Iklan Nuffnang

'Sisi Gelap' Setiap Diri Kita...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bertemu lagi,

Anda percaya atau tidak, setiap individu di dunia ini yang dikategorikan manusia biasa pasti mereka mempunya sisi gelap (dark side) mereka sendiri?

Terkecuali lah untuk golongan para Anbia (Nabi2 dan Rasul2), saudara mara serta sahabat2 Baginda, golongan ini telah dijamin oleh Allah akan kemuliaan diri mereka semua.

Berkisar kepada topik entri blog saya kali ini, saya mahu menceritakan bahawa setiap dari kita sememangnya ada dan wujud ‘dark side of ourselves’.


Sebagai contoh, walaupun seseorang itu dilihat tersohor, berstatus dan juga mewah namun akuilah yang diri mereka punyai ‘sisi gelap’ dalam kehidupan dan sikap mereka sendiri.Ini selalunya menjadi rahsia peribadi dan hanya orang yang rapat dengan mereka sahaja yang mengetahuinya.

Pernah dengar andaian2 atau kata2 begini atau tidak?

…’’Dia tu nampak saja baik, tapi ‘kaki minum,’ tau…. – merujuk kepada sisi gelap seseorang yang pemabuk.

….’’Fuyyooo….drive kereta mewah Ferrari tu…eh….tapi kau tahu tak dia tu ‘kaki rasuah’… - merujuk kepada orang yang suka memakan rasuah.

….’’Saya cuba mentaati Allah dan mendalami ajaran agama, namun sisi gelap saya yang dikenali ramai sebagai ‘hot tempered’ masih belum benar2 hilang’…- merujuk kepada segelintir individu yang panas baran.

….’’Dia tu kaki tonton video porno, nampak saja baik dan pendiam seolah2 seperti ‘cool’ lagaknya’’… - merujuk kepada orang yang suka menonton bahan pornografi.

Jadi, di sini saya suka merungkaikan bahawa sememangnya kita semua mempunyai sisi gelap (dark side) kita sendiri yang tidak diketahui oleh orang lain.Mungkin ianya sudah jadi sebati dengan diri kita dan kita sukar untuk meninggalkannya.


Ada yang cuba berubah dan cuba mendidik diri sendiri serta mahu meninggalkan amalan2 yang menjadi sebahagian dari ‘sisi gelap’ kehidupan mereka.Namun ada yang berjaya dan ada yang gagal.

Percayalah, kita semua ada rahsia sisi gelap kita sendiri yang orang lain tidak mengetahuinya melainkan hanya Tuhan dan diri kita sahaja yang mengetahuinya.

Saya sendiri juga tidak malu untuk katakan yang sisi gelap diri saya ialah sukar menghilangkan sikap panas baran.Saya kesal, insaf dan sedang ‘berubat’ terus menerus sekarang ini.Dengan kehadiran cahaya mata yang comel, ia banyak membantu saya ‘menyerap kasih sayang’ dan kini saya semakin pulih dari sisi gelap saya sendiri.Saya jadi makin bersemangat untuk hidup dan tidak lagi bersikap baran membuta tuli.


Anda bagaimana?

Apakah sisi gelap pada diri dan hidup anda?

Cubalah buangkannya sedikit demi sedikit.Inshaa Allah anda akan berjaya.

Sekian.

Tiada ulasan: