alriana5604@gmail.com - AL The One
Assalam & Salam sejahtera,
Sahabat2 sekalian,
Ok.
Kali ini saya bercerita berkenaan kerja saya pula.
Asyik entri berlibur, bercuti dan berjimba-jimba saja.Takkan lah nak berehat2 dan berliburan setiap masa, kan? Kerja dan tugasan wajiblah dilakukan.
Mari kita sama2 lihat saya menyertai Kursus/Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat kerja Kebangsaan 2016, anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia, PERKESO, NIOSH dan TM.Kursus ini dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 11-12 April 2016 (Hari Isnin dan Selasa).Ia juga adalah bersempena dengan Kempen yang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia dan NIOSH.
Kursus ini sangat seronok disertai kerana dibimbing oleh fasilitator2 yang cukup berpengalaman mengenai Motokar dan juga Motosikal.Ia diketuai oleh En Mat Nazlan (dipanggil Along) sebagai speaker utamanya.Kemudian demonstrasi menunggang motosikal diketuai oleh En Radzi (dipanggil Angah) yang berpengalaman dalam dunia perlumbaan motosikal kebangsaan.Ada juga sessi ceramah dan penerangan dari pihak PERKESO berkenaan tuntutan dan hak2 kita sebagai pencarum PERKESO sekiranya terlibat dalam apa2 jua kemalangan kenderaan semasa pergi-balik kerja.
Saya/Kami/peserta kursus ini diajar macam2 perkara khususnya berkenaan motosikal dan cara2 yg betul mengendalikan/menunggang motosikal dengan selamat ketika di jalanraya.
Boleh saya katakan ini adalah kursus yang amat berguna kepada peserta2 dalam menambahbaik cara2 mengendalikan motosikal, mengawalnya dengan cara yang betul dan juga meningkatkan tahap kemahiran/kecekapan menunggang di jalanraya.
Semua peserta juga dikehendaki secara lintas langsung (live) melakukan/menunjukkan cara2 tunggangan yang betul, cara membrek yang betul, cara mengambil selekoh yang betul, cara mengelak rintangan di jalanraya dengan cara selamat dan juga cara2 menjaga motosikal (melibatkan maklumat teknikal).
Dimaklumkan oleh fasilitator, kursus ini dibuat di seluruh Malaysia pada masa2 tertentu dan melibatkan belanja/bajet keseluruhan 10 juta Ringgit Malaysia.PERKESO mengeluarkan bajet yang besar sebanyak RM8 juta dan RM2 juta ditanggung oleh NIOSH bersama Kerajaan.
Patutlah kursus ini begitu ‘happening’ dan agak mewah, sebabnya asyik ada hidangan/jamuan.Sarapan pagi, makan tengahari,minum petang semuanya disediakan dengan percuma.
Penglibatan TM pula ialah sebagai Tuan Rumah untuk penganjuran Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat kerja Kebangsaan 2016.Jadinya, TM sediakan tempat/venue, dan juga sebagai tempat melancarkan Kempen ini serta merasmikannya oleh Yang Berbahagia Dato Zuraidah, Vice President TM Selangor.
That’s all.
Saya sekadar menceritakan secara ringkas sahaja.
Lihatlah gambar2 untuk menceritakan betapa seronoknya menyertai kursus/kempen ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan