog saya dengan tujuan sebagai kenangan saya dan juga untuk perkongsian bersama dengan mana2 pihak yang sudi membaca posting di blog saya.

Untuk makluman anda, ini adalah kali ketiga saya telah memenangi penginapan percuma 2H1M di hotel, iaitu yang pertama ialah di Hotel Ritz Garden di Ipoh, yang kedua ialah di Aloft Hotel, KL Sentral dan Lexis Hibiscus ini adalah yang ketiga.

Untuk kisah2 sebelum ini sila klik di link ini :

Ritz Garden Hotel, Ipoh

Aloft Hotel, KL Sentral

OK, berbalik semula kepada cerita santai di Lexis Hibiscus.

Saya pergi ke Lexis Hibiscus PD ini pada 26-27 Ogos 2017 / Sabtu-Ahad, iaitu hanya 2H1M sahaja.

PD ialah singkatan untuk Port Dickson, Ok.


Sejujurnya, saya boleh kongsikan di sini, memang tempat ini bukanlah untuk golongan mereka yang berpendapatan sederhana seperti saya ini, apatah lagi bagi mana2 orang yang berpendapatan rendah.

Ya lah kan, bukanlah semua perkhidmatan di sini seperti layanan di istana raja, tetapi lebih lah sedikit berbanding layanan di hotel atau resort yang cuma berkelas 1,2,dan 3 bintang.

Resort di tepian pantai Port Dickson ini merupakan resort berkelas 5 bintang yang mendapat Anugerah Guiness World of Record.Jika mahu tahu lebih lanjut, sila buat carian Google untuk kategori rekod dunia apa yang dianugerahkan kepada Resort ini, ya.

Senang cerita, ia menjanjikan suasana yang sungguh indah, selesa,mewah dan juga mempunyai layanan/perkhidmatan pelanggan yang cukup baik sekali.

Melihat iklannya sahaja di majalah2 dan juga di papan2 tanda menyerlahkan lagi bahawa lokasi ini memang mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Sekadar mengambil/melihat gambar di website nya juga sudah cukup menterjemahkan bahawa harga jenis2 bilik penginapannya membuatkan kita berfikir panjang untuk menginap di sini.

Mungkin bagi anda yang berpendapatan tinggi, menginap semalaman di tempat ini yang berharga RM899 semalam, adalah amat biasa dan nilainya kecil, tapi tidak bagi saya dan segelintir orang.

Saya akui, jika bukanlah diberikan hadiah menginap percuma di sini, belum tentu saya ingin menghabiskan RM899 untuk bermalam di sini.Lebih baik saya menginap di hotel/resort lain di PD ini dan dengan jumlah yang sama, saya dapat menginap 2-3 malam.



OK lah, sebagai perkongsian seterusnya, saya catatkan nukilan perjalanan dan aktiviti singkat saya di Lexis Hibiscus PD dan persekitaran PD yang sempat saya kunjungi dalam tempoh singkat 2H1M ini.

1.Mengunjungi Alive Art Gallery & 3D
Seronok lah juga melayani anak & isteri berkunjung ke sini.Berbagai lukisan 3D dan seni lukisan dinding menjadikan ia seolah2 seperti hidup apabila digayakan (posing) ketika mengambil gambar2 kenangan di sini.Zarif memang amat sporting dan ceria saja sepanjang berada di sini.

Tiket untuk dewasa : RM20 seorang.
Tiket untuk kanak2 : RM15 seorang.

Lokasi ini berdekatan dengan Cowboy House/Town yang di dalamnya ada tarikan permainan ‘games’ / arcade.





2.Mengunjungi Ostrich Farm PD
Tarikan di sini sudah tentulah burung unta (ostrich).Namun begitu ada juga haiwan lain seperti unta,lembu, kambing,keldai,itik dan angsa,arnab,guinea pig dan juga burung2.

Hampir kesemua haiwan diletakkan dalam kandang, yang dibenarkan ‘free feeding’ (diberikan makanan oleh pengunjung), salah satunya ialah seekor burung unta yang jinak, iaitu diberikan namanya Puteri.Puteri boleh disentuh,diberikan makanan dari tapak tangan kita dan berdiri memegang lehernya untuk bergambar.

Seronok juga berkunjung ke sini walaupun tempat2 begini baunya tidak menyenangkan deria hidung kita.

Motif saya kesini adalah untuk mengenalkan jenis2 haiwan kepada Zarif agar dia mendapat ilmu baru melalui pengalaman dia sendiri melihat haiwan2 tersebut dan bolehlah dia rancak bercerita kepada ‘teacher’ di sekolah tadika nya nanti dan rakan2 tadika nya.Hahaha….

Tiket untuk dewasa : RM15 seorang.
Tiket untuk kanak2 : RM10 seorang.








3.Tempat Menjamu Selera Kami di PD
Kami sempat 2 kali menjamu selera di bandar PD iaitu jalan menghala ke Teluk Kemang.Untuk makan tengahari,kami nikmati masakan Thai di Fazlie Tomyam, tidak jauh dengan lokasi Ostrich Farm PD.Di sini tidak menjadi pelik, walaupun kedai/restoran Tom Yam, namun masakan panas dan masakan Thai memang ada disediakan dan boleh order walaupun pada siang hari waktu ‘lunch’.Tidak perlu lah tunggu di malam hari baru masakan tersebut boleh order, seperti di sesetengah kawasan di KL dan Selangor yang mana restoran TomYam kebiasaannya dibuka untuk masakan Thai hanyalah di sebelah malam sehingga ke pagi dinihari.

Kos makan bertiga juga berpatutan, lebih kurang RM30 sahaja, sebab kami cuma order ,dua mangkuk sup, nasi putih,sayur,somtham dan juga air minuman.


Manakala, bagi ‘dinner’ atau makan malam pula kami nikmati di Restoran Hidayah yang terkenal sebagai Restoran Hidayah Ikan Bakar.Tapi kami tidak makan ikan bakar, kami order set hidangan khas yang mengandungi ikan siakap dimasak 3 rasa.Sedap masakannya, siap disediakan tempat makan boleh duduk bersila.Dalam set hidangan yang kami pesan itu juga selain ada seekor ikan siakap dimasak 3 rasa yang saiznya sederhana besar,ada juga tomyam,daging masak merah,sayur,telur dadar,sotong goreng celup tepung,sambal, 2 gelas besar minuman buah2an dan juga nasi.Harga hidangan set hidangan ini cuma RM61 sahaja.

Selain itu, bagi sarapan pagi keesokannya, kami menikmati makanan yang disediakan di tempat penginapan di Café Roselle, di Lexis Hibiscus PD.Makanan sarapannya memang banyak pilihan, tidak larat untuk memilih, lagipun makan sarapan biasanya tidaklah terlalu banyak, sekadar makan untuk mengalas perut sahaja.

4.Bilik Resort Penginapan di Lexis Hibiscus
OK, sekarang saya kongsikan pula persekitaran khusus untuk Lexis Hibiscus PD ini di dalam kawasan resort nya sahaja, ya.

Hibiscus?

Ya ia bermaksud Bunga Raya.Jadi bentuk resort di atas air tepian pantai PD ini jika dilihat dari atas udara (‘bird eye watching’), ia memang berbentuk seperti bunga kebangsaan Malaysia, iaitu bunga raya.


Tidak lah jadi pelik atau misteri sangat kan, berkenaan kenapa dinamakan Hibiscus tu ?

Cuma yang istimewanya sebab ianya cantik,indah, tersusun dan pemandangannya amat selesa dipandang.Saya bersama keluarga diberikan bilik bernombor 348 Premium Pool Villa di kelopak luar (petal) yang ke 5.

Bermakna jika kita ‘imagine’ bunga raya itu ada 5 kelopak (petal), bilik kami berada di kedudukan kelopak ke-5 menghadap ke luar, maksudnya bukan ke dalam (menghala ke lobby resort).Jadi sangat indah pemandangannya dapat melihat jujukan/jajaran bilik2 lain yang berada di ‘tangkai’ bunga raya tersebut.





Kalau dapat bilik di jujukan tangkai itu adalah lebih bagus dan lebih jauh di penghujung sana.Sangat2 privasi, pemandangan lautan terbentang luas, sejuk, nyaman dan lebih romantik lagi jika bersama pasangan tersayang.

Jauh?

Ya, memang jauh jaraknya dari lobby resort.Tapi jangan risau, kan ini resort mewah.

Di Lexis Hibiscus ini, ada disediakan perkhidmatan ‘buggy car’ percuma.Alahai, ‘buggy car’ macam kenderaan orang main golf tu, nak berjalan2 dan bawa barangan golf mereka.Ia seperti bas/coaster yang agak kecil boleh memuatkan dalam 12-15 orang sekali perjalanan.Di set telefon bilik resort juga ada ‘button’ khas untuk ditekan jika kita perlukan buggy car untuk pergi ke mana2 dalam kawasan berhampiran bilik dan juga lobby resort.Siap ada kawasan terminal/station menunggu buggy car lagi disediakan di sebilangan kawasan di sini.


Seronoklah juga, sebab kami berada di bilik yang agak jauh, puas lah dapat menaiki buggy car ini, dalam beberapa minit juga lah.Hahaha…anak saya Zarif lah memang excited dan happy jer dia.

5.Suasana Bilik Premium Pool Villa

Cukuplah gambar2 ini memberikan kefahaman.Bagi saya ianya selesa, agak mewah, santai,privasi dan juga sangat mencukupi dari segi kemudahan.Sekecil2 keperluan pelanggan di bilik resort ini hinggalah kepada keperluan yang besar disediakan.Minuman tin ber gas dan tidak ber gas (carbonated drinks), di tambah ‘top up’ oleh pelayan, khusus dihantar ke bilik penginapan kita.Sedangkan di freezer, minuman masih banyak.Kudap2an, muruku, biskut juga dihantar khas ke bilik kita.

Dua katil bertilam tebal dan selesa bersaiz besar, dua sofa fabrik lembut diletakkan sebagai tempat berehat.
Bilik sauna peribadi disediakan bersebelahan kolam renang peribadi iaitu terletak di bahagian pintu belakang bilik resort ini.Buka saja pintu belakang, sudah boleh terjun ke kolam jika mahu mandi di kolam renang dan melayani anak2 yang suka berendam di kolam renang.Sedikit ruang lantai bercermin tembus lihat/transparent disediakan dapatlah melihat kekeruhan air laut PD, hahaha…sepatutnya jika air jernih, penginap dapat lihat ikan2 berenang2 dari bilik penginapan apabila melihat ke bawah.


TV besar Toshiba LED screen disediakan menghadap dua katil besar tadi, dengan sajian filem2 menarik terbaru mengikut ‘genre’ dikehendaki, iaitu genre aksi, komedi,seram, cinta, pengembaraan, kartun dan lain2, seumpama menonton wayang jadinya dan boleh memilih filem apa yang disukai.

Bilik air, tandas, bilik mandi, bilik sauna yang bersih lantai jubinnya seolah2 seperti resort ini sentiasa baru dibina dan baru siap dalam beberapa minggu sahaja.Sedangkan resort ini dikira sudah beroperasi beberapa tahun juga lamanya.

Ini yang saya suka.Paling saya suka.Saya jenis yang ‘hygienic’ atau ‘Pembersih’ dan amat suka persekitaran yang bersih.Masuk saja bilik penginapan di mana2 hotel mesti saya ‘check’ lantai, bilik mandi dan juga bilik air.Jika lulus kebersihannya dalam anggaran 90-100% tahap kebersihan, saya memang sangat gembira menghabiskan masa percutian dan menginap di situ.


6.Hibiscus Walk

Ini adalah lokasi tempat bersiar2 dan laluan ke pinggir pantai yang dibina pihak resort ini.Seronok juga lah dapat berjalan2 dan bersiar2 di sini.Bermacam2 aktiviti air boleh dibuat di sini dan disediakan oleh pihak resort.Anda bayar sahajalah harganya.Contohnya aktiviti PD Cruise, Fish Feeding,Banana Boat,Jet Ski dan juga aktiviti berkayak (canoeing).



Manakala aktiviti bukan berasaskan air, iaitu untuk ruang kering pula ialah menunggang Segway,memanah, menunggang basikal,menunggang kenderaan dua roda bulat yang besar di luarnya (pelik kenderaan ini, saya lupa namanya), macam kenderaan sarkis jer, hahaha….

Aktiviti luar yang bukan berasaskan air dan dikira sebagai aktiviti eksklusif/mewah ialah sewaan menaiki helicopter, kalau tidak salah saya dikenakan bayaran RM200 seorang untuk tempoh 45 minit-1 jam.


Memang seronok dapat melihat pemandangan Lexis Hibiscus ini dari atas udara.Kalau nak cuba sesekali pengalaman menaiki helicopter dan sanggup menghabiskan beberapa ratus RM boleh lah.

7.Kids World
Terletak di tingkat dua, bangunan utama pengurusan resort, bayaran kemasukan seorang kanak2 ialah RM20 seorang.Biasalah, ia cuma taman ‘indoor’ untuk kanak2 bermain dan berhibur.Sengaja saya membenarkan Zarif masuk untuk menggembirakannya.Bukannya selalu saya benarkan dia bermain di ‘indoor playground park’ begini.


8.Lounge, Karaoke & Gymnasium
Lokasi2 ini oleh kerana bukannya mesra kanak2 dan terdapat unsur2 lalai/hiburan lebih kepada keseronokan untuk orang dewasa, jadi saya tidak mengajak anak dan isteri untuk mengunjungi tempat2 ini.Harap faham2 lah ya, ini bukannya percutian orang Bujang, hahaha…

Tapi gymnasium itu, saya benar2 kesuntukan masa dan tidak berkesempatan untuk mencuba bersenam di gym Lexis Hibiscus ini.Saya memang suka bersenam di gym bersama keluarga, tapi tidaklah kerap sangat.

Inilah sahaja antara aktiviti2 saya bersama keluarga kecil saya lakukan ketika menginap di Lexis Hibiscus PD.Setakat 2H1M sememangnya kami tidak boleh untuk melakukan banyak aktiviti kerana masa yang sangat terhad.Namun saya kira sudah dapat dimanfaatkan masa itu dengan sebaik mungkin sekadar yang termampu.

Last but not least, hargai masa kita bersama keluarga dengan membuatkan mereka gembira di samping kita.

Ingat ‘tagline blog’ saya iaitu ‘Santai kita, cara kita’.

Kita tak perlu mempunyai harta dan wang ringgit yang berjuta2 jika untuk menggembirakan hidup kita dan keluarga kita.Dengan bajet dan perancangan kita, cara kita berbelanja, rezeki yang kita perolehi, memang boleh sesekali kita pergi melancong dan berseronok bersama keluarga kita.Jika dengan bajet yang kecil, kita usahakan cara melancong dengan belanja yang kecil dan lebih menjimatkan.



Hargailah diri kita dan keluarga kita dan jadikan aktiviti pelancongan sebagai sebahagian dari cara kita untuk mengeratkan hubungan dan kasih sayang di antara kita.Semoga hidup kita lebih gembira dan bertambah2 lagi rezeki yang kita perolehi.

Mudah2an.Amin…

Sekian.

Tiada ulasan: