Iklan Nuffnang

Rumah Bugis

alriana5604@gmail.com - AL The One


Hai pals,

Anda tahu Rumah Bugis?

Hahaha….jangan tak tahu, PM kita Dato Sri Najib, keturunan Pahlawan Bugis tahu tak?

Beliau sendiri mengaku suatu waktu dahulu.


OK, sebenarnya sesaja nak kongsikan, kunjungan saya ke Rumah Bugis di Shah Alam.

Apa istimewanya Rumah Bugis ini?

Ia bercirikan seni rekaan masyarakat Bugis lah, apa lagi.

Keadaan rumahnya, diperbuat dari kayu yang bagus, entah kayu Merbau entah kayu Jati, saya pun tak pasti jenis kayunya.

Tapi ruang dalamannya cukup selesa lah jika difikirkan keadaan keluarga Bugis yang tinggal di situ pada zaman lampau.


Ada ruang serambi/verandah selepas menaiki tangga di pintu masuk yang tangganya agak tinggi juga lah.Di serambi terdapat beberapa tingkap/jendela tempat aliran udara dan sangat selesa ketika bersantai dan bersembang.Serambinya berbentuk memanjang ke belakang.

Kemudian, adanya ruang tamu yang melebar ke kanan, iaitu pintu masuk yang menghubungkan serambi tadi dengan ruang tamu.



Di ruang tamu ada 2 tingkap/jendela jenis dedaun juga terdapat satu pintu besar pada fikiran saya untuk ke pinggir/tepi rumah.Mudah lah jika penghuninya mahu keluar dari tepi rumah melalui ruang tamu.



Manakala dari sudut hujung ruang tamu berdekatan pintu besar pula ada akses/laluan ke dapur.Di sinilah suri-suri dahulukala, para isteri-isteri masyarakat Bugis memasak, mengemaskan dapur,menjadikan ruang ini eksklusif untuk kaum Hawa sahaja.

Satu perkara lagi, jangan pelik ya.Ada satu tangga agak tinggi dimuatkan di ruang dapur sebagai akses ke tingkat loteng (kiranya mcam tingkat mezzanine lah ni).Ia dibina bertujuan untuk menyembunyikan ‘anak2 dara’ masyarakat Bugis di saat datangnya rombongan merisik atau meminang.Bila sudah diizinkan oleh ibubapa, barulah anak2 dara boleh turun dari loteng tersebut dan berkenalan serba sedikit dengan bakal pasangan/suami mereka.


Haa…sungguh unik kan Rumah Bugis ini ?

Pergi lah kunjunginya di bersebelahan Muzium Shah Alam sahaja.Dekat jugalah.Nampak macam rumah kampung tu, pergilah naik, memang diletakkan di situ untuk dikunjungi oleh orang ramai.

Sesaja nak kenal dan explore dalaman rumahnya dan bergambar bersama keluarga pun dibenarkan.
Tiada caj/tiket dikenakan, tapi janganlah melampau lamanya berkunjung ke situ.Dalam 15 minit ke setengah jam sudah cukup.Perlu diingatkan juga,jagalah adab dan kebersihan di situ.Selain itu,jangan melompat2 pulak, walaupun kayu binaannya kukuh, tapi terasa juga gegarannya bila naik beramai2 di dalam rumah tersebut.

Ok?

Anda keturunan Bugis kah ?

Anda memang keturunan Pendekar/Pahlawan yang handal.

Ayuh, kunjungi lah Rumah Bugis ini.


Hargai sejarah, sambil kita bayangkan / imaginasikan pada suatu waktu dahulu,Rumah Bugis yang sebegitu kukuh,cantik rekabentuknya,selesa ruang dalamannya dan ada pula ‘binaan loteng’ di dalamnya.

Kan ianya begitu mengagumkan kita?

Dengan tiada sumber lain, hanya binaan dari kayu dan tiada bantuan teknologi yang hebat seperti di zaman ini,masyarakat Bugis pada masa itu mampu membina sebuah Rumah Bugis bagi kediaman setiap dari keluarga dan anak2 mereka.

Salute.

#Rumahbugishebatdancantik.

Sekian.

1 ulasan:

Lima berkata...

Ni terang2 senibina melayu..tpi yg duduk org bugis..haddoi la..