Iklan Nuffnang

Polis Evo : Filem Aksi Polis Melayu/Malaysia Yang Hebat !

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalam,

& Salam online dari saya,

Bros & Sis,

Anda sudah tonton filem aksi Melayu Polis Evo?

Belum?


Kalau belum, pergilah tonton.

Filem ini telah mengubah persepsi saya terhadap filem aksi Melayu.

Mantap lakonannya.

Pelakon2 utamanya pun berlakon dengan baik iaitu Shaheizi Sam dan Zizan Razak.

Zizan Razak, biasalah dia, dia memang pelakon lebih kepada watak komedi/lawak, dia berjaya dengan cara lakonan humor dan lawaknya yang bersahaja.


Manakala Shaheizi Sam, mantap, dengan susuk tubuh ideal, gayanya yang serius memang menampakkan dia sesuai berlakon sebagai ‘Inspektor Khai’ yang berasal/datang dari Bandar Kuala Lumpur dan terpaksa bertugas/bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) untuk menumpaskan sindiket membuat Syabu Merah (digelar sebagai Syabu Naga) di Terengganu.

Inspektor Khai diarahkan untuk ke Terengganu dan di situ bermulalah kisahnya bersama Inspektor Sani yang ego, berlagak sikit tetapi suka melawak, iaitu dilakonkan oleh Zizan Razak.

Garapan cerita yang bagus dan arahan dari pengarah Ghaz Abu Bakar tidak menghampakan.


Tiada lagi ‘kemaluan besar’ (saya bukan mencarut,Ok), iaitu merujuk kepada adegan2 menyampah kejar mengejar seumpama ‘Polis2 Bodoh’ (bukan nak kutuk Polis,Ok) yang terhegeh2 bergerak dan berlari seolah2 dibuat2 dan nampak tak ‘real’.

Tiada lagi adegan2 tembak menembak yang bunyinya seumpama ‘pistol mainan’ kanak2, semacam bunyi seperti ini, ‘ta, ta,ta, klepeh, klepeh’…. – bunyi macam mercun lidi mainan kanak2 di musim perayaan orang2 Melayu.

No more, Ok !

Semua aksinya dalam filem Polis Evo ini, menjadi, nampak ‘realistic’,berdentum dentam dan ‘havoc’ suasana yang ditampilkan, jelas dentuman bunyi letupan dan tembakannya.

Aksi van penjahat meletup, 2 buah Proton Preve meletup, cukup ‘real’, letupan di Jeti tempat markas/kem Ketua Geng Syabu Naga berjaya difilemkan nampak’ real’.

Pendek kata, tiada lagi jenis letupan2 filem drama/filem bajet kecil, hanya dentuman seperti laksana bunyi ketukan ‘gendang/drum’, sudah tiada, Ok !

Aksi kejar mengejar di antara kereta Mitsubishi Evo dipandu oleh Zizan sebagai Inspektor Sani dan adegan tembak menembak oleh Inspektor Khai lakonan Shaheizi Sam juga menjadi.Nampak ‘real’, ‘suspen’ dan juga mendebarkan.

Tiada lagi babak2 biasa kita lihat di filem2 Melayu dahulu, apabila adegan kejar mengejar guna kenderaan, hanya digambarkan tiba2 telah berjaya dan tiadanya penghujung aksi kejar mengejar digambarkan.

Ini semuanya digambarkan hinggalah kenderaan/van penjahat terbalik, jatuh ke bawah bukit dan meletup.Memang mencemaskan dan ‘gege’ bak kata loghat/dialek orang Kelantan.Berdentam dentum bunyi nya, sekali fikir macam menonton filem ala2 Polis Hong Kong pulak, penuh dengan aksi tembak menembak dan dentuman yang kuat memekakkan telinga.


Memang saya penggemar filem aksi dan superhero, maka saya memang dambakan filem Melayu yang sebegini.Berubah 100% apabila diarahkan oleh Saudara Ghaz Abu Bakar.

Bukan nak membanding2kan dengan Pengarah terkenal Dato’ Yusof Haslam,tetapi garapan filem Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar memang lebih ‘power’ dan lebih jauh berkualiti berbanding filem bercirikan Polis oleh Dato’ Yusof Haslam.

Tiada lagi adegan2 lembab,kata2/skrip yang ‘stereotaip’, amat ‘formal bunyi’ dialog2nya seperti dalam filem/drama dulu2 Gerak Khas atau pun Gerak Khas The Movie.

No more, Ok !

Lantaran itu saya menasihati anda dan mengajak anda semua tontonilah filem Polis Evo ini kerana ianya filem Aksi Melayu bercirikan kepolisan dan juga dalam masa yang sama diselitkan tema persahabatan, kekeluargaan dan juga kemanusiaan.

Cuma, komen membina yang saya fikir boleh diperhebatkan lagi ialah perlukan watak yang lebih ‘brutal’ sebagai Ketua Geng Syabu Naga.Bagi saya ketuanya yang berambut kerinting membawa watak Izrail belum cukup brutal.Selalunya komplot2 dadah, Ketua2 sindiket dadah ini, mereka memang brutal dan suka tembak/bunuh orang, namun tidak digambarkan begitu, di akhir2 babak baru digambarkan Izrail menembak.


Tapi watak Jimbo dan Abangnya memang brutal dan ganas, memang begitulah sebenarnya kepala/gangster dadah.


So, saya puashati menonton filem ini di TGV Cinema.

Apa yang saya jangkakan untuk filem ini, terbukti hampir tercapai.Mungkin sasaran saya jika 80%-90% aksi, maka filem ini telah memberikan saya sekitar 50%-60-% aksi dan lagak ngeri.

Memang superb, realistic dan havoc !

Saya berikan 4/5 bintang untuk filem ini.

Jom tonton Polis Evo.

Tiada ulasan: