alriana5604@gmail.com - AL The One
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Hai rakan-rakan sekalian,
Di kesempatan pada entri kali ini saya memberikan 'short wishes' untuk anda semua kaum muslimin dan muslimat, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha bagi Tahun 2013 ini.
Semoga kita dapat melakukan ibadah qurban dengan rasa rendah diri dan tawadhuk kepada Allah.Bagi yang berpeluang menunaikan ibadah Haji dan Umrah, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana tahun ini anda menjadi tetamu Allah di BaitullahilHaram, dengan izin NYA.
Bagi yang belum berkesempatan menunaikan ibadah Haji dan Umrah tersebut, termasuklah saya, maka sama-sama lah kita melafazkan/mengucapkan takbir, tasbih, tahmid dan tahlil pada Hari Raya Aidil Adha yang pertama ini hinggalah ke Hari Yang Ke-4 (Bermula 10,11,12,13 Zulhijjah)bagi meluaskan/memeriahkan syiar perayaan Aidil Adha ini.Mudah-mudahan kita beroleh rahmat daripada Allah.
Setiap daripada kita mempunyai 'erti pengorbanan'yang tersendiri sekalipun kita tidak mampu/tidak berkesempatan melakukan ibadah qurban dengan menyembelih binatang ternakan untuk dikorbankan.
Bagi diri saya sendiri, kini tibalah fasa pengorbanan saya untuk anak dan isteri saya, yakni berjuang untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa untuk mereka di samping membina keluarga yang baik.Ya, ia dikira pengorbanan kerana kesukaran/jerih payah kita untuk membina keluarga yang baik dan diredhai oleh Allah, di mana dalam keadaan kita di tengah-tengah 'kemelut' masalah sosial yang begitu bermaharajalela sekarang ini.
Semoga saya dimurahkan rezeki dan diberikan ketabahan dalam mencapai matlamat hidup saya.
Salam Aidil Adha untuk anda semua yang beragama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan