Iklan Nuffnang

TM Mass Market Convention 2017 @ JB

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Assalam & Salam sejahtera,

Apa khabar pengunjung2 blog saya yg dihargai?

Untuk entry blog saya kali ini, saya kongsikan kisah berkaitan kerja/tugasan saya iaitu berkenaan event Mass Market Convention 2017 di Johor Bahru, Johor.

Saya atau kami bersama rakan2 sekerja yg lain menghadiri event ini selama 3 Hari 2 Malam, dari 7-9 Mac 2017 (Selasa-Khamis) dan menginap di Hotel Swiss Inn, JB.Manakala, masa event dan aktiviti banyak dihabiskan dan berlangsung di Dewan Persada JB.



Sebenarnya kami dibahagi2kan kumpulan mengikut Negeri kami.Bagi Selangor kami menginap di Swiss Inn JB.Bagi sebilangan peserta negeri2 lain, ada yang dapat menginap di Hotel Pan Pacific dan juga Hotel Thistle.

Ok, sebenarnya Mass Market Convention 2017 atau pun singkatannya MMC 2017 ini bertujuan menghimpunkan anggota2 TM yang mengendalikan segment pelanggan kategori SME & Residential (digelar pelanggan Small & Medium Enterprise atau SME) untuk bersama2 mendengar amanat dan taklimat dari pihak Top Management TM bagi menentukan halatuju syarikat untuk tahun berikutnya.Di samping itu juga ia merupakan tempat berhibur sambil mendapat informasi berguna.Juga disampaikan anugerah2 untuk negeri masing2 bagi yang dapat mencapai target jualan pada tahun yang lepas.

Pendek kata, di event MMC 2017 ini ia merupakan satu perkampungan warga TM dari Unit Mass Market bagi tujuan yang sangat penting dan berguna iaitu membicarakan hal berkenaan prestasi, halatuju,prinsip, amalan syarikat yang secara menyeluruh dan holistik.

Walau pun agak ‘berat’ bunyi halatujunya MMC 2017 ini, namun ia juga diselitkan aktiviti berbentuk kesukanan/aktiviti luar berbentuk ‘Treasure Hunt’ atau pun kami gelarkan ‘AGILE RACE’.


Anda tahu apa itu AGILE ? (Baca dalam Bahasa Inggeris, Ok, bukannya dalam Bahasa Melayu).

Nanti jadi lain macam bunyi nya dalam Bahasa Melayu. – A Gila (A GILE) pulak jadinya. Hahahaha…

Ok, sedikit secara sepintas lalu apa yang saya faham berkenaan AGILE.

AGILE ialah (sebutannya dalam Bahasa Inggeris ‘ A-JYLE ‘) ialah bermaksud sikap/amalan untuk memudahkan dalam segenap jenis urusan.

Kita juga memegang prinsip baru ke arah menjadikan perniagaan dan kehidupan menjadi lebih mudah.

Life Made Easier.
Business Made Easier.


Begitu juga diterapkan konsep GO DIGITAL.

Jadinya, AGILE menerapkan konsep2 menjadikan kehidupan pelanggan TM menjadi lebih mudah dan bercirikan kehidupan DIGITAL.

Tiada lagi permohonan mengisi borang ‘hard copy’, kami sepenuhnya GO DIGITAL dan Online.
Tiada lagi cap jari tradisional, kami gunakan THUMBPRINT SCANNER.


Analoginya secara mudah faham, begini, kami cuba memenuhi ruang lingkup kehidupan rakyat Malaysia dengan dunia gaya DIGITAL dan menjadikan hidup rakyat lebih mudah.

Bermula langganan Unifi di rumah/pejabat perniagaan, anda dapat kelajuan internet yang memberangsangkan kemudian berada di ruang2/tempat2 awam, anda dilingkupi coverage WIFI kami, kemudian apabila berada dalam kenderaan bergerak, teksi, MRT/LRT dan lain2, anda juga masih dapat mengakses internet dan bergembira dengan perkhidmatan mudah alih kami iaitu dengan liputan coverage WEBE yang tiada had.




Jadinya, sehari2an anda akan berkesinambungan mengakses network/coverage kami yang berkualiti dan tiada kesudahannya.Hidup anda mampu menjadi lebih mudah dengan hanya sentuhan hujung jari anda di peranti anda, sama ada smartphone, tablet,notebook atau pun digital PDA anda.

Cuba anda fikir untuk lakukan urusan2 ini :

Beli ticket flight ?
Beli ticket wayang ?
Order pizza delivery sampai ke pintu rumah anda ?
Beli barang/produk online dari Lazada? Zawara? Mudah.my?
Buat transfer duit, urusan Bank ? Bayar commitment bulanan? Kereta, kredit kad? Ansuran rumah, dan lain2 ?
Hantar emel ?
Top up credit handphone ?
Tempah teksi/UBER, GRABCAR ?
Bermain Games Online?
Menonton drama atau movie Online?

______________________________________________________

Macam2 lah…banyak lagi.

Semuanya ini memerlukan anda mengubah cara hidup, agar anda cuma berurusan menerusi akses internet yang laju di device anda sahaja.Tak perlu pergi ke tempat2nya yang secara bersemuka dan sudah tentu mengambil masa, tenaga dan kos.

Jadi kami mempunyai tugas berat untuk merealisasikan objektif ini agar kehidupan rakyat Malaysia akan menjadi LEBIH MUDAH dan menggunakan CARA DIGITAL.

Ok lah, stop dulu berkenaan halatuju kerja.

_______________________________________________________

Selain dari taklimat dan amanat , ada juga aktiviti berkumpulan.Contohnya Kumpulan perbincangan Design Thinking iaitu corak/gaya berfikir yang mencambahkan satu penyelesaian kerja.Memberikan solusi kepada sesuatu permasalahan.Siap didatangkan penceramah/speaker dari Brazil lagi, khusus menceritakan dan bersyarah mengenai konsep DESIGN THINKING.






Selain itu, ada juga aktiviti hiburan dan MALAM GALA DINNER MMC 2017.

Ada pelakon2 terkenal dijemput sambil2 mempromosikan drama2 mereka di saluran HyppTV Unifi TM.

Di antara pelakon2 tersebut ialah Shah Iskandar, Raja Ilya dan juga Uqasha Senrose.Ada lagi beberapa pelakon lain yang saya telah lupa namanya.

‘Dress attire’ pada malam itu bertemakan ‘glamourous’ dan mudah lah juga untuk digayakan.Asalkan ada blazer/coat, seluar hitam, jadi lah.

Saya tidak ketinggalan mengambil kenangan bergambar bersama pelakon Raja Ilya yang terkenal.Dia seorang pelakon yang baik, tidak sombong dan mudah didekati.Thanks Raja Ilya !


Drama lakonan Raja Ilya di saluran HyppTV Unifi TM bertajuk ‘Syurgaku Tak Sempurna’ digandingkan bersama Shah Iskandar.

Jadi itu lah serba sedikit garapan dan kenangan saya bersama rakan2 di event MMC 2017.

Sesungguhnya tugasan itu suatu amanah, kerjakanlah dengan baik.Inshaa Allah hasilnya juga baik.

Saya juga berasa bertuah dan berbangga kerana menjadi salah seorang anggota Mass Market di TM ini yang mempunyai objektif yang begitu murni untuk membina komuniti dan negara yang DIGITAL (Digital Nation).

Niat dan hasrat kami memudahkan kehidupan rakyat dan manusia juga merupakan suatu tugas dan amanah yang besar, di mana kami mengharapkan usaha kami akan direstui oleh TUHAN Yang Maha Esa.

Sekian.

Wassalam.

Tiada ulasan: